Thursday, January 04, 2024

Painful love

Anehnya, hari ini tiada rindu yang datang menyapa lalu singgah di pinggiran hati. Mungkin itu satu petanda bahawa kita tak mahu lagi berjauhan. Sayangnya, ada garisan halus yang memisahkan kita. Perasaan ini terasa nyaman dan membahagiakan, namun di satu sudut, kita tahu hati kita tetap gundah-gulana memikirkan orang yang berada di samping kita. Kita tak mahu rasa ini bertamu, tapi ia tetap tumbuh dan hidup subur. Kita tak mahu rasa ini membinasakan hidup orang di sekeliling kita, tapi kita tahu sekuat apa pun kita menolaknya - ia tetap berumah di hati kita. 

Dubai, UAE
3-1-2024
_

"Stop narrating what is deep inside my heart..."