Wednesday, August 14, 2024

Cerita lewat malam

Pukul 10 malam, masa untuk tidur. Luqman, Raysha, Daneal, Hasha kembar 4. Dalam dunia ini ada kembar normal - seiras dan tak seiras. Kalau kembar bercantum kita panggil kembar siam. Ramai orang tak tahu ada kembar parasit. Kembar parasit yang terkenal ialah Jean Libbera. Kembar Jean bernama Jacques tapi Jacques tak ada kepala dan anggota badan. Dia hanya ada 2 kaki dan 2 tangan kerana dia melekat pada badan Jean. Dia bergantung sepenuhnya kepada Jean untuk terus hidup.  
_

Selamat malam, kembar. Kembar tidur, daddy nak cari fail. Mana tahu kalau ada rezeki jumpa semula fail daddy yang hilang. Kalau Ibu merajuk lama, daddy berhenti kerja jaga kembar. Jadi kembar tak perlu travel jauh. Penat kan, travel? Kita pindah luar bandar, cari rumah dalam hutan dan hidup seadanya. Daddy tak nak susahkan Ibu. Ibu nak kerja. Dua bulan sekali kita balik lawat Ibu. Asalkan daddy tak berpisah dengan kembar. Itu saja pilihan yang daddy ada dan itulah pilihan terbaik yang daddy mampu buat.