Business deal dengan orang Arab tak susah. Cuma remeh sedikit sebab kena ikut dia pergi berlibur di kelab yang mengajikan minuman keras (dan biasanya mereka ini pemabuk). Ini kali kedua membuat business deal dengan orang besar dan berpengaruh di Abu Dhabi. Dapat lari dari mengikut pak arab ini berhibur di kelab tapi tak dapat lari dari menonton perempuan arab menari gelek separuh bogel. Menari gelek separuh bogel adalah acara hiburan biasa di Arab.
Menonton saja sudah berpeluh-peluh di buatnya. Perempuan-perempuan gelek Arab ini cantik dan mengiurkan. Tidak duduk lama. Selepas 10 minit minta diri untuk balik ke hotel kerana minuman keras mula di sajikan. Panas punggung jadinya kerana itu terus keluar. Agaknya minuman keras sudah jadi seperti air mineral. Ini bukan sesuatu yang menghairankan. Kebiasaannya bila membuat urusan dengan putera mahkota arab, perkara ini biasa berlaku. Mereka sangat sukakan hiburan dan minuman keras.
Hari ini dapatlah cuci mata melihat perempuan arab mengelek. Perubatan mata percuma. Sempat bermain mata dengan beberapa penari gelek. Kemudiannya mereka marah kerana main mata tanpa selitkan tip di celah pangkal payudara mereka. Yang memberi tip dapatlah membuat apa sahaja. Acara ini biasanya berakhir dengan membawa perempuan-perempuan pelacur kelas atasan naik ke hotel mewah.