Ketika dalam perjalanan dari San Fracisco ke Hoover Dam, abang sekali lagi singgah di Las Vegas. Anak-anak tak puas hati sebab tak dapat beli buku sebagai tanda kenangan. Mereka kata mustahil di kota sebesar Vegas tidak terdapat kedai buku. Jadi abang ringankan mulut bertanya pada penduduk setempat. Kata masyarakat setempat di Las Vegas terdapat banyak kedai buku. Mereka berikan beberapa nama kedai yang popular dan tanda arah.
Terdapat lebih kurang 10 buah kedai buku di Las Vegas. Ada beberapa kedai pernah di lalui sambil berjalan kaki tapi tak perasan. Anak-anak gembira bukan main! Abang singgah di The Writer’s Block, Bauman Rare Books dan Alternate Reality Comics. Awak tahu tak Adam beli lebih dari 100 buah komik di Alternate Reality Comics! Adam kata dia tak tahu nak pilih komik jadi dia beli semua komik yang dia berkenan. Harga komik tak mahal sangat – tak sampai $200 pun.
Semasa di San Francisco, kedai buku yang sempat abang singgah cuma The Booksmith. Nampaknya abang kena lebih rajin membaca dan mencari info tentang kedai buku, perpustakaan serta muzium. Setelah anak-anak dapat beli dengan banyaknya di kedai-kedai buku sekitar Las Vegas barulah mereka berhenti merungut tentang “LA tak ada kedai buku”. Agaknya mereka sudah puas hati kerana setiap bandar yang mereka lawati pasti ada kedai buku dan pelbagai khazanah untuk di terokai.
Perkara yang paling menarik ialah Vegas sedang mempersiapkan bandarnya untuk festival kesusasteraan dan pihak pentadbiran sedang merangka untuk menjadikan Las Vegas sebagai destinasi kesusasteraan selain bandar berlibur yang terkenal dengan pusat perjudian dan kasino terhebat di dunia. Ini tidaklah menghairankan kerana Vegas adalah pusat tumpuan pelancong. Rami yang berkunjung ke sini untuk berhibur dan kini mereka menyediakan bandar kesasteraan pula. Tentulah lebih ramai oang akan datang berkunjung.
As with any journey, who you travel with can be more important than your destination. - Unknown