Saturday, May 09, 2015

A

Umar: Tenapa daddy tak takap-takap tengan Mama?
Daddy: Hmm…Mama tak suka daddy. Macam mana nak cakap-cakap haa.
Umar: Tapi Mama tayang daddy banyak-banyak.
Daddy: Tapi Mama benci daddy pun banyak jugak.
Umar: Daddy, Mama ada Uncle A kan?
Daddy: Siapa bagitau Umar?
Umar: Nenek Siti takap. Daddy, kenapa Mama suka orang lain?
Daddy: Uncle A boleh jaga Mama lebih baik dari daddy jaga Mama.
Umar: Daddy tak malah Mama?
Daddy: Tak. Daddy tak marah. Bagus kan ada orang jaga Mama.
Umar: Tenapa daddy tak malah Mama?
Daddy: Sebab daddy sayang Mama. Daddy nak tengok Mama happy.
Umar: Tapi Mama happy dengan orang lain.
Daddy: Asalkan Mama happy, daddy tak kisah. Daddy okey.
Umar: Daddy tak takit hati? Sedih hati daddy.
Daddy: Bila kita sayang seorang perempuan, kita akan buat apa sahaja untuk buat dia gembira walaupun kita terpaksa tinggalkan dia dan tengok dia happy dengan orang lain. Kalau kita dapat buat, itu tandanya kita sayang dia seikhlas hati. Orang kata sayang sungguh-sungguh. Walaupun hati kita terluka, kita rela sebab kita sayang.
Umar:  Tetian daddy.
Daddy: Umar tak boleh benci Mama. Mama sayang Umar. Umar kena ingat tu.
Umar: Adik tak tuke Mama.
Daddy: Kalau Mama tahu Umar tak suka dia, tentu Mama sedih. Tak baik buat macam tu.
Umar: Tapi Mama tak baik ada Uncle A.
Daddy: Masalah daddy dengan Mama tak kurangkan walau sikit kasih sayang Mama pada Umar. Ingat tu selalu.
Umar: Daddy tangan tedih. Daddy tengar temua lagu tedih-tedih.
Daddy: Tu DJ yang pasang.
Umar: DJ pasang tenapa daddy tengar.
Daddy: Jealous la tu lagu nasyid tak ada hahaha
Umar: Adik melajuk.