Sabtu lepas memenuhi jemputan ke rumah Hana. Itu pun sebab abah Hana yang jemput. Rasa macam pergi temuduga jadi menantu pilihan. Sampai di rumah Hana seperti waktu yang di tetapkan. Tok Wan dan Opah Hana pun ada. Seperti yang di jangka, sesi temuduga akan bermula.
Mula-mula abah Hana kata keluarga mereka akan adakan kenduri jadi minta sembelihkan lembu. Taklah cuak sangat. Dengan tenang ambil pisau dan sedia untuk menyembelih dan melapah lembu. Mujurlah bukan lembu. Abah Hana hanya gertak sahaja. Kena sembelih ayam kemudian cabut semua bulu ayam.
Menggeletar juga tangan. Nasib tak lupa baca doa! Alhamdulillah berjaya sembelih ayam dengan jayanya. Nak tunjuk muka bangga lebih sangat pun tak boleh. Kena control macho. Walaupun sekadar sembelih ayam, bukan semua lelaki pandai lakukan. Tak rasa rugi berguru dengan Ocio waktu muda dulu.
_ _ _
Waktu makan tengah hari tak ada pun lauk ayam. Yang ada cuma gulai tempoyak yang sangat sedap. Makan bersama acar buah. Sempat juga minta resepi acar buah dengan Opah Hana. Nanti nak minta Makcik Siti buatkan. Tak ramai orang tahu masak acar buah. Selera betul makan di rumah Hana tapi makan cuma sepinggan walau hajat di hati nak tambah dua tiga kali.
Petangnya main badminton dengan abah Hana. Rasa kekok sebab lama tak main badminton. Kalah teruk tapi tak apalah. Kalah menang adat permainan. Main badminton cuma satu set sahaja kemudian Hariz (abang Hana) masuk court. Tengok mereka bermain. Agaknya mereka anak-beranak memang handal dalam badminton.
Malamnya kena jadi imam solat Maghrib. Sebelumnya kena azan. Tak rasa gemuruh. Tak rasa cuak. Tapi risau juga kalau-kalau tersalah azan. Habis jemaah, Tok Wan minta baca al-Quran. Baca al-Quran boleh tahan lagi tapi bila dia tanya tafsir surah, ada yang boleh jawab ada yang tak. Hanya 3 soalan boleh di jawab. Dua soalan tak dapat. Rasa tebal betul muka.
_ _ _
Selepas Isyak, bermulalah perbincangan yang serius. Abah Hana minta jawapan untuk hajatnya yang lepas. Jawab dengan tenang dan penuh kejujuran. “Saya tak ada rasa sayang pada Hana tapi saya mengaku saya mula senang dengan dia. Cuma buat masa ini saya belum bersedia untuk satu perhubungan baru”. Keluarga Hana tak cakap apa-apa cuma angguk faham.
Keluarga Hana kecil sahaja. Walaupun berada di sana hanya beberapa jam tapi rasa cukup selesa. Hariz juga okey. Agak sporting orangnya. Siapa sahaja yang berkahwin dengan Hana bertuah sebab selalunya ‘abang long’ very over-protective pada adik perempuannya. Tak percaya pada lelaki yang rapat dengan adik mereka. Hariz tak ada ciri-ciri tersebut dan dari riaknya mudah di bawa berunding.
Hampir seminggu tak Skype dengan Hana (sejak Sabtu minggu lepas). Entah bagaimana penerimaan dia tak dapat di pastikan. Buat masa ini lebih selesa hidup solo dan tumpukan hidup pada pembangunan kerjaya. Ada beberapa projek baru yang perlukan perhatian yang lebih. Dan yang paling penting, fokus utama adalah menjadi a good daddy pada anak-anak.