Tuesday, March 24, 2015

[32]

“Hey. Datang nak claim your Black Forest ke?”
“Eh taklah. Buat follow up tadi”
I see. Nah your chocolate
“Macam tahu-tahu je. Anyway thanks
You memang suka makan chocolate eh”
“Taklah. Tak makan apa coklat pun”
Then kenapa minta Black Forest?”
“Saja. Cari point nak mengorat”
“Berterus-terangnya”
“Lupa nak cakap. Nama saya Imran”
Hi Mr. Imran!”
“Hai Dr. Irine. Jumpa lagi nanti”

Monday, March 23, 2015

Haiwan Peliharaan

Umar: Adik lase haiwan pelihalaan daddy lagi manja dali adik.
Daddy: Mana ada. Umar ni macam-macam la.

Sunday, March 22, 2015

Saka

Umar: Daddy, adik ada masalah tikit.
Daddy: Masalah apa Umar?
Umar: Adik asyik lapar je. Adik makan banyak.
Daddy: Haa bagus apa. Proses pembesaran.
Umar: Adik lase-lase adik ada saka, daddy.
Daddy: Ish Umar ni! Mengarut je la.

Saturday, March 21, 2015

Berita Sedih

Dapat e-mel dari ibu pejabat di Abu Dhabi. Projek sudah dalam genggaman tapi akhirnya terlepas ke tangan syarikat lain. Tak ada rezeki. 

Rasa sedih sangat. Tahun 2015, inilah projek idaman antara banyak projek yang ada. Segala idea, fokus dan kudrat di dedikasikan untuk projek ini selama dua tahun. Rasa musnah impian. Rasa berkecai segala usaha. Segala-galanya lebur dalam sekelip mata...

Mungkin bukan rezeki. Termenung panjang sejak berhari-hari pun tak ada gunanya. Tak ada mood sejak beberapa hari kebelakangan ini. 

Hmm...

Friday, March 20, 2015

[31]

“Hai. Busy ke?”
“Hai abang. Dah beli hand phone ke?”
“Tak. Public phone
“Betul ke abang ni? Hana tak mimpi ke?”
“Penerajang nak penerajang?”
“OK comfirm abang. Rindu Hana ke hihihi?”
“Tak. Saja call
“Kalau abang rindu Hana, Hana pun rindu abang”
“Nanti cakap lagi. Aku ada kerja”
“Nak letak dah? Rindu baru merembes tau”
“Bye”
“Bye abang. Good night. Thanks for calling” 

Monday, March 16, 2015

Nota Untuk Perempuan Yang Paling Aku Cinta

Entah kenapa abang tak rasa nak marah. Perkara lama kalau di ungkit-ungkit, di kenang-kenang tak bawa apa-apa faedah. Seperti biasa, awak marah-marah lagi sedang abang pun tak tahu kenapa awak perlu marah-marah. Hubungan kita telahpun berakhir sejak tahun lepas lagi. Awak minta abang lepaskan awak, abang buat. Awak minta abang jangan lagi ambil berat tentang awak, abang buat. Awak kata jangan hubungi awak lagi, abang buat. Awak minta abang temankan awak tidur di Skype, pun abang buat walhal abang tak perlu buat kerana kita sudah tak ada apa-apa ikatan. Abang mungkin lelaki yang bodoh, lelaki yang biarkan dirinya di sakiti setiap masa. Abang tak faham apa perlunya awak marah-marah pada abang. Kata-kata awak sangat tajam dan menghiris setiap inci hati abang. 

