Saturday, October 24, 2015

2.40am

Rancangnya hanya dua minggu menghabiskan masa di Nevada, Utah, Colorado, Idaho, Wyoming dan Montana tapi terlajak hingga 3 minggu. Perjalanan dari bandar ke bandar menggunakan kapal terbang kerana lebih menjimatkan masa dan tenaga. Kalau memandu tidak begitu sesuai kerana mengambil masa yang lama. Sewa kereta hanya sesuai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu tempat menarik yang lain. 

Antara banyak tempat yang di lawati, Sequoia National Park yang paling cantik. Banyak pokok-pokok tua yang berusia ratusan tahun berada di sini. Antara yang paling popular ialah General Sherman Tree yang merupakan pokok terbesar di dunia. Bersebelahan dengan Sequoia National Park ialah Kings Canyon National Park. Tapak perkhemahan juga di sediakan bagi pengunjung yang berminat bermalam di sini dengan kadar sewa serendah $12 semalam.

Death Valley National Park, The Hoover Dam dan Dinosaur National Monument merupakan tempat-tempat yang tidak termasuk dalam senarai lawatan tapi berjaya juga di lawati kerana desakan anak-anak. Sesuatu yang menakjubkan ialah Jambatan Empangan Hoover yang di bina merentasi Sungai Colorado bagi menghubungi Las Vegas dengan Arizona dan di anggarkan dapat menampung 17000 kenderaan setiap hari.

Hari ini dan esok akan berehat di hotel sambil menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Perjalanan seterusnya ke North & South Dakota, Nebraska, Kansas, New Mexico, Texas dan Oklahoma.