Saturday, December 05, 2020

Isteri

Mungkin setelah saya lelapkan mata, Hara bangun semula menyambung kerja yang masih berbaki di atas meja. Sudah menjadi kebiasaan, Hara akan bangun jam 3 pagi jika ada kerja yang perlu di selesaikan.

Benar telahan saya, dia di ruang tamu, seperti selalunya jika perlu menyiapkan kerja. Menjadi seorang peguam amat memenatkan, entah berapa ribu helaian kertas yang perlu di baca setiap hari. Memenatkan tapi menyenangkan kata Hara.


"Hara..."
"Abang terjaga?"
"Haah"
"Mmm...meh tidur sini"

Seperti selalu, saya baring di riba Hara. Hara meneruskan bacaan, kadang-kadang mencatat, menggaris di sana-sini. Saya pula suka bergerak-gerak, sekejab muka di perut Hara, sekejab duduk bersandar di bahunya. Sekejab lagi tangan mulalah merayap-rayap. Cium pipi, picit hidung, letak jari di bibirnya. Beberapa kali Hara menepis dan saya ketawa kegirangan.

"Tak reti duk diam"
"Tak. Jomlah tidur. Abang mengantuk"
"Sikit lagi. Abang tidur dulu"

Saya menyambung tidur di ribaan isteri hingga jam 5.15 pagi. Seorang isteri sangat hebat walau di ganggu ketika membuat kerja, masih mampu melayan suami dengan baik. Sifat suami biasanya tidak suka di ganggu isteri ketika dia sibuk membuat kerja.

Semoga Allah merahmati selalu isteriku.

Friday, November 20, 2020

Simple

So, macam mana?”
“Macam mana apa?”
“Buah hati cinta mati abang dah jawab ke?”
“Dah, Kemain eh”
“Apa cer?”
“Tak ada apa. Bisnes laki dia terjejas sikit”
“Betul lah macam abang cakap kennn”
“Ye kot”
“Kuat jugak firasat abang kan”
“Abang pun dah lupa. Minggu ni kan abang busy
“Boleh dah senyum”
“Abang dah tak ingat pun”
“Eleh sembangggg”
“Betul la. Minggu busy
“Yelah”
“Senang kan jadi Hara. Nak tahu tanya je. Tak payah fikir-fikir”
“Siapa je suruh abang main teka-teki. Nak tahu kan? Tanya ajelah. Apa susah”


_


“Kenapa abang lain macam je?”
“Tak ada apa?”
“Abang fikir apa? Cuba cakap”
“Mana ada”
“Tipu berdosa”
“Abang mimpi tak berapa baik”
“Pasal cinta hati abang eh”
“Mandai je”
“Dari abang main teka-teki, serabutkan otak abang, apa kata abang tanya je. Kan senang”
“Tak naklah”
“Abang nak tahu kan? Abang fikir bukan abang dapat jawapan. Lebih baik abang tanya”
“Macam tu je?”
“Ha’a. Macam tu aje. Kita tanya sebab nak dapat jawapan, kan”
“Senang betul hidup Hara. Simple je. Tak payah pening-pening. Nak tahu tanya je”
“Abang memang. Semua benda kompleks. Benda simple je kot”
“Eh bukan main dia. Kalau dapat bahan laki tak ingat dunia”
“Hihihi tak, mana ada”
Anyway, thanks. Nanti abang tanya”
“Tanya straight to the point. Tak payah pusing-pusing. Make it simple
“Ye bos”

Wednesday, November 11, 2020

Monday, November 09, 2020

2:10 am


 Hanim Phrn

Tuesday, November 03, 2020

dan malam pun berlalu...

"Bila nak sambung cerita?"
"Cerita apa?"
"Sabah"
"Oh tu. Tak ada cerita pun"
"Kenapa tak jumpa?"
"Hmm..."
"Abang tahu rumah dia dekat sana?"
"Ada alamat"
"Kenapa tak pergi?"
"Kalau pergi tak ada Hara dekat sini"
"Manis mulut. Geram je kita dengar"
"Lah geram pulak"
"Tapi abang sayangkan dia kan..."
"Sayang... dulu, kini dan selamanya"
"Hara? Abang tak sayang?"
"Sayang...sayang sampai syurga"
"Tak pernah berubah?"
"Tak"
"Kenapalah abang tak jumpa je"
"Tu la kawin lagi dengan peguam. Selagi tak dapat jawapan, selagi tu lah dia tanya"
"Hihihihi perli padu nampak"
"Benda lain pun padu jugak hahaha"
"Hey! Merenyamnya laki kita ni!"
"Habis tu banyak tanya. Abang tak pergi sebab orang dah tak nak. Lagipun apa dia cakap, abang tak boleh lupa. Pedas, rasa macam kena siat-siat. Berundur lebih baik. Biarlah, hidup dia"
"Mmmm...sorry abang...mulut ni lah asyik nak tanya"
"Tak ada hal"
"Hara dah buat abang sedih ke. Sorry..."
"Tapi mulut tu pun sedap jugak hahaha"
"Abang! Abang! Tak nak!"
"Hahaha mana mau lari ha"
"Tak mau! Tak mau!"
"Hmmm..."
"Abang...tak mau lepas ke..."
"Tak mau"
"Alaaaaa"
"Hmmmmm"
"Abang! Janganlah! Geli! Abang!
"Hahahahaha"


dan malam pun berlalu dalam kedinginan...