Hal abang terbang berjumpa Hana bukan lagi hal awak. Abang boleh saja cakap awak tak ada hak untuk marah abang. Abang boleh cakap, siapa awak? Tapi abang tak mahu cakap apa-apa. Abang tak mahu lukakan hati awak walau berkali-kali awak lukakan hati abang. Hati abang tak rasa apa-apa lagi dengan bait-bait pedih yang awak ungkapkan. Abang rasa sedih. Abang tak akan kata “Sampai hati awak kata abang macam-macam”. Tak, abang tak akan cakap macam itu. Ini bukan pertama kali awak keluarkan kata-kata tajam pada abang. Abang terima seadanya kata-kata awak. Anggaplah awak wanita paling malang bila abang ada di samping awak dahulu. Anggaplah abang lelaki paling teruk dalam hidup awak. Anggaplah abang lelaki paling binatang yang pernah awak kenal. Anggaplah apa pun abang tak lagi berkecil hati. 

Antara abang dan Hana bukan urusan awak. Abang pergi berjumpa Hana tak ada kaitan dengan awak. Abang tak ada hubungan apa-apa dengan dia. Abang mungkin rasa kasihan. Abang pernah lalui apa yang dia rasa. Itu saja. Kalaupun abang dan Hana ada hubungan, ia masih bukan urusan awak. Antara kita sudah selesai. Abang tak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sewaktu abang masih dengan awak. Abang tak curang di belakang awak. Abang yang seharusnya marah bila awak ada hubungan dengan orang lain. Abang yang seharusnya cakap macam-macam pada. Tapi tak. Sungguh, abang tak sanggup lukakan hati awak dengan kata-kata tajam. Abang boleh saja labelkan awak dengan pelbagai label tapi abang tak mahu. Abang tak mahu lukakan hati awak.

Abang tak tahu bagaimana awak sanggup lukakan hati abang dengan setiap bait-bait yang menghiris. Abang tak tahu bagaimana awak mampu lukakan hati lelaki yang paling awak sayang. Abang tak tahu. Sungguhpun awak pernah ada lelaki lain di belakang abang, abang tetap anggap awak perempuan paling sempurna di mata abang. Awak perempuan yang baik. Abang nak awak tahu abang tak pernah menyesal menyintai awak sepenuh hati hingga ke saat ini. Abang tak pernah menyesal walau sesaat. Abang mungkin tak layak untuk awak. Anggaplah semuanya salah abang dari A sampai Z. Anggaplah abang lelaki yang tak layak untuk awak cintai. Abang tak seharusnya biarkan hati abang di sakiti lagi tapi entah bagaimana awak seakan tidak pernah puas menyakiti hati abang. Abang pun tak tahu apa lagi yang harus abang buat. 

Dari hati yang ikhlas, abang sayangkan awak. Abang tak mahu bergaduh dengan awak. Abang tak mahu lukakan hati awak. Awak perempuan yang paling abang sayang hingga saat ini. Tak ada perempuan yang mampu gantikan tempat awak di hati abang. Sungguhpun kasih sayang abang sangat tinggi buat awak, abang tetap lepaskan awak pergi walaupun dengan hati yang berat. Abang nak lihat awak hidup bahagia, bahagia yang tak pernah dapat abang berikan. Abang harap awak akan dapat lelaki yang beribu kali lebih baik dari abang. Abang sedar, abang bukan lelaki yang mampu buat awak bahagia. Walau beribu kali di sakiti, tak pernah terdetik di hati abang untuk membenci awak. Tak pernah walau sekali. Awak masih dan akan terus menjadi perempuan yang paling abang sayang. Ego awak tinggi, abang tak mampu lawan. Biarlah abang yang mengalah. Hamburlah apa yang awak suka, abang terima dengan hati terbuka.

Sayang, I have no regrets. I will never regret loving you because the feeling of love for five minutes is greater than an eternity of hurt. Thank you for loving me. I am blessed with your love and I never doubt your love for me.

You gave me laughter. And took it back. Saying life is pain too. I kept quite...
You gave me wings to fly. And said we are not birds. I quit flying...
You showed me dreams. They gave me hopes. Then said dreams are not real...
You gave your heart. Then said, love is an illusion.
But don't ever ask me. To give you back...

