Wednesday, May 29, 2024

Pilihan

Daddy tak tegur Huda. Huda tak tegur daddy. Kita tak ada hubungan yang baik selepas daddy berkahwin. Huda anak yang baik - tak pernah membantah, tak pernah tinggikan suara, tak pernah memberontak, tak pernah hempas pintu - semuanya berubah 6 tahun lepas. Daddy rindukan hubungan kita yang harmoni seperti dahulu. 

Daddy minta maaf tak dapat puaskan hati semua orang. Mungkin Huda belum faham sepenuhnya erti di sebalik keputusan yang daddy ambil. Melepaskan sangat sukar tapi itulah yang terbaik untuk semua pihak walaupun kita tidak menyenanginya. Kita punya kehidupan untuk di teruskan sesulit apa pun rintangannya.

Tidak ada manusia yang terlepas daripada membuat pilihan dalam hidupnya. Setiap dari kita akan menghadapi pelbagai masalah sebelum menjadi lebih matang dan dewasa. Kita di tawarkan dengan pelbagai pilihan sebagai solusi. Pilihlah dengan bijak kerana pilihan ini juga yang akan menentukan hala tuju kehidupan kita di masa akan datang. 

Jangan terlampau turutkan kata hati - ikut hati mati, ikut rasa binasa. Berpada-padalah dalam menurut telunjuk hati. Jangan kelak kita menyesal di kemudian hari. Hidup ini seketika sahaja. Hidup yang baik adalah hidup yang memberi manfaat kepada orang lain. Berusahalah membuat kebaikan kepada setiap insan yang hadir dalam hidup kita.  

"Some decisions cannot be walked away from and will affect you for the rest of your life." — Unknown