Saturday, October 17, 2020

HQE

Umar: Daddy, Babang rasa kita pernah pergi sini
Daddy: Mana?
Umar: Hospital Queen Elizabeth II
Kakak: Daddy ingat tak kita dinner dekat restoran terapung Sabah?
Daddy: Ada ke? Daddy pun dah lupa
Adam: Ada lah! Adam ingat
Ibu: Buat apa pergi sana?
Umar: Daddy nak jumpa mama
Ibu: Jumpa tak?
Adam: Tak jumpa
Ibu: Kenapa tak jumpa?
Kakak: Sebab...
Umar: Ibu kena tanya daddy

Thursday, October 15, 2020

Poyo

Umar: Dia bangga-bangga. Babang cakaplah papa dia awesome
Daddy: Padahal tak ikhlas
Umar: Memanglah daddy. Papa dia poyo. Boomer 
Daddy: Papa dia bukan papa Umar
Umar: Masalahnya, papa dia tak awesome. Poyo je lebih
Daddy: Kalau mengata orang bukan main lagi
Umar: Macamlah papa dia sorang paling awesome 
Daddy: Umar ni, mulut!
Umar: Nak ambil hati dia cakaplah papa dia awesome hahaha
Daddy: Tak baik Umar ni

Sunday, October 11, 2020

2.50am

"Sama kita"
"Yelah. Mestilah sama"
"Kenapa sama eh?"
"Tak kuasa abang nak rebut-rebut. Perempuan banyak. Dah orang tak nak. Kita nak tunggu apa lagi. Angkat kaki blah"
"Eh samalah kita"
"Gedik nak sama semua"
"Biarlah. Bukan kacau tepi kain abang"
"Hahahahahahaha"
"Abang! Abang! Tak nak! Tak nak!"
"Hahahahaha"
"Abang...mmmm"
"No...tak boleh"
"Alaaaa...abang..."
"Tutup lampu. Abang nak tidur"
"Tidur sana. Ni tempat Ara"
"Tempat Hara tempat abang"
"Takkk. Mana boleh. Tempat Ara"
"Hara siapa punya?"
"Abang"
"Habis tu"
"Berat tau badan abang"
"Kata perempuan boleh goncang dunia"
"Mana aci. Tu lain"
"Sama je"

Friday, October 02, 2020

3:16 am

"Mencintai atau dicintai? Aku memilih tidur kerana itu hanya mimpi."

"Kita bukan musuh
Kita bukan teman
Kita hanyalah orang asing dengan banyak kenangan."

"Sudah tahu menyakitkan, masih saja bertahan
Sudah tahu digantung, masih saja bergantung
Aku memang sangat pintar menyakiti aku."

"Jika kamu bersedih datanglah kepadaku, aku menjual tisu. Beli dua, percuma aku."

"Kadangkala seseorang memutuskan untuk menjauh bukan kerana dia membenci. Tapi kerana ingin melindungi dirinya daripada luka."


Fahri Skroepp

Sunday, September 20, 2020

Friday, September 18, 2020

TikTok

Adam: Makwe Babang semua lawa-lawa daddy
Kakak: Semua hot meletop
Umar: Kakak jealous Kakak tak ada pakwe
Adam: Makwe Babang semua pandai menari TikTok
Kakak: Serius Adam??
Umar: Adam!!!
Adam: Ops!
Daddy: Hmm…hmm…hmm
Kakak: Ye Ibu, Kakak datang!
Adam: Adam nak ikut Kakak
Umar: Err…adik nak
Daddy: Layan TikTok?
Umar: Eh tak daddy. Homework matematik belum siap

Manusia lemah dengan harta dunia

Daddy: Buat apa dekat bilik Ibu?
Umar: Kita orang main game
Daddy: Game apa?
Adam: Game ikan daddy hehehe
Daddy: Kenapa tak main dekat bilik game?
Umar: Main dekat laptop Ibu lagi best daddy
Daddy: Tu laptop Ibu buat kerja. Nanti rosak susah
Adam: Ibu kata Adam boleh guna
Umar: Dia macam ni daddy. Main game dekat laptop Ibu feel dia lain
Daddy: Penat daddy setup game station lawa-lawa tak pakai
Umar: Kita orang suka guna laptop Ibu
Daddy: Okey. Kalau dah main game tangkap ikan tak payah beli PS5
Umar: Kita orang nak PS5
Adam: Game ikan kita orang nak 
Daddy: Tamak. Semua nak
Umar: Manusia lemah dengan harta dunia daddy

Friday, September 11, 2020

Thursday, September 10, 2020

Cerita lama

Kakak: Daddy, air
Daddy: Terima kasih. Tak tidur lagi?
Kakak: Tak. Kakak baca novel
Daddy: Novel apa? 
Kakak: Natrah. Pinjam Ibu punya
Daddy: Dah pinjam nanti pulangkan balik
Kakak: Okey daddy. Daddy…hmm Mama macam mana sekarang?
Daddy: Entah. Tapi daddy rasa semua okey
Kakak: Sometimes Kakak rindu Mama 
Daddy: Daddy faham. Tapi keadaan dah berubah
Kakak: Kakak ada baca bila orang tak suka kita, tak nak dekat kita, orang akan beri seribu dalih. Mereka akan berikan pelbagai hujah yang sebelum ni tak pernah wujud. Sebenarnya mereka dah tak nak. Itu sahaja
Daddy: Bila orang tak nak, kita tak boleh paksa
Kakak: Orang tu tulis kita buat apa pun kalau orang tak nak stay, dia akan tinggalkan kita. Especially apabila hati dan minda dia pada orang lain. Daddy, Mama macam tu ke? Sebabkan Mama dengan Uncle A chatting dalam WhatsApp. Lepas tu Kakak baca “Affairs don't start in bedrooms, they start with conversations”
Daddy: Kemain power budak-budak sekarang ni membaca. Kalah orang dewasa

Saturday, September 05, 2020

4:15 am

Ulang tahun kali ini sepatutnya menjadi hari yang istimewa buat kita kerana abang akan bawa Hara belayar selama 16 hari di lautan penuh gelora. Kita akan belayar dari Yokohama ke Kobe. Seterusnya ke Xiamen dan berlabuh sebentar di Cebu. Destinasi ulang tahun perkahwinan kita ialah Bali. Perancangan Tuhan nampaknya tidak memihak kepada kita. Tahun ini kita menyambutnya di rumah secara sederhana, serba ringkas. 

