Monday, August 05, 2024

Monster

Abang terjaga jam 12 malam. Perut pedih. Abang tertidur di sofa. Kembar tidur awal - penat bermain. Abang turun tingkat bawah - gelap, semua sudah tidur. Abang ke ruang tamu - duduk termenung. Abang pergi dapur - termenung panjang. Buka kabinet - barisan mi segera pelbagai perisa - Maggi, Mi Sedap, Ramen. Ara suka makan mi segera. Buka chiller, ada hotdog, nugget, patty burger - kegemaran Ara. Biasanya Ara goreng nugget waktu minum petang. Ara rebus hotdog ketika sarapan sarapan pagi.

Sabtu malam, Luqman menangis. Abang pujuk tapi dia tetap menangis. Abang sakit kepala. Monster kacau sepanjang hari "Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan". Ulang, ulang, ulang sampai abang hentak kepala dekat cermin. Cermin pecah. Dahi abang luka kecil. Luqman menangis sambil berlari - seluruh rumah bising dengan tangisan dia. Abang sakit kepala. Abang kejar, kaki tersepak bucu dinding - abang bertambah marah. Abang dukung dia. Abang nak campak Luqman ke dinding.

Umar berlari datang ambil Luqman sebab Huda jerit "Adik! Ambil Luqman!". Memang abang bergelut dengan Umar semasa Umar cuba ambil Luqman. Umar bawa kembar masuk bilik - kunci pintu. Abang tendang pintu tiga kali tapi Umar tak buka. Abang dengar kembar menangis dekat dalam. Adam tak sempat masuk. Dia lari ke bilik lain. Adam cakap "Daddy, jangan pukul Adam." Abang turun bawah, ambil kayu golf - banyak barang yang abang pecahkan termasuklah pasu kesayangan abang. 

Kembar tidur dengan Umar - tak keluar dari bilik. Huda panggil Don. Don tarik abang keluar rumah. Dia jaga pintu. Abang tak boleh masuk. Abang duduk luar rumah. Banyak pokok yang patah abang tendang. Abang rasa cool sikit dalam pukul 12 malam. Abang masuk bilik - mandi, pakai cycling suit. Abang kayuh basikal sejam. Abang balik rumah lebih kurang 2:15 pagi. Mandi, solat, kemudian pergi masjid. Sepanjang malam Umar yang jaga kembar. Abang mengamuk dari petang. Anak-anak tak makan malam hmm.