Friday, August 07, 2015

Pusat Komuniti

Pusat Komuniti yang sudah berkubur bakal di bangunkan semula. Kali ini tak berhasrat serahkan kepada sesiapa untuk urusakan pusat itu nanti. Sewa premis kedai dua tingkat dengan harga RM 3500 sebulan. Isnin lepas kontraktor datang untuk proses pengubahsuaian 30% dari bangunan asal. Mulanya hendak biarkan sahaja Pusat Komuniti berkubur tapi Ham dan kawan-kawannya serius benar hendak bangunkan kembali pusat ini. 

Dengan konflik peribadi yang tak sudah-sudah, hilang diri, hilang arah memanglah tak terfikir sangat tentang Pusat Komuniti yang hanya tinggal nama. Tambahan pula banyak masalah timbul dengan pihak berkuasa. Moga pusat yang bakal di bina semula ini akan kekal dan dapat menabur sedikit bakti buat kanak-kanak yang kurang bernasib baik, remaja yang ketinggalan dan buat orang yang putus harap. Dalam proses menempah beberapa buku baru dari penerbit. 

Akan kembali mengajar kanak-kanak membaca, menulis dan mengira. Kembali buka kelas untuk pelajar kelas belakang yang ketinggalan. Kembali memberi harapan untuk pelajar kelas corot untuk terus maju ke depan. Kembali memberi sinar buat yang memerlukan. Paling penting, kembali mencari diri sendiri yang telah hilang arah. Moga diri tak sesat terlalu jauh. 

Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan waktu (Hadis Riwayat Bukhari) .