Hai babe,
Abang selamat sampai di Guangzhou setelah menempuh angin yang agak kencang di laut. Kapal layar nyaris berlanggar dengan bot pendatang asing. Mujurlah tak berlaku apa-apa. Sekarang abang berada di Pearl River, menikmati pemandangan petang sambil teman anak-anak makan ais krim. Pearl River walaupun tidak sebersih dulu masih cantik berbanding sungai di Malaysia.
Ada banyak perkara membawa abang kepada awak. Salah satunya pengembaraan Trans Siberian. Minggu depan abang dan anak-anak akan melalui perjalanan ini. Abang ambil train dari Beijing ke Moscow menggunakan laluan Lake Baikal dan Mongolia. Sayangnya abang tak dapat ambil private train. Private train lebih selesa walaupun agak mahal. Tarikh terakhir private train beroperasi untuk tahun ini pada 6 Disember yang lepas.
Abang akan berlepas pada 26 Disember dan di jangka sampai pada 1 Januari 2016. Sebenarnya tak ada sebarang tujuan abang ke Moscow. Dalam keadaan ekonomi dunia semakin mencengkam, harga minyak turun ke paras paling rendah dalam sejarang dunia (USD 37) tak ada banyak projek yang boleh abang ceburi. Apa yang abang buat ialah duduk diam-diam dan menikmati hidup dengan anak-anak (kalau ada awak lebih bahagia).
Abang mungkin tak lagi tinggal di Ipoh. Nampaknya Malaysia tak sesuai untuk abang. Dulu abang balik Malaysia sebab awak. Sekarang awak pun tak ada jadi rasanya ini masa yang sesuai untuk abang kemas beg dan barang-barang untuk pindah ke tempat lain. Abang masih belum putuskan tempat baru untuk di diami. Tak semua perkara yang menyenangkan akan kekal dengan kita, kan sayang?
Memasuki tahun kedua kita berpisah abang masih terasa seperti baru kehilangan awak. Agaknya cinta pertama memang sukar di lupakan dan abang pun tak tahu cara memulakan hidup baru. Tahun depan tak ada sebarang perancangan walaupun abang selalunya merancang sebelum buat sesuatu perkara.
Tak kisahlah apa yang terjadi kepada kita, abang tetap berharap awak akan dapat happy ending yang awak mahukan. Happy ending awak bukan dengan abang tapi orang yang lebih baik dari abang. Abang selalu harap awak akan dapat apa yang awak cari. Abang harap awak akan gembira dengan pilihan yang awak buat meskipun pilihan itu pilihan yang menyakitan untuk abang.
Suri Jiwa, jaga diri baik-baik.
Abang rindu awak.
Pearl River, Guangzhou