Hari ini Isnin. Abang puasa seperti biasa. Bawa kembar jumpa Jesicca. Jesicca jumpa kembar semasa kembar baru lahir. Kembar suka Jesicca, Jesicca pun suka kembar. Abang bawa kembar naik kuda. Mula-mula bawa Raysha dengan Hasha. Kemudian Daneal. Luqman tak nak. Dia menangis lagi di kandang kuda tapi abang tak marahkan dia. Abang biar dia menangis. Jesicca pergi dekat dia. Dia berhenti menangis.
Abang sakit perut - pedih, mual, loya, muntah. Ulang-alik ke tandas beberapa kali. Abang rasa perut abang masuk angin mungkin sebab perut kosong. Abang tak makan banyak hari. Sahur cuma minum air kosong. Abang tak boleh fikir apa-apa. Sekarang pun monster masih ada. Sakit kepala. Semalam monster kacau tapi abang cuba abaikan. Abang buat tak tahu saja. Abang tak ambil pusing.
Hari ini dia datang lagi - kacau dengan lebih hebat. Abang rasa abang loya, mual, muntah sebab monster juga seperti beberapa tahun dulu. Ara ingat tak? Mata abang merah. Abang duduk jauh daripada kembar. Abang suruh Don ikat kaki tangan abang - kunci abang dalam bilik. Kembar ada dengan Jaz. Abang suruh Don buka ikatan lepas Asar. Itu pun kalau abang okey. Abang tak ada mood. Sentiasa nak marah.
Monster betul-betul tekan abang. Abang tak tahu cara untuk senyapkan dia. Ada macam- macam benda dalam fikiran abang. Monster cakap abang…hmm. Abang rasa nak menangis tapi abang tak menangis. Abang rasa - tak tahulah apa yang abang rasa. Monster wujud 10 tahun yang lalu. Sepuluh tahun abang fight dan abang tak pernah menang. Monster gelakkan abang, sindir abang. Abang stres!
Ulang, ulang, ulang benda yang sama. Dia dera mental abang. Abang letih. Letih sangat. Boleh tak Ara balik? Jangan merajuk lagi. Abang minta maaf. Jangan hukum abang. Abang off handphone. Abang tak nak tunggu panggilan Ara. Abang tak tahu nak pujuk Ara. Susahnya hidup tapi perlu di teruskan. Sakitnya hati tapi tak ada ubat. Deritanya jiwa, batin juga terseksa. Hidup merana diri terseksa.
“Beware that, when fighting monsters, you yourself do not become a monster... for when you gaze long into the abyss, the abyss gazes also into you.”
— Friedrich Nietzsche