(Rumi)






Ottawa
13 Mac 2015

Saturday, March 14, 2015

Getting worse

Umar: Bila kita nak jumpa Mama, daddy?
Daddy: Hmm...Kita balik UK.
Kakak: Tapi daddy cakap kita nak jumpa Mama.
Daddy: Tak jadi. 
Umar: Kenapa tak jadi daddy?
Daddy: Hmm…daddy ada masalah dengan Mama.
Umar: Adik takap kita jumpa Mama. Daddy datang sini.
Daddy: Hmm…daddy cadang nak duduk lama sikit dekat Ipoh. Sebab tu datang sini dulu.
Kakak: Kakak tak boleh jumpa Mama?
Daddy: Kita balik UK dulu. 
Umar: Tapi daddy takap kita jumpa Mama.
Daddy: Jangan la macam ni. Kita balik UK dulu. Nenek Siti mesti dah rindu kita.
Kakak: Mama macam mana?
Daddy: Hmm…Tak nak la jadi CSI. Kesian dekat daddy. 
Kakak: Daddy gaduh dengan Mama?
Daddy: Your mum will be just fine. Don’t worry too much okay? 
Kakak: Lain kali kita jumpa Mama boleh tak daddy?
Daddy: I can’t promise you anything. It’s getting worse. 
Kakak: Sorry daddy.
Daddy: It’s okay. I’m telling you the truth.

Smell

“Abang marah Hana ke?”
“Taklah. Penat je kot”
Sorry. Hana busy. Tak sempat spent time dengan abang”
It’s okay. Aku rasa aku tak patut datang sini. Kita bukan ada apa-apa pun”
I'm so happy you're coming. Abang faham Hana”
“Aku balik esok. Flight malam”
“Nak balik dah? Stay for one more week please?
“Tak boleh. Banyak kerja nak buat”
I already miss you
“Ko ni memang mengada. Tak boleh buat apa dah”
“Bilik, bantal, tilam, selimut semua ada bau abang hmm”
“Nanti aku panggil room service bubuh pewangi. Hilang bau”
“Mat salleh kata “The most intoxicating smell is of the person you love”

Friday, March 13, 2015

Fresh

Terbang dari Pulau Jeju ke Ottawa. Penerbangan yang sangat panjang. Hampir 24 jam berada dalam penerbangan. Lupa tempah bilik di hotel jadi tidur di bilik Hana. Bilik Hana macam kapal pecah. Lepas mandi cadang hendak keluar makan malam. Baring sekejab langsung tidur hingga ke pagi - 12 jam tidur. Selepas hampir berminggu-minggu tak dapat tidur, inilah tidur paling lena sekali. Mujur Hana bawa anak-anak keluar makan. Mereka tidur di bilik Hana. 

Bangun pagi dengan badan yang sangat fresh. Sempat buat senaman ringgan dan berlatih berjalan. Pagi tak bertemu dengan Hana. Dia cuma hantar anak-anak balik ke bilik. Bawa anak-anak bersiar-siar sekitar Ottawa. Pergi kedai buku dan muzium. Cuaca tak begitu baik untuk bawa anak-anak teroka seluruh Ottawa. Balik ke bilik petang dan tak keluar ke mana-mana.

Wednesday, March 11, 2015

Yes, I miss you

It’s just a feeling that comes every time I think about you. It’s just a feeling, nothing more. I would not let my heart break again by you. I would not let my mind feel the same pain.

I think I deserve someone who suits me.  You’re my past and you will always be in my heart, forever. I’m not missing you. I just miss how happy when I was with you. I miss our late night conversations; I miss how close we were to each other.

Even that I miss you very much I won’t stop to move forward. I deserve to be happy. I deserve to be loved by someone who cherishes me. I do not deserve to be betrayed. I am a hard person to love but when I love, I love really hard.

You’re not happy with me. There is no reality. There is nothing. I’m tired with this love so I set it free. Fourteen years have been just enough. I have lost myself. I have lost my dignity as a man.

