Rumah tangga akan jadi harmoni bila orang yang kita kahwini sekufu dengan kita. Ini adalah pesanan arwah Ummi sejak kami kecil lagi. Lelaki, menurut Ummi harus mempunyai sebanyak mungkin kelebihan berbanding isterinya bila berumah tangga. Seorang suami yang mempunyai banyak kelemahan terutama dari segi kewangan mudah menyebabkan rumah tangga goyah dan menunggu retak menanti belah. Dua hari lepas terima khabar duka daripada Quzair bahawa dia telah melafazkan cerai talak satu pada Quzrina setelah hampir tiga tahun bergelut dalam masalah rumah tangga.
Quzair memiliki sebuah Vellfire, Quzrina memandu Mustang. Quzair berpendapatan RM 12 ribu sebulan. Quzrina bergaji lebih dari RM 22 ribu sebulan. Segala urusan pembelian kediaman, kelengkapan rumah, persekolahan anak dan lain-lain di uruskan oleh Quzrina. Dari perselisihan yang kecil merebak menjadi pertengkaran yang besar. Pertengkaran yang besar setiap hari menyebabkan kasih sayang semakin pudar. Sedikit-sebanyak dari pertengkaran ini menyebabkan Quzrina hilang rasa hormat pada Quzair. Atas sebab ini dalam Islam di anjurkan perkahwinan yang sekufu supaya rumah tangga terjaga kerukunannya.
_
Kaum lelaki perlu ukur baju di badan sendiri sebelum berkeluarga. Pastikan diri kita benar-benar mampu menyara anak dan isteri kita. Salah satu faktor berlakunya penceraian adalah berpunca daripada kegagalan ketua keluarga menyediakan kelengkapan asas secukupnya kerana kengkangan kewangan yang rendah serta pendapatan yang tidak stabil. Seorang lelaki yang juga ketua keluarga harus pastikan sumber ekonomi buat keluarganya serba cukup dan terjamin. Hidup di zaman moden ini segalanya perlukan duit. Begitu juga kelangsungan sebuah ikatan perkahwinan bergantung pada sumber kewangan yang kukuh.
Hari ini, jika diperhatikan lebih ramai lelaki suka berkahwin dengan perempuan yang lebih tinggi taraf dari dirinya. Ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki-lelaki ini mencari perempuan yang bekerja supaya tidak berasa terlalu terbeban menanggung keluarga. Pendapat lain mengatakan bahawa lelaki-lelaki ini ingin menumpang senang si isteri. Malulah kita sebagai seorang lelaki jika gagal menyediakan makan pakai buat keluarga secukupnya. Lebih malang lagi jika orang di sekeliling kita mengatakan bahawa kita berkahwin dengan si isteri kerana ingin menumpang senang.
Berkahwinlah dengan perempuan yang sama taraf dengan kita, berkarier seperti kita, memiliki tahap pendidikan seperti kita. Hal ini amat penting untuk dipertimbangkan supaya di kemudian hari nanti tidak timbul isu isteri tidak hormati suami kerana perbezaan taraf hidup. Bagi pihak perempuan pula, pilihlah bakal suami yang berpengatahuan tinggi, berjaya dalam karier, mempunyai sumber kewangan yang mampan serta di yakini mampu menyara keluarga dari semua sudut. Hal-hal sebegini amat penting di teliti untuk melahirkan keluarga bahagia yang ideal lagi harmoni.