Tahun lepas dan tahun ini tidak
putus-putus kekecewaan berlaku dalam hidup. Ia silih berganti. Lepas satu
pergi, kekecewaan lain datang mengganti. Rasa kecewa sungguh. Sedang teruja
untuk terbang lebih tinggi, sebelah sayap umpama di patahkan. Rasa kecewa belum
hilang…
Ia bukan sahaja kecewa tapi
menyedihkan. Hari yang terang terus bertukar muram. Mood yang baik di pagi hari
bertukar suram. Tak tahu hendak di khabarkan kekecewaan dan kesedihan yang di
alami. Agaknya hidup ini lebih banyak pahit dari manis, lebih banyak derita
dari bahagia, lebih banyak kekecewaan dari kegembiraan.
Umar: Daddy tenape diam? Daddy takit tepala?
Daddy: Tak. Daddy frust sikit.
Nanti daddy okey.
Umar: Daddy flust tenape?
Daddy: Ingat business daddy yang
baru nak menjadi tu?
Umar: Bishnis yang telalu buat
daddy bishi tu daddy?
Daddy: Ha’ah. Dah kena caras.
Umar: Daddy tangan tedih-tedih.
Daddy tunggu tejab.
Daddy: Umar nak pergi mana?
Umar: Adik nak ambil Quran.
Daddy: OK.
Selepas 5 minit
Umar: Daddy tengar adik baca.
Daddy: OK.
Habis baca ayat.
Umar: Daddy faham maksud ayat adik baca?
Daddy: Hmm…tak.
Umar: Adik baca maksud dia. Daddy
tengar tau.
Daddy : OK. Bacalah. Daddy nak
dengar.
Umar: 1). Bukankah Kami telah
melapangkan untukmu dadamu? 2). Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu
3). Yang memberatkan punggungmu ? 4). Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu
, 5). Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan 6). Sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan 7). Maka apabila kamu telah selesai (dari
sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain 8). Dan
hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap
Daddy: Surah Alam Nasyrah kan?
Umar: Surah al-Insyirah daddy.
Kita panggil Alam Nasyrah. Ustaz kata doa untuk lapang hati kita.
Daddy: Yeah. Betul. Kerana
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Umar: Daddy tangan tedih.
Daddy: Terima kasih Umar. Pandai
mengaji. Macam dengar Pak Arab baca.
Umar: Adik tahu adik hebat. Daddy
tangan tengki.
Daddy: Hahaha perasan. Tak ada
maknanya daddy nak dengki dengan budak kecik macam Umar ni.
Umar: Daddy nak kopi tak panash?
Daddy: Umar teman daddy tengok
bulan eh?
Umar: Bulan daddy, Mama kan?
Daddy: Pandai Umar ni.
Umar: Adik dah takap adik hebat.
Daddy telalu tak percaya.
Daddy: Yela, yela. Daddy percaya
ni.