My heart says you’re the one. My mind says it’s enough. I choose to follow my mind. You’re someone who really special to me. To let you go is something very hard to do, but I need to. I’m a man who needs someone who respect and  never betray me.

In short, when I miss you, it’s doesn’t mean I want you back; I just miss us. Missing is just a part of moving on.

Man who betray you once would betray you twice – Ken Follet


Tuesday, March 10, 2015

Take your time

“Hai abang. Sorry lambat”
“Baru je sampai”
“Abang nak check in hotel mana?”
“Aku lupa  tempah hotel. Mana yang dekat?”
“Abang tidur bilik Hana je nak?”
“Ko nak tidur mana pulak?”
“Hana tidur bilik kawan”
“OK. Bersepah tak?”
“Ngee a’ah. Tak dan nak kemas”
“Hmm..bolehlah. Bukan lama pun”
“Abang tolong kemaskan please?”
“Haih…perempuan pun penyegan. Harap je cantik”
“Sejak buat ph.d ni bang makan, tidur, mandi semua ph.d tau”
“Alasan. Aku dah datang ni masak la apa yang patut”
“Eh abang tak guna tiub tu dah?”
“Tak. Cadang nak balik Ipoh cari patin. Dah ko ni mengada”
“Kenapa abang tak suka Hana?”
“Hmm…entah”
“Kalau tak suka Hana kenapa datang jauh?”
“Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang aku fikir”
“Hana tahu abang pernah luka hati. Take your time
“Nanti letak kerusi dekat dengan shower. Senang nak paut”
“Musim macam ni orang tak mandi la bang”
“Aku orang Asia. Kena mandi. Tak selesa”
“Abang dah boleh jalan?”
“Sikit-sikit. Kaki belum kuat sangat”
“Usaha tangga kejayaan kan”
“Tengah usaha la ni. Nanti ko dah ambik barang bagitau aku”
Alright. Malam ni Hana belanja abang makan”
“Cantik! Perut lapar gila ni”
“Abang rehat dulu. Nanti Hana call
“Set! Call cab. Penat dah ni. Flight lama gila”
“Demi orang tercinta kan bang”



Sunday, March 08, 2015

Tutup buku

“Orang dekat airport
“Nak pergi mana? Habis dah program?”
“Pergi Korea. Orang rindu abang”
“Program ada break ke?”
“Tak. Orang ponteng. Hana sampai pukul 11 macam tu”
“Aku nak balik Paris dah kot”
“Tunggu Hana please?”
“Pandai-pandai lagi nak datang”
“Orang dah rindu abang. Nak buat macam mana”
Cancel flight. Jangan datang. Habis duit je”
“Hana nak datang jugak, please?”
“Tak payahlah. Jangan ponteng program”
“Dapat tengok muka abang jadi la”
“Rugi duit tiket. Kaki belum panas dah kena balik”
Takpe
“Dahla. Jangan nangis. Cancel flight
“Hana tau abang tak sayang Hana tapi hmm”
Cancel flight. Balik kampus. Jangan pergi mana-mana”
I can’t focus. Abang punya pasal”
“Dekat mana?”
“Apa?”
“Tempat program”
“Ottawa”
“Tunggu sana. Aku sampai dengan anak-anak lagi sehari dua”
Are you serious?
Yup
“Abang nak datang?”
“Ha'ah. Nak bawak anak-anak jalan-jalan”
“Eleh. Thanks tau abang”
“Nanti aku claim duit tiket”
“Kena bayar ke?”
“Dah kata nak jumpa aku, aku dah datang. Kena bayar la duit tiket”
“Kedekut orang tua ni”
Money is money Umar kata”
I love you with every beat of my heart abang”

_ _ _

Haih…spontan. Macam manalah aku boleh fikir nak pergi Kanada. Hana mengembalikan kenangan lama. Setiap kali aku teringat, aku akan senyum, senyum tawar. 

