Thursday, May 07, 2015

Dasar Jantan

“Cantik lagi sweetheart kamu tu”
“Cantik. Dia kan memang cantik”
“Kamu nampak profesional je tadi”
“Bini orang. Kena behave sikit”
“Kalau janda?”
Well…janda memang hot makcik. Bujang, yang dan kawin, yang tua gayut pun cari janda”
“Habis kamu pun merenyam ke janda juga la ya?”
“Hahaha taste Im bukan janda. Suka usha je hahaha”
“Aku korek bijik mata tu barutau. Suka bebenor tengok pompuan
“Ala orang tengok je. Bukan buat apa pun. Tengok pun gitu-gitu je”
“Esok kalau Huda dah jadi anak dara budak laki tengok dia kamu jangan melenting”
“Hmm…makcik ni”
“Faham ke apa aku cakap ni?”
“OK makcik. Deep dah kena ni. Nak naik tidur”
“Kopi atas meja tu nak bagi jin mendarat minum?”
“Haaa lupa nak ambik
“Kamu nak tidur ke berborak dengan si budak Hana tu?”
“Kalau dia call. Sembang. Kalau tak, cadang nak tulis-tulis”
“Kamu nak buat Hana tu bini?”
“Kenapa makcik tanya?”
“Kalau tak nak buat bini jangan layan sangat. Tak baik bagi harapan pada orang”
“Dia yang call. Im layan je la. Kalau tak angkat nanti dia bising”
“Kamu tu jangan dok layan perasaan sangat. Ingat yang lama ke? Tak boleh lupa?”
“Hmm…tak boleh”
“Sihat ke janda kamu tu”
“Entah. Mesti la sihat kan. Dia kan pandai jaga diri”
“Padan muka kamu. Pergi tengok atap hospital dapat apa? Bukan nak masuk cari”
“Mana nak tahu dia kerja wad mana. Hmm…nanti kena sembur”
“Hati perempuan ni kerak nasi, Im. Setakat mana sangat dia nak marah kamu”
“Entah la. Rasa tak nak kawin dah. Bujang sampai tua”
Pulak dah”
“Kalau Im kawin, nak poligami boleh tak? Hahahaha”
“Masin mulut kamu bulan Rejab ni dapat kamu dua bini”
“Aminnnnn. Senang hati dapat bini banyak ni”
“Dasar jantan!”