Terima kasih kerana menjadi suri yang memahami, rakan yang baik serta kekasih yang setia. Cinta tak selalunya indah. Keindahan sebenar terletak pada diri orang yang kita cintai. Dia menjadikan hari kita berbeza setiap waktu. Cinta memerlukan kejujuran. Kejujuran dalam erti kata kita sanggup menjadi diri sendiri, mempamerkan segala kekurangan di hadapan orang yang kita cintai. Itulah sebesar-besar pengorbanan.

Selamat Hari Ulang Tahun, sayang.

Tuesday, August 25, 2020

Sensation

“Sayang Hara…”
“Apa dia abang?”
“Tak ada apa. Abang nak mandi”
“Ala ulang please
“Nak mandi sama?”
“Ala abang cakap apa. Ulang suara please
“Nak mandi sama ke?”
“Tak mau”

_

“Wangi-wangi nak pergi manaaaa?”
“Goda bini je”
“Okey, tergoda dah”
“Eh belum apa-apa tergoda dah”
“Haah. Serah diri”
“Hahahahahahahaha”
“Eh suka dia”
“Hahahahahahahahahaha”
“Hihi abang ni. Dahlah gelak”

Monday, August 24, 2020

3.05 am

Hara meragam.

Sunday, August 23, 2020

Hospital

"Are you okay sayang?"
"Okey"
"Kalau abang tak selesa, abang balik dulu"
"Tak apa. Abang okey"
"Betul ni?"
"Betul"
"Abang kan tak suka hospital"

. . .

Sekarang kurang rasa lemas, tak selesa mahupun murung bila ke hospital. Alhamdulillah, semakin baik. 




Harap Makcik Siti tak apa-apa.

Thursday, August 20, 2020

Saturday, August 15, 2020

Mengimbas kenangan

Nothing in life is yours to keep—not your children, not your friends and family, not your lover, not your material possessions, not your youth and vitality, not your struggles (which is great news) or successes, not your body and not even your life. Everything in life is given to you for a short period of time, to enjoy, to learn from, to appreciate and to love, but never to keep.”

― Luminita D. Saviuc,



catatan 24.2.2017

Friday, August 14, 2020

Sunday, July 26, 2020

Four Days Straight

Sengaja mengambil cuti singkat selama 7 hari di saat dunia sedang ranah dimamah Covid-19. Di sana-sini khabar yang kedengaran hanyalah riuh-rendah angka kematian yang belum menampakkan petanda akan surut. Jangkitan di seluruh dunia sudah melebihi 15 juta orang. Lebih malang, kadar pengangguran turut meningkat. Banyak syarikat di jangka muflis kerana ekonomi tidak dapat berfungsi dengan baik.

Cuti selama 7 hari ini adalah hari yang paling baik untuk muhasabah diri. Sedikit sebanyak tidaklah terlalu tergesa-gesa menghabiskan masa dengan anak-anak kerana ingin menyiapkan hal pejabat yang tertangguh di meja kerja. Kiranya, dapatlah duduk dengan tenang sambil mendengar Huda bercerita tentang pasukan Liverpool memenangi piala yang mereka nantikan selama 30 tahun. 

Pagi hari menghabiskan masa dengan bersenam lebih kurang 2 jam. Tengah hari pula jamming bersama anak-anak. Mengasah kembali kemahiran bermain alat muzik. Kegemaran jamming ini datang ketika saya bersekolah di asrama penuh. Bila ada kelapangan semasa hujung minggu, biasanya saya dan kawan-kawan seasrama akan ke Zai Am Studio untuk jamming. Lagu kegemaran ketika itu tentulah musik heavy metal. 

Malamnya, setelah selesai mengajar anak-anak menyiap kerja sekolah, tonton filem seram pula. Saya bukanlah peminat filem seram tapi anak-anak gemar benar menonton genre ini. Saya ikutkan sahaja apa yang mereka mahukan. Saya lebih gemar filem berunsurkan peperangan, sejarah dan biografi (biopic film) seperti JFK, Tauman, LBJ. Kalau filem sejarah, saya suka filem Hindi seperti Bajirao Mastani dan Viceroy's House

Perkara yang paling mendebarkan tentulah apabila Hara mengusik saya dengan “four days straight” kerana kami menghabiskan malam dengan bersenang-senang seperti pasangan suami isteri yang lain. Ada ketikanya, setelah selesai, saya bacakan puisi cinta untuknya. Kadang-kadang saya nyanyikan lagu kegemarannya. Di kebanyakan masa, saya bergurau senda dengannya.“Four days straight” adalah rekod terbaik sepanjang perkahwinan kami.

Friday, July 17, 2020

Hara naik angin

“Hai B”
“Hai sayang! Awal balik”
“Abang buat apa tu? Sengih-sengih je”
“Tengok gambar Mia Khalifa”
“Siapa?”
“Mia Khalifa”
“Siapa tu?”
Porn star hahaha”
“Amboi! Gatal! Bini dah ada pun gatal”
“Tengok je bukan buat apa pun”
Hot ke?”
“Tak. Seksi je. Baby Rina lagi hot kot”
“Siapa tu?”
Porn star la”
“Ada yang nak kena tidur luar malam ni”
“Jumpa masa Google bukan saja buka”
“Abang rasa Hara percaya?”
“Hara tak percaya abang tak kisah. Laki biasalah”

Saturday, July 11, 2020

4.00 pagi

“Abang suka bulan ke bintang?”
“Bulan”
“Sebab?”
“Bulan ada satu je. Dekat mana-mana pun sama”
“Hara suka langit. Semua ada”
“Tapau semua”
“Aah, senang”

Dari dua kerusi, menjadi satu kerusi apabila Hara beralih tempat duduk.