"There comes a time when you have to choose between turning the page and closing the book." - Josh Jameson

Aku pilih untuk tutup buku dan buka buku lain.
But no matter what happens, we really need to take the step, which is - Turn the Page. This step always seems to be the hardest step in life at all times. But if we don't do it, we will never move forward - Nichris

Saturday, March 07, 2015

Girlfriend

Umar: Daddy ada takap-takap tengan Mama?
Daddy: Tak ada dah. Kenapa Umar?
Umar: Tenapa daddy tak takap-takap tengan Mama?
Daddy: Hmm….
Umar: Mama tak tuke daddy?
Daddy: Ala bagilah peluang daddy jawab dulu.
Umar: Okey. Daddy tajab dulu.
Daddy: Mama okey je dengan daddy.
Umar: Kalau tuke tenapa tak takap-takap?
Daddy: Mama tak selesa nak cakap dengan daddy. Bukannya Mama daddy punya lagi.
Umar: Mama tak ada uncle balu.
Daddy: Tu daddy tak tahu. Haa daddy ada girlfriend dah.
Kakak: Siapa daddy? Kakak kenal tak? Kita bagitahu Pak Long.
Adam: Daddy ada girlfriend.
Daddy: Aip! Daddy main-main je. Isk! Serius pulak Kakak ni.
Kakak: Kak Hana ke daddy?
Umar: Bukanlah Kakak. Aunty I.
Adam: Doktor perempuan cantik hospital daddy.
Kakak: Siapa Adam? Kenapa Kakak tak tahu? Daddy sembunyi dari Kakak.
Daddy: Daddy gurau je. Betul. Adam dah pandai gosip liar ye.
Umar: Kakak tangan lisau. Adik CHI. Adik siasat.
Kakak: Kakak tunggu siasatan adik tau.

Friday, March 06, 2015

I miss you

Abang teringin nak daki Gunung Everest dengan awak. 
Abang teringin nak pergi backpacking dengan dengan awak. 
Abang nak ajar awak memandu dengan laju.
Abang belum pernah bawa awak naik superbike.
Abang teringin nak buat macam-macam dengan awak.
Kaki abang dah okey. Tapi awak tak ada. Rasa macam kalau tak dapat berjalan semula pun tak apa. Tak ada perkara excited sejak awak tak ada…

_ _ _

Perkara terbaik dalam hidup seorang lelaki cuma dua; satu ketika lafaz akad, kedua ketika menyambut kelahiran anak.

_ _ _

I miss you badly, sayang. 
I miss us. 

_ _ _ 

Banyak malam abang tak tidur. Mata susah lelap. Bila tidur masih mimpi-mimpi ngeri tentang awak datang. 

_ _ _

I love you neither with my heart nor with my mind. Just in case the heart might stop, the mind can forget. I love them with my soul. Soul never stops or forgets - Rumi

Thursday, March 05, 2015

Hati Kapas

Umar: Adik nak belajar bahasa Latin, Hebrew tengan Mandelin daddy.
Daddy: Mandrin nak buat apa?
Umar: Adik nak tembush pasalan China haa.
Daddy: Amboi bukan main lagi. Hebrew pulak?
Umar: Adik nak baca kitab olang Yahudi.
Daddy: Latin?
Umar: Adik nak baca transklip kuno daddy.
Daddy: Jawapan macam profesor. 
Umar: Adik power. Daddy je tak tahu.
Daddy: Orang Jewish tak buka kelas Hebrew untuk bukan Yahudi.
Umar: Adik belajar Hebrew tengan tawan adik. Dia olang Yahudi.
Daddy: Nanti boleh cerita apa yang ada dalam transkrip Latin dekat daddy.
Umar: 50 sen tetiap kali adik celita-celita tekat daddy.
Daddy: Alaaa. Dengan daddy pun berkira.
Umar: Dunia pellukan luit dan kasih tayang daddy.
Daddy: Fuh! Ayat Umar ni macam pemimpin dunia!
Umar: Daddy telalu tak nampak potensi adik.
Daddy: Hee potensi macam mana dah pelat banyak sangat.
Umar: Adik melajuk. Adik hati tapas.
Daddy: Hehe hati kapas eh. 

