1.
Mata masih
pedih. Kadang-kadang kabur dan mengambil masa untuk pulih. Mata yang kabur
sebelah kiri. Mata kanan tak lagi berfungsi. Guna kanta pembesar untuk membaca
tak praktikal sebab tangan tak boleh di gerakan.
Beberapa hari
hanya berbaring. Rasa seperti lemah seluruh badan.
2.
Teringin nak
pijak rumput. Petang semalam Umar ajak pergi taman. Rehat dalam 15 minit
kemudian balik ke rumah. Tak tahan angin luar. Tak hujan, panas pun tidak.
Cuaca yang nyaman untuk merehatkan badan.
Tapi badan tak
lagi selesa bila di sapa angin. Keluar dengan memakai 3 lapis baju, jaket, snow
cap, stokin 3 lapisan dan sarung tangan.
Umpama berada di
musim sejuk.
3.
Saya rasa sunyi
bila awak makin sibuk tapi saya faham tugas awak memang berat dan memenatkan.
Kita jarang berbual. Bila awak balik rumah dalam keadaan stres, saya tak mahu
kacau dan tambahkan beban yang awak hadapi.
Bekerja dengan
manusia lain memang sukar. Manusia ada pelbagai kerenah yang sukar kita terima.
Kerenah yang luar biasa menguji tahap kesabaran kita. Semua itu lumrah. Saya
harap awak menjadi semakin kuat. Banyak lagi dugaan yang akan awak hadapi.
Dunia tak
menjanjikan kesenangan.
4.
Saya tak berasa
kehilangan walaupun kita jarang luangkan banyak masa bersama. Ia sesuatu yang
aneh. Perasaan kita terlalu peribadi untuk di kongsi dengan semua orang. Ada
hal-hal lebih indah kalau kita sahaja yang merasanya tanpa berkongsi dengan
sesiapa.
Rasa itu
peribadi sifatnya.
5.
Rindu belum
terurai.