“Cantik rambut abang”
“Pergi salon siap mandi susu urut-urut”
“Amboi. Macam tu lah kalau bini tak ada”
“Nak sambut bini balik outstation. Kena wangi-wangi”
“Hara mengantuk. Kesian abang”
“Tidurlah, tak apa”
“ Abang selalu dahulukan Hara”
“Hara kan penat”
“Walaupun suami Hara kayu, tak romantik it’s okay
“Dan lagi tu”
“Hihi nanti angkat Hara masuk bilik tau”
“Tak kan nak tinggal sini pulak”

_

...dan dia lena di pangkuanku dalam dengkuran halus. Pastinya lelah setelah dua minggu bertugas di luar daerah.

Thursday, July 09, 2020

4.03 pagi

Merinduimu...

Monday, July 06, 2020

In Your Eyes




She warned me that life changes
And that no one really knows
Whether time would make us strangers
Or whether time would make us grow

Even though the winds of time will change
In a world where nothing stays the same
Through it all
Our love will still remain




In Your Eyes
George Benson

Sunday, June 28, 2020

1.48 am

Alhamdulillah, terima projek baru setelah dua projek terdahulu terbatal walaupun hampir menandatangani perjanjian strategik dua hala. Sejak kebelakangan ini, saya tak begitu khuatir soal rezeki. Saya memujuk hati dan berpegang teguh dengan kata-kata Imam al-Shafi'i, 

“My heart is at ease knowing that what was meant for me will never miss me, and that what misses me was never meant for me.”

Monday, June 08, 2020

4.07 am

I didn’t regret, but money is not just a number. 

_

Indeed to Allah we belong and unto Him is our return. O Allah, reward me for my affliction and compensate me with something better. (Sahih Muslim)
.

“Abang tak nak tidur?”
“Nak. Dah sakit badan”
“Makanlah sikit. Dari pagi abang tak makan”
“Tak ada selera”
“Hara minta maaf abang. Hara tak tahu nak cakap apa”
“Tak apa”
“Tapi Hara ada baca satu hadis. Abang nak dengar?”
“Apa”
“When you suffer a loss, if you are patient with that loss then Allah will replace that loss with something even better for you”
“Sigh”
“Hara tahu abang kuat”
“Abang taklah kisah sangat sebenarnya tapi duit kan. Kisah jugaklah”
“Hara yang pelik kalau abang tak kisah. Sepuluh sen pun abang berkira”
“Yelah. Abang suka duit. Dekat mana entah salah abang”
“Bukan salah abang. Tuhan dah tulis rezeki abang ada di tempat lain”
“Hmmm…asyik kena uji je”
“Know that Allah is testing you because He loves you”

Sunday, June 07, 2020

Saturday, May 30, 2020

Menambah isteri

“Abang dah lama lupa. Hara yang ingatkan”
“Hara cari someone yang sesuai untuk abang”
“Nak buat apa ada banyak bini. Habiskan duit je”
“Duit je abang tahu”
“Yelah. Tak signifikan. Kalau setakat skandal nak lah. Kawin tak nak”
“Nampak tak laki. Kawin tak nak. Menyimpan nak”
“Skandal tak keluar duit. Tak ada komitmen nak tanggung itu ini”
“Abang setuju je please
“Tak nak”
“Abang kan sayang Hara, setuju please
“Hara tahu tak apa yang Hara cakap ni?”
“Tahu abang”
“Habis tu?”
“Dari hati yang ikhlas Hara nak hadiahkan abang seorang isteri. Menambah isteri tak salah abang malah di galakkan kalau untuk memberi perlindungan kepada ibu tunggal atau janda”
“Dia ada anak?”
“Tak ada abang tapi dia perlukan suami”
“Tak boleh. Abang busy. Nak tambah bini macam mana”
“Setuju please
“Hara dah habis fikir? Dah fikir masak-masak?”
“Dah abang”
“Serius ke ni?”
“Serius”
“Hara tak nak abang dah?”
“Bukan macam tu...”
“Hara tak tahan hidup dengan abang?”
“Hara happy hidup dengan abang”
“Habis tu? Hara sakit?”
“Tak adalah. Abang ni”
“Habis tu kenapa?”
“Sebab Hara ikhlas cintakan abang”

_

Sampai sekarang abang tak dapat cari perkaitan antara “Hara ikhlas cintakan abang” dengan perlunya abang menambah isteri.

Tuesday, May 26, 2020

Aidil Fitri

Minal a’idin wal fa’izin kullu 'aam wa antum bi khoir. Taqabbalallahu minna wa minkum daripada Imran sekeluarga.

Saturday, May 09, 2020

Clean shave

“Why oh why?”
“Apa?”
“Pasal apa aih p clean shave
“Malas nak jaga. Bukan boleh keluar pun”
“Ooo selama ni bela jambang bukan untuk bini ehh”
Dak aih. Sapa kata?”
“Ingatkan bela untuk bini. Sampai hati tau”
“Tak shave 3 hari dah belemoih. Kalau seminggu tak tau la”
“Amboi chek. Padu no cakap utagha
“Apa ingat kita lekeh sangat ka?”
“Dok ghoyak gapo-gapo pun”
“Eleh. Kito denga sakni adik kecek
Dio buleh kecek Klate pulok doh
“Haa ingat kito tok pehe ko?”
Tok sey kaloh deh
“Hahahaha memey ar

Friday, May 08, 2020

11.48 pm



Thanks Hara 





via Relationship Rules

Friday, April 24, 2020

Monday, April 20, 2020

Berita buruk


Harga minyak jatuh ke paras paling buruk dalam sejarah dunia.





Gambar: Jeff Jaafar

Sunday, April 19, 2020

Catatan santai

Ketika saya keluar dari bilik, Hara sedang meeting dengan anak-anak. Tak pasti butiran yang mereka bualkan. Saya hanya dengar;

“Ibu sebenarnya kisah rumah kita bersepah”


Saya hanya senyum, ambil air dan masuk semula ke bilik.

Friday, April 17, 2020

Wednesday, April 15, 2020

4.29 am

Tak ada yang lebih membahagiakan saat ini kecuali menghabiskan masa bersama keluarga.

