Wednesday, May 06, 2015

2.42 am

Macam biasa, Hana akan call Skype lewat malam waktu Malaysia. Hana call macam biasa tapi dia seperti marah-marah dan tak ada mood. Tiba-tiba dia merajuk dan off Skype begitu sahaja. Rupanya Hana merajuk sebab status yang di muat naik di Skype.

Tak sampai sejam, Hana call semula (ini juga kebiasaan). Dia tak merajuk lagi. Bercerita tentang progress tesisnya yang semakin baik. Dan seperti biasa, dia akan berborak tentang buku yang baru di beli atau yang baru di langsaikan bacaan.

Hana bertanya tentang semalam. Semalam tak Skype dengan Hana sebab berada di Hospital Kajang (merenung bumbung). Tak beritahu dia apa-apa. Makcik Siti mula bertanya tentang hubungan dengan Hana memandangkan hampir setiap malam ber-Skype.
_ _ _

Belum ada six pack. Pagi tadi pergi wall climbing. Tak seronok memanjat. Seronok cuci mata sambil lihat perempuan. Lebih banyak perempuan dari lelaki. Segan. Lepas habis memanjat terus balik rumah. Sebelum itu, sempatlah cuci mata tengok perempuan dalam 5 minit. Patutnya tempat memanjat kena asingkan lelaki dan perempuan.

Petang tadi cuba jogging 5 kilometer dan semput. Rasa penat sangat. Biasa buat 2 kilometer sahaja. Sengaja hari ini cuba 5 kilometer. Badan belum begitu fit. Cubaan 5 kilometer gagal. Kena usaha lebih keras lagi. Malam ke gym.

Balik dari gym, anak-anak belum tidur. Mereka sedang bergosip. Bila di tanya, tak mahu pula cerita. Mereka mula bertutur dalam kod rahsia. Sampai ke sudah tak mahu berkongsi. Selepas mandi lebih kurang sejam setengah, tidurkan Adam sambil bacakan kisah-kisah di zaman Ottoman.
_ _ _

Huda: Kakak nak adik perempuan.
Daddy: Angin ribut tak ada tiba-tiba nak adik?
Huda: Umar buli Kakak.
Daddy: Umar buat apa?
Huda: Bila Kakak tanya “Adik buat apa tu?” dia jawab “Boys things”
Daddy: Hehehe Kakak jangan ambil hati eh.
Huda: Kakak tanya Adam, Adam jawab “Adam tak tahu. Adam ikut abang”
Daddy: Kalau ada adik perempuan Huda nak buat apa?
Huda: Kakak nak jawab ‘Girls things” kalau adik tanya apa-apa soalan.
Daddy: Nak balas dendam la ni ye.