Thursday, June 20, 2024

Dia bukan untukku

Im terdengar Bonda cakap dekat Ara "Kesian Im menangis dekat sejam tadi". Im menangis dalam bilik. Pintu tertutup rapat. Betul Im menangis dekat sejam. Memang Im sedih sangat hari ini sebab dia cakap "Abang boleh buat apa. Kita tak boleh buat apa". Im jawab "Abang tengah cari jalan". Betul Ummi, Im buat solat Istikharah hampir setiap malam. Im sedang cari jalan tapi Tuhan belum berikan petunjuk.

Tadi malam, dia cakap "Abang...hmm....i m ok...us...just like this....whatever we have now....i dont dare to ask for more....i m just glad i still have you in my life...still getting a moment of your time, your attention, your affection". Ummi, maksudnya, dia takkan tinggalkan suami dia untuk Im. Betul tak, Ummi?. Dulu dia tak pilih Im. Takkan sekarang dia berubah hati. Mungkin juga dia tak mahu menaruh harapan.

Mungkin itulah maksud petunjuk yang Tuhan titipkan - berpisah supaya tiada siapa yang terluka…

_

Im baru habis solat. Sekarang pukul 4 pagi. Im ke dapur. Tekak terasa haus. Bonda sudah bangun. Bonda hidang kek lapis Sarawak bersama teh panas. Sedapnya. Bonda cakap "Apa yang Allah bagi, apa yang Allah tak bagi, itu yang terbaik. Sesuatu yang datang daripada Allah semuanya baik". Im diam. Tak tahu nak cakap apa. Mungkin itulah pujukan yang paling menenangkan saat ini. Im mesti belajar terima hakikat ini.

_

Petang tadi dia cakap "Saya taktau apa yang saya tunggukan.....tapi saya tetap tunggukan abang....saya taktau apa yang saya harapkan....tapi saya masih menaruh harapan pada abang".  Semalam Im rasa down sebab Im rasa dia tak nak Im. Tapi hari ini lain pula. Mungkin dia keliru atau tidak pasti atau tidak tahu apa yang dia mahukan. Tak apa, Ummi. Im boleh pujuk diri sendiri. Ummi jangan risau. 

_

*Wahai yang Maha Mengasihi lebih daripada segala yang mengasihi, kami mohon kemudahan yang tidak ada kesulitan sesudahnya. Kecukupan yang tidak ada kemelaratan sesudahnya. Keamanan yang tidak ada kekhawatiran sesudahnya. Kebahagiaan yang tidak ada derita sesudahnya. Amin.


Pattani Darussalam
19 Jun 2024


*Kutipan doa daripada Dr.MS