Saturday, April 11, 2020

Saturday, April 04, 2020

Harapan

Sepanjang tempoh COVID-19, bumi semakin pulih dari pencemaran manakala manusia gundah-gulana menghadapi masa mendatang. Di Jepun, keadaan masih terkawal. Tiada lockdown dan kegiatan harian masih berjalan seperti biasa. Perniagaan dan pejabat di buka seperti tiada apa-apa berlaku.

Wabak ini tidak merebak teruk di Jepun mungkin kerana masyarakat Jepun cenderung mengasingkan diri di dalam rumah. Mereka kurang bergaul dengan masyarakat. Jadi virus merebak dengan agak lambat. Sejak awal lagi sekolah telah di tutup dan pembelajaran di lakukan melalui sistem atas talian. Pengurusan bencana di Jepun sangat baik. 


_

Sudah hampir sebulan saya tak pulang melawat keluarga mertua di Kuala Lumpur. Biasanya setiap dua minggu saya pulang ke Kuala Lumpur melawat mereka. Jarak perjalanan yang jauh bukan suatu halangan. Tentu sahaja isteri saya rindukan Bonda dan Babanya. Saya juga rindu untuk makan dan solat jemaah bersama-sama mereka.

Keluarga saya di Johor dan Singapura baiki-baik sahaja. Moga COVID-19 beransur pulih di seluruh dunia. Raya tahun ini mungkin untuk pertama kalinya kami beraya tanpa berkumpul adik-beradik. Pasti sahaja kemeriahannya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Moga-moga kita semua terselamat dari wabak ini. 


_


Saya sudah bekerja dari rumah sejak dari bangku universiti lagi kerana saya tidak suka ke pejabat. Semua urusan biasanya di selesaikan di rumah sahaja. Jika ada urusan penting dan memerlukan kehadiran, barulah saya ke pejabat. Pasca COVID-19 nanti saya berazam untuk selalu ke pejabat bertemu staf untuk lebih mengenali mereka. 

Saya sudah pun mempunyai pengalaman mengharungi fasa-fasa kesukaran lewat beberapa tahun lepas. Jadi, ketika COVID-19 melanda, saya lebih bersedia. Pasca COVID-19 nanti lebih parah dengan beberapa syarikat gergasi di  tersungkur teruk. Ramai pekerja menganggur, syarikat gulung tikar, dan pasaran ekonomi tidak dapat berfungsi.




catatan 18 Mac 2020

Tuesday, March 31, 2020

1.20 am

Usai mengaminkan doa, Hara datang dan memelukku dari belakang. Dia menangis. Air matanya terasa hangat jatuh ke bahuku.

“Dah lama balik? Tak dengar pun”
“Abang…”
“Kenapa ni? Hara okey?”
“Tak”
“Kerja okey?”
“Okey”
“Tenang dulu. Nanti kita cerita”

_

Rupa-rupanya Hara baru sahaja membaca dan meneliti fail seorang pembunuh bersifat cannibal iaitu Issei Sagawa. Sagawa kini berusia 70 tahun. Beliau di dapati bersalah membunuh Renee Hartevelt, rakan sekelasnya semasa di Sorbonne ketika melanjutkan pengajian dalam bidang kesusasteraan peringkat Ijazah Kedoktoran. Dalam perbicaraan, Sagawa di dapati tidak siuman lalu di hantar ke Matsuzawa Psychiatric Hospital untuk menjalani rawatan mental. 

Sagawa mendapat perhatian awam dan diberi jolokan selebriti hingga “menempa” nama sebagai seorang pelakon kerana membintangi filem Unfaithful Wife: Shameful Torture. Beliau juga menempa nama dalam arena penulisan kerana aktif menghasilkan novel dan esei. Sekurang-kurangnya beliau telah menulis 20 buah novel. Salah satu yang paling popular adalah novel-berilustri iaitu In The Fog yang menceritakan secara terperinci jenayah yang telah di lakukannya. 


_

“Hara sayang abang…”
“Abang tahu”
“...”
“Tunggu sini. Abang buat lemon tea
“Tak nak. Nak ikut”
“Jom. Jangan fikir dah”
“Fikir”

_

Ya Rabb, Kau peliharalah isteriku.

Sunday, March 29, 2020

Di kasihi

Terik mentari yang membahang
beransur kurang
menandakan kelahiran seorang puteri
yang sempurna segala segi

Kudoakan kau mewarisi
senyuman manis ibumu
tegasnya seperti srikandi
lembutnya bak permaisuri
cantik paras rupanya
cerdas akal fikirannya
mulia akhlak dan tutur katanya

Dari kejauhan 
kutitipkan doa
agar kau dikasihi 
di langit dan di bumi.





Pakcik Imran


Otaru, Hokkaido, Japan
26 Mac 2020, 1.10 pm

Wednesday, March 18, 2020

As I want you 'til the day I die

 إِنِّ أُحِبُّكَ


Kata-kata yang tertulis pada sekeping gambar polaroid ketika kami menghabiskan cuti hujung minggu di Labuan Bajo tempoh hari. Kata-kata itu bermaksud “Aku mencintaimu”.


أَحَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ

Saya mengambil sebatang pen lalu menulis sepotong ayat. Ertinya, “Semoga kau di sayangi kerana menyayangi diriku”. Semoga Allah s.w.t selalu menyayangi dirimu.



Tuesday, March 17, 2020

Memandang masa lalu

Ketika hatinya di landa rawan, saya hadiahkan dia Mini Bittersweet Chocolate Cake

“Rounds of chocolate cake are split into 2 rounds and layered with rich, chocolate frosting and a sprinkle of mini chocolate chips”.

.

catatan 12 Mac 2017

Monday, March 16, 2020

Perempuan yang pernah aku miliki



Tak pernah luput dari ingatan...

Suami untuk di kongsi

Hara seorang pro-poligami dan di situlah titik perbezaan kami.

