Hai Ummi,
Sekarang jam 3:03 pagi. Im baru selesai Solat Tasbih. Rasanya inilah solat paling lama yang Im pernah buat. Selesai solat, Im baca Surah Ali Imran dan tafsirnya. Nama Im di ambil dari surah ini. Kemudian Im bersiap untuk berkerja. Malam ini ada meeting. Berkerja sambil bercuti.
Sebelum solat tadi Im mandi laut. Sejuknya air laut! Mengeletar di buatnya. Malam ini Im tidur di yacht (lebih menyerupai cruise). Yacht ini mempunyai 5 kabin, 10 katil dan 6 bilik mandi untuk 15 orang penumpang. Sepanjang hari tak turun ke pantai kerana cuaca panas membahang. Hilang mood.
Ara tidur awal. Dia mabuk laut. Im lupa bawa pil. Tiga kali dia muntah. Huda memancing. Dapatlah 3/4 ekor ikan. Adam dan Umar snorkeling. Kembar seperti biasa berlari girang "Fish", "Fish" ke sana sini. Umar dan Adam nak bawa kembar naik paddle tapi Im tak izinkan. Risau terjatuh.
Hari ini hari ke 12 Im tak tidur. Im cuba tidur tapi tak lena. Tak sampai sejam Im terjaga. Degupan jantung tak berapa baik. Seluruh badan sakit dan sudah tentu sakit kepala. Kalau keadaan ini berterusan pasti kesihatan Im akan terjejas. Malam ini mata degil - pejam pun tak mahu.
Im tetap akan melangkah pergi - cepat atau lambat. Kejujuran dia sangat Im hargai. Tentu itulah petunjuk yang Tuhan berikan. Setiap takdir, kata Bonda adalah indah Keputusan yang dia buat pasti saja mempengaruhi hidup Im juga. Berat meninggalkan, berat lagi melepaskan.
Dia tak minta apa-apa pun - hanya sekadar ada dengan dia. Im perlu ada supaya ruang yang ada dalam hati dia terisi. Im tahu dia tak mahu lepaskan Im pergi. Im tahu dia tak mahu lagi berpisah - tak apa walau tak hidup bersama. Dia cuma mahu Im selalu ada. Dia cakap "You are my inner peace."
Hari ini Im tak ada mood. Im beritahu dia, Im tak mesej dia malam ini. Dia sedih. Rasa sedih di hati dia, Im dapat rasakan. Tak sampai hati, Im mesej dia. Dia tukar last seen dari online ke invisible. Comel pun ada. Lucu pun ada. Lembut sikit dari dulu. Tak sekeras masa lalu.
Dulu, dia tak pernah berlembut. "You pick the wrong girl". Keras dan tegas. Kalau Im terasa hati, Im senyap saja. Dulu dia penuh dengan emosi - cepat melenting, cepat marah, cepat merajuk, cepat menangis. Hati ais kadang-kadang cair juga. Bukan salah dia. Salah Im yang manjakan dia.
Sekarang, kalau Im garang sikit dia tak suka. Im gurau kasar sikit pun dia tak suka. Jiwa halus, Ummi - tapi tak nak mengaku. Biasalah perempuan. Kalau tak ego bukan perempuan namanya. Hati kering, tapi sebenarnya keras kerak nasi. Lama-lama lembut juga. Jinak-jinak burung merpati.
Krabi, Thailand
27-06-2024