Tuesday, March 03, 2015

Pemegang Amanah


Daddy: Daddy ada benda nak cakap dengan Umar ni.
Umar: Daddy nak takap apa?
Daddy: Daddy dah tahu pasal hamster yang Adam bawak tu.
Umar: Tenapa daddy?
Daddy: Umar tak boleh buat macam tu.
Umar: Adik buat apa daddy?
Daddy: Tu minta $2 dekat Adam nak simpan rahsia konon.
Umar: $2 untuk adik tebagai pemegang amanah daddy.
Daddy: Rasuah tu.
Umar: Bukanlah daddy. Upah tebagai pemegang amanah.
Daddy: Pemegang amanah tak ambil upah.
Umar: Tenelah ambil daddy. Kita buat teleje simpan lahsia dia haa
Daddy: Rasuah la tu. Rasuah ni ambil/bagi duit untuk dapat faedah sesuatu.
Umar: Tapi adik tak dapat faedah sesuatu.
Daddy: Dapat. Tu $2 tu haa. Jangan buat macam tu lagi. Salah. Tak betul.
Umar: Tapi adik lase tak talah. Adik tolong timpan lahsia.
Daddy: Salah. Sebab Umar pau duit Adam. Dah dua kali salah.
Umar: Tapi daddy...
Daddy: Tak ada tapi. Salah. Muktamad.
Umar: Kita buat teleje. Kita ambil upah. Tak talah daddy.
Daddy. Umar subahat dengan Adam songlap hamster masuk airport kan.
Umar: (angguk)
Daddy: Umar minta duit dari Adam untuk simpan rahsia Adam songlap hamster kan?
Umar: (angguk)
Daddy: Dua-dua perbuatan Umar salah. Satu kesalahan jenayah subahat. Satu lagu jenayah minta duit.
Umar: Belat tak hukuman adik daddy?
Daddy: Berat.
Umar: Adik ledha tene hukuman. Adik buat talah.
Daddy: Kali ni daddy tak kenakan hukuman. Lain kali kalau buat lagi, kena.
Umar: Nasib baik daddy adik tacak. Lega adik.
Daddy: Jangan nak bodek.
Umar: Adik puji itelash. Daddy tukee talah anggap tekat adik.
Daddy: Puji Umar tu ada makna.
Umar: Nabi takap tak baik buluk tangka.
Daddy: Nampak. Pandai jawab. Mulut tu bijak sangat kan.
Umar: Hehehehe

Sunday, March 01, 2015

Jual mahal


“Orang rindu abang. Finally dapat skype”
“Baru berapa hari”
“Orang nangis-nangis rindu abang tau”
“Masuk dalam Instagram tak gambar tu?”
“Gambar apa abang?”
“Gambar ko nangis la. Ratu Insta tak kan tak masuk gambar”
“Perli la peril. Orang tak main Insta dah sejak abang marah hari tu”
“Aku marah ko masukkan gambar aku je. Gambar ko lantak ko la”
“Abang buat apa tu?”
“Peluh-peluh tengok perempuan arab gelek tadi”
“Eeeee abang ni tak senonoh”
“Habis nak buat apa dekat sini. Tu je yang ada”
“Kalau lelaki tu lelaki jugak
“Tak ada lelaki yang tak gila perempuan”
“Sebab tu lelaki selalu gila dekat perempuan kan abang”
“Entah. Ye la kot”
“Yang ada depan mata jual mahal. Nak yang jauh jugak
“Mana la ada orang nak dekat aku ni”
“Ada. Hana nak dekat abang. Hana sayang abang”
“Hmm…”