_

“Peliklah abang ni. Isteri bagi poligami kenapa tak nak?”
“Sebab abang takut tak adil”
“You can do it!”
Power betul bini bagi support
“Hara dah ada calon. Abang pilih je”
“Amboi. Kemain lagi. Suruh pilih bini macam pilih ikan”
“Hihi taklah macam tu”
“Tak nak ah. Abang takut”
“Takut apa bang?”
“Macam mana nanti kalau abang sayang dia lebih dari abang sayang Hara? Abang takut abang jatuh cinta dengan orang lain, sayang orang lain, lebih dari Hara”
Love comes in many forms. Kalau abang happy, Hara pun happy
“Hara ada dah lebih dari cukup”
“Kalau Hara tak ada?”
“Tu cerita lain. Cerita sekarang, hmm meh nak dukung!”
“Abang!”

_


“Letihlah nak mandi wajib tiap hari”
“Alah apalah sangat”
“Dengan Hara dah 2 kali seminggu. Lepas tu…”
“3 eh”
“Hahaha yelah 3, biasa 2 je abang rasa”
“Orang cakap 3, 3 lah”
“Amboi. Garang!”
“3 lah baby
“Okey 3. Nanti kawin lagi, fully booked abang tiap malam hahahaha. Tuala tak dan kering”
“Nampak tak orang laki punya perangai. Tak nak, tak nak, fikir ke lain dulu”
“Hehehe betul la. Banyak lagi fikir ni hahahaha”
“Dah. Fikir ke lain reti pulak”
“Hehehe nak threesome keeee”
“E abang niiii!”
“Hahahaha”

Wednesday, March 11, 2020

4:25pm

“Abang okey?”
“Okey”
“Teringat?”
“Haah, sikit. Tapi tak fikir sangat”
“Jangan layan”
“Tak”

_

Hospital




(11/3/2020, 4.25pm)

Monday, March 09, 2020

Dulu...




Sekarang tak lagi...

Sunday, March 08, 2020

Isteri baru

Tahun ini saya menetap di Jepun. Tahun lepas di India. Tidak banyak catatan yang saya tuliskan sejak beberapa tahun ini. Agaknya, saya berasa selesa menyimpan segala kata-kata hanya di dalam minda tanpa di tumpahkan menjadi bait di atas kertas. Sejak berkahwin dan berteman dengan Hara, saya mengambil kesempatan untuk mendaki gunung. Kami melalui beberapa episod pendakian; bermula dari pendakian yang mudah, sederhana sukar dan yang paling mencabar. Kita melalui danau, tebing tinggi, jalan berbukit, kabus tebal dan seribu liku laluan menuju destinasi.

Dalam setiap pengembaraan ada cerita yang tersendiri. Mungkin sahaja Hara cuba mengenali saya dengan lebih rapat atau barangkali dia cuba mengerti episod duka yang saya lalui. Semuanya telah saya lepaskan tetapi ia tidaklah berlangsung dengan begitu mudah. Saya mengalami kemurungan hingga hari ini. Kadang-kala segalanya nampak baik. Ada ketikanya, semuanya seakan kabur. Dan Hara memimpin saya untuk bangun kembali, melawan kemurungan yang saya hadapi. Dia begitu sabar melayan karenah saya. Begitu sabar sekali.

Memasuki usia 7 bulan pernikahan kami, Hara menganjurkan agar saya berkahwin lagi. Dia berharap dengan berpoligami saya dapat melupakan hal silam kerana saya akan “sibuk” menguruskan hal ehwal rumah tangga yang baru. Dalam diam-diam dia mencari calon isteri buat saya. Saya tahu niatnya murni namun saya tetap menolak. Saya mencintai Hara dan tak mahu berbagi kasih dengannya. Saya kira saya semakin pulih walaupun tidak banyak perubahan. Saya akan terus berusaha memperbaiki diri keluar dari dunia gelap ini. Semoga dengan izin-Nya saya menjadi insan yang lebih baik.

_

“Ni nombor dia. Bila abang free, abang call dia tau”
“Buat apa?”
“Kenal-kenal. Call tau”
“Tak naklah”
“La kenapa pulak”
“Nak buat apa abang call dia”
Future wife abang kan”
“Tak. Abang tak nak”

_

Saat itu, saya memeluknya dengan erat. Air mata bergenang. Moga-moga Tuhan kuatkan hati saya. Saya tak mahu bernikah lagi. Saya tak mahu menduakan Hara sungguhpun pilihan itu adalah pilihan Hara sendiri. Saya sayangkan Hara dengan segenap jiwa saya. Saya harap Hara mengerti bahawa saya hanya perlukan dia untuk kehidupan ini. Benar, saya hanya perlukan isteri yang satu ini untuk meneruskan kehidupan, berkongsi kasih, berbagi duka. Dialah satu-satunya isteri, isteri yang begitu membahagiakan.

Friday, March 06, 2020

Saturday, February 29, 2020

Labour room

Birthday nanti nak hadiah baby
“Eh apa pulak kita”
“Ocio geng lahir tahun lompat dengan anak dia. Abang nak geng birthday akhir tahun”
“Dah berani nak masuk labour room?”
“Berani dah!”
“Kita tengok hihihi”
“Gelak jahat ni. Ada juga yang kena dukung sat g

Februari 29

Selamat datang ke dunia yang indah ini Muhammad Ramyail Iskanddar! Semoga menjadi anak yang soleh dan berbudi kepada kedua orang tuamu. Mereka menantimu dengan penuh sabar selama hampir 5 tahun.

_

Ocio sudah jadi ayah! Oh ya, selamat hari jadi Bang Long!

