Friday, March 13, 2015

Fresh

Terbang dari Pulau Jeju ke Ottawa. Penerbangan yang sangat panjang. Hampir 24 jam berada dalam penerbangan. Lupa tempah bilik di hotel jadi tidur di bilik Hana. Bilik Hana macam kapal pecah. Lepas mandi cadang hendak keluar makan malam. Baring sekejab langsung tidur hingga ke pagi - 12 jam tidur. Selepas hampir berminggu-minggu tak dapat tidur, inilah tidur paling lena sekali. Mujur Hana bawa anak-anak keluar makan. Mereka tidur di bilik Hana. 

Bangun pagi dengan badan yang sangat fresh. Sempat buat senaman ringgan dan berlatih berjalan. Pagi tak bertemu dengan Hana. Dia cuma hantar anak-anak balik ke bilik. Bawa anak-anak bersiar-siar sekitar Ottawa. Pergi kedai buku dan muzium. Cuaca tak begitu baik untuk bawa anak-anak teroka seluruh Ottawa. Balik ke bilik petang dan tak keluar ke mana-mana.