Bangun lewat. Bilik senyap. Anak-anak tak ada. Pusing motel masih tak jumpa. Punyalah gelabah. Lepas 15 minit mencari nampak kereta peronda polis berhenti depan motel. Tak lama selepas itu, Huda, Umar dan Adam turun dari kereta polis. Peronda beritahu mereka jumpa ‘kanak-kanak sesat’ di kedai grocery berhampiran.
Daddy: Kenapa tak tunggu daddy bangun? Kalau kena culik tadi macam mana?
Umar: Daddy tidur. Adik tak tampai hati panggil daddy.
Daddy: Yela tapi boleh tunggu daddy bangun kan.
Adam: Bukan salah abang. Adam lapar. Dalam bilik biskut habis daddy.
Kakak: Kakak salah. I’m sorry daddy.
Daddy: Kalau sesat tadi macam mana?
Umar: We can speak good English, daddy.
Daddy: Menjawab-menjawab.
Umar: Tapi daddy yang tanya. Adik tawablah.
Kakak: Kakak yang salah daddy. Adik tak salah. Kakak yang ajak adik pergi kedai.
Umar: Terima kasih Kakak back up adik.
Daddy: Elok la tu. Kalau kena culik ke, kena bunuh ke baru tahu.
Umar: Doktor takap olang tua tak boleh takutkan budak-budak tengan ugutan.
Daddy: Menjawab lagi. Daddy rotan nanti baru tahu.
Umar: Daddy tanganlah malah. Adik dah balik tengan telamat.
Adam: Daddy jangan marah Adam. Adam takut. Adam janji Adam tak buat lagi.
Kakak: Kakak minta maaf daddy. It won’t happen again. I promise.
Umar: Adik tak boleh janji daddy temudian hali adik buat lagi heee
Daddy: Tengok tu!
Umar: Daddy tangan malah nanti daddy tene dalah tinggi haa
Daddy: Memang dah naik darah dah ni. Dah jom masuk.
Umar: Daddy tak nak tolong angkat balang ke. Balang belat.
Daddy: Masa shopping tadi larat angkat eh.
Umar: Heeeheee
Umar: Heeeheee
We never know the love of our parents for us; till we have become parents. - Unknown