Friday, February 28, 2020

Alahai isteri

“Seksi-seksi ni nak pergi mana?”
“Masuk bilik. Ada kerja sikit”
“Kadang I rasa you ni robot. You tak penat eh”
“Penat. Handphone dah off pun”
Then rehatlah. Sampai rumah je nak buat kerja. Minggu ni you tak tidur langsung kan”
“Okey-okey. 5 minit je”
“Yelah 5 minit”
“Hmm…marah-marah kenapa ni?”
“Hmmm…”
“5 minit je. Betul. Kejab lagi abang duduk dengan Hara”
“Hara tak jumpa abang 5 hari dah. Balik je abang nak buat kerja”
“Janganlah marah”
“Mana ada marah”
“Eleh”
“Apa eleh”
“5 minit je. Janji”
“Tengok tu”



_


Ya Rabbi, comelnya dia bila merajuk. Alahai isteri.

Friday, February 21, 2020

Chill and relax


Enjoying nature





Labuan Bajo, Indonesia
21.02.2020,12:02pm

Wednesday, February 19, 2020

My favourite person

“Hi Tiger”
“Duduk dulu abang panaskan makanan”
“Tak payahlah bang”
“Makanlah dulu. Kejab lagi mandi. Perut lapar tu”
“Apa yang ada?”
Favourite Hara”
“Abang beli dekat mana?”
“Masak. Cubalah”
“Abang masak?”
“Ye. Makanlah”
“Sedapnya bau!”
“Nak minum apa? Susu? Lemon?”
“Apa-apa pun boleh”
_

“Thanks baby. Perut dah tak pedih”
“Tu pun ada hati tak nak makan ”
“Abang buat apa?”
“Kerja tapi nak siap dah”
“Hara nak duduk sini boleh?”
“Laa kerusi banyak” 
“Kerusi tak best. Peha abang yang best
“Alasan je tu kan”
“Biarlah. Bukan laki orang. Laki sendiri”
“Tak nak mandi dulu?”
“Tak nak. Penat”
“Okey, rehat dulu. Nanti mandi”
_

“Sebenarnya kan favourite Hara benda lain”
“Laa. Abang dah salah masak. Hara suka apa?”
“You’re my favourite”
“Jom abang dukung mandi. Bau masam”
“Ala baby ni”
“Abang pun rasa macam nak mandi hahaha”
“Jom!”
“Laju je!”
_

Setiap malam tunggu isteri balik kerja.

Tuesday, February 18, 2020

Maafkan abang

Kadang-kadang bila abang duduk seorang diri, abang teringat beberapa hal yang berlaku antara kita. Abang minta maaf jerkah dan tengking Hara tempoh hari. Dari riak wajah Hara ketika itu, abang tahu Hara ketakutan dan masih terkejut. Abang minta maaf. Abang akui abang panas baran dan cepat marah. Itu kelemahan abang sejak dulu lagi. 

Mungkin benar apa yang Hara katakan bahawa abang tidak tahu duduk berbincang. Perbincangan kita tidak berakhir dengan baik kerana selalunya abang lekas marah lalu meninggikan suara pada Hara. Setiap kali mengingatinya abang terasa kesal sekali. Maafkan abang kerana gagal menjadi suami yang baik untuk Hara. Abang rasa malu setiap kali berdepan dengan Hara.

Terima kasih kerana melayan abang dengan baik. Menjaga makan minum abang sebaiknya dalam kepenatan seharian bekerja. Tidak ada lelaki sebaik Rasulullah dalam melayani isterinya. Sudah tentu abang tidak sebaik junjungan kita. Abang masih cuba mengawal kemarahan, perasan dan panas baran. Abang mahu menjadi lelaki yang lebih baik pada masa hadapan. Maafkan abang.

Dari Sayyidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah SAW bersabda : "Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya, dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud)



Tokyo Camii, Shibuya, Tokyo
19.02.2020, 12.19pm

Sunday, February 16, 2020

Kenangan mengusik jiwa




_


“Abang rasa abang dah buat backup
“Dah try semua disc? Thumb drive ke?”
Pen drive ada 2 ni je. Rasa dah simpan tapi tak ada”
“Banyak ke lagu?”
“Banyak. Lagu lama-lama”
“Kenangan mengusik jiwa eh”
“Sayang juga lagu-lagu tu. Lama abang kumpul”
“Jangan sedih. Cari lagi. Mana tahu jumpa”
“Sedih tapi tak sedih sangat. Tak apalah. Dah sampai waktu. Kalau tunggu abang delete folder lagu tu memang sampai bila pun abang tak delete. Dah hilang nak buat macam mana. Cuma ada setengah lagu tu abang suka dengar banyak kali. Tak ingat tajuk pulak”
“Tanyalah dekat makwe abang. Dia mesti ingat”
“Dia dah lama delete semua lagu tu”
“Macam mana eh”
“Tak apalah Hara. It’s okay. Abang tak sedih sangat pun. Anggaplah Tuhan push abang untuk lupakan kenangan lama”
“Kalau abang dah cakap macam tu, okeylah. Jangan nangis sudah”
“Mana ada”

Saturday, February 15, 2020

Nota cinta seorang suami

So, inilah pencapaian tertinggi abang?”
“Taklah”
“Habis tu?”
“Kawin dengan Hara”
“(senyum)”
“Hahaha suka bukan main dia”
“Mestilah”
“Nah”
“Apa ni?”
“Bacalah”*
“(senyum)”
“Senyum je dia hari ni”
“Terima kasih abang”



*

“Aku juga mencintaimu kerana Zat yang membuatmu mencintai aku” — Penyair






Kala Patthar, Nepal
14112019, 13:10

Sunday, February 09, 2020

On Saturday morning

Feb 8 - Paragliding in Nepal 

Saturday, February 08, 2020

What do we do

01.02 - White water rafting in Bhutan

Friday, February 07, 2020

Saturday thought

The woman you pursue is a reflection of you, your ambition and your level of class.

