Dapat e-mel dari ibu pejabat di Abu Dhabi. Projek sudah dalam genggaman tapi akhirnya terlepas ke tangan syarikat lain. Tak ada rezeki.
Rasa sedih sangat. Tahun 2015, inilah projek idaman antara banyak projek yang ada. Segala idea, fokus dan kudrat di dedikasikan untuk projek ini selama dua tahun. Rasa musnah impian. Rasa berkecai segala usaha. Segala-galanya lebur dalam sekelip mata...
Mungkin bukan rezeki. Termenung panjang sejak berhari-hari pun tak ada gunanya. Tak ada mood sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Hmm...