Menyelesaikan masalah matematik sama saja seperti merungkai kekusutan cinta. Pernah sekali Mignon McLaughlin berkata “In the arithmetic of love, one plus one equals everything, and two minus one equals nothing”. Menggeluti semula dunia matematik setelah agak lama meninggalkannya benar-benar memberi kesegaran kepada jiwa. Ia sekurang-kurang dapat mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
Ahli matematik selalu percaya matematik sentiasa menawarkan jawapan kepada setiap persoalan yang timbul dalam hidup kita. Yang penting, kita mahu berusaha menyelesaikannya. Ia sama seperti masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Kita perlu berusaha untuk menyelesaikan apa jua masalah yang datang. Seperti matematik, tidak ada masalah atau persamaan yang tidak dapat di selesaikan.
Matematik sama seperti cinta. R. Drabek pernah berkata “Math is like love - a simple idea but it can get complicated”. Kita mungkin sahaja sama seperti parallel lines yang tidak pernah bertemu. Sesetengah ahli matematik percaya parallel lines bertemu di titik infiniti. Ia agak kompleks untuk di rungkai dan masih belum ada jawapan muktamad. Sama seperti kita, kompleks dan masih belum temui jawapan yang tepat.
Remember darling, I’ll love you till the last digit of pi.