Wednesday, January 29, 2020

Boys will be boys

The Art of Letting God
The Art of Letting Go(d)
Syafakallah (May Allah SWT heal you)
Letters To God
Dear God
Call Upon Him
Allah Loves
Being A Quran Tag Girl

_


“Semua untuk abang?”
“Ye sayang”
Being A Quran Tag Girl, The Art of Letting Go(d), Letters To God, Dear God tu tak payahlah”
“Penulis perempuan tak semestinya untuk perempuan. Tak salah pun kalau baca”
“Tak cakap pun salah”
Double standard eh”
“Tak pun”
“Habis tu? Seksis? Macam tu?”
“Yelah, yelah. Hara menang. Ish!”
“Poyo betul dunia patriaki abang. Dah ketinggalan zaman tau”
“Boys will be boys”
“Bila nak berubah entah”
“Tak berubah dah. Mekasih kasi buku. Sayang selalu xoxo”


_


Abang jarang baca (bukan tak suka) hasil pena penulis wanita. Bukan kerana tak percaya hasil tangan wanita cuma lebih selesa membaca karya penulis lelaki. Dalam bahasa ringkasnya, I prefer reading male writer. Kedua, abang tak suka kulit / halaman buku terdapat muka penulis baik lelaki mahupun perempuan. Bukanlah anti, cuma tak suka.

Friday, January 24, 2020

Kebahagiaan

“Cantik, tenang je”
“Cantik macam isteri abang. Tenang pun macam isteri abang”
“Puji-pujian tersirat makna. Nak apa?”
“Nak Hara hahaha”
“Gatal eh gatal. Panas-panas ni”
“Berpeluh menyihatkan badan” (angkat kening)
“Orang laki ni tak kira tempat eh”
“Hahaha mestilah. Tak tahannnnnn”
“Miangnya laki kita!”
“Jomlah”
“Hara masaklah bang”
“Kejab lagi boleh. Jomlah. Abang nangis nanti”
“Yelah jom! Geram je kita!”
“Hehehe janganlah geram”
“Jomlah cepat”
“Abang gurau je. Suka Hara marah-marah”
“Suka sangat kacau Hara. Kecik besar je Hara tengok abang”
“Tapi abang punya besar hahaha”
“Abang!”
“Sakitlah. Tampar kasih sayang dah la”
“Padan muka. Suka sangat kacau kita”




Janda Baik, Pahang
1.16 petang, 25012020

Tuesday, January 21, 2020

Kesedihan yang tak bernoktah

Entah kenapa hari ini saya tergerak hati untuk membalas e-mel awak. Tiba-tiba sahaja saya berasa sedih. Jadi saya tak menulis panjang seperti selalunya. Ada baiknya sesetengah perkara perlu kita simpan baik-baik di dalam hati.

.
Sometimes you can't fake it. You can't ignore it. When it's real, it's real. And what hurts is, you do everything in your power to move on. To move forward but in the end, none of it really works. In the end, all you really do is dig your own grave. You never quite get over them. You never quite get far enough to lose them. They sort of linger. They follow you around--everywhere you go. They become ghosts. They become scars. They become that one person you wish you could go back to. That one person you wish you still had. Sometimes it works out but sometimes it doesn't. But none of that matters. When it's real, it's real. No matter how much time passes. They'll always be the one who got away. 
— RM. Drake
.

Ya Rabb, ringankan beban di hati ini.




Otsuka Mosque, Toshima City, Tokyo
11.20 pagi, 22012020

Friday, January 17, 2020

Hujung minggu

Adam: Kenapa daddy bawa kita datang sini Babang?
Umar: Untuk mengenal Yang Maha Esa






Taipei Astronomical Museum, Taipei
18012020, 9.30pagi

Wednesday, January 15, 2020

Catatan pada sekeping foto

Adakah aku masih mendambakan seorang lelaki yang mulia 
sedangkan aku tahu dirimu sangat mulia
Dia sumber kekuatanku
Kerana dia, aku mampu hidup mengharungi gelombang besar kehidupan
Dia ada dan selalu ada
Memberi kekuatan dan anugerah


13 Nov 2019
EBC, Nepal


. . .

Catatan pada sekeping foto yang di tulis isteriku.

Aku menjumpainya secara tak sengaja semasa mencari buku untuk kegunaan tesis. Terletak di antara helaian muka surat, tersembunyi di balik buku-buku lain. Hara memang gemar mencatat di balik foto dan menyelitnya di antara helaian halaman buku.

Tuhan menguji dengan cinta

"Abang marahkan apa? Hara risau tengok abang macam ni"
"Diri sendiri"
"Abang dah makan ubat?"
"Belum"
"Abang makan ubat lepas tu Hara cuci luka abang. Kenapa abang tak pakai glove?"
"Hara...kenapa rasa tu kena datang jugak. Kenapa abang masih fikirkan dia, rindukan dia. Kenapa Tuhan hukum abang macam ni. Abang ingat semua dah okey sebab abang tak ingat apa pun pasal dia. Lepas berbulan jadi balik macam sebelum ni. Abang penat"
"Abang...duduk dulu. Minum air ni"
"Abang rasa bersalah dengan Hara..."
"Stay strong, sayang. Allah menguji abang dengan cinta. Allah juga menguji Hara. Jangan give up. Hara perlukan abang"
"Abang tak kuat"
"Abang kuat. Sebab tu Allah uji abang. Allah tahu abang kuat"

Saturday, January 11, 2020

Catatan

Kampung Nelayan Floating Seafood Restaurant


.

catatan 5 Febuari 2017

Friday, January 10, 2020

Catatan

“Nothing haunts me like you do. You are the ghost of everything I will never have, of the memories I can never relive, of who you will never love. You are the ghost of my life.”

— Lukas W. 

.

catatan 21 Januari 2019

Sunday, January 05, 2020

Hara

Kata Nabi Muhammad:-
“You will be with who you love"

(Sahih al-Bukhari 3688)





Zao Onsen Ski Resort, Yamagata, Japan
4 Januari 2020

Wednesday, January 01, 2020

Tahun baru

Bawa Hara dan anak-anak solat subuh di masjid. Masjid yang cantik, bersih dan selesa.  Memulakan tahun baru dengan hari yang membahagiakan.


Memaknai hidup