Ulang tahun kali ini sepatutnya menjadi hari yang istimewa buat kita kerana abang akan bawa Hara belayar selama 16 hari di lautan penuh gelora. Kita akan belayar dari Yokohama ke Kobe. Seterusnya ke Xiamen dan berlabuh sebentar di Cebu. Destinasi ulang tahun perkahwinan kita ialah Bali. Perancangan Tuhan nampaknya tidak memihak kepada kita. Tahun ini kita menyambutnya di rumah secara sederhana, serba ringkas.
Terima kasih kerana menjadi suri yang memahami, rakan yang baik serta kekasih yang setia. Cinta tak selalunya indah. Keindahan sebenar terletak pada diri orang yang kita cintai. Dia menjadikan hari kita berbeza setiap waktu. Cinta memerlukan kejujuran. Kejujuran dalam erti kata kita sanggup menjadi diri sendiri, mempamerkan segala kekurangan di hadapan orang yang kita cintai. Itulah sebesar-besar pengorbanan.
Selamat Hari Ulang Tahun, sayang.