Wednesday, September 10, 2014

I’ll always remember you

Sudah beberapa minggu berlalu. Awak masih yang pertama saya fikirkan bila saya buka mata di waktu pagi. Masih juga yang terakhir saya fikirkan sebelum tidur. Awak masih segala-galanya buat saya. Saya tahu awak tak peduli kalau saya masih tunggu awak. Awak kata pada saya tunggulah seberapa lama yang saya mahu (dan awak tak peduli). Saya masih cuba lepaskan awak dari diri saya dan ia bukan sesuatu yang mudah. Saya masih di sini kalau awak perlukan saya pada bila-bila masa.

Bukan bermaksud saya tunggu awak. Entah, saya tak tahu kenapa saya masih fikir dan ambil berat tentang awak sedangkan antara kita sudah tiada apa-apa. Kalau awak perlukan saya, awak boleh cari saya. Saya masih di sini. Saya harap awak gembira selepas saya tiada. Itu yang awak mahukan. Kalau awak tak gembira, tentu ada yang tak kena. Awak akan kata awak gembira dengan cara awak sendiri – saya tahu. Sungguhpun awak tak gembira, awak akan kata awak okey.

_ _ _ _

Perempuan garang berhati ais. Sepuluh malah beratus-ratus kali orang tanya, saya masih tiada jawapan kenapa saya cintakan awak dengan sebegini dalam walaupun awak lukai saya berkali-kali, saya masih sayang awak – saya pernah bahagia dengan awak. Bahagia saya bersama awak lebih banyak dari luka yang awak pernah calarkan di hati saya. Bahagia yang awak berikan tak dapat di cari ganti…

_ _ _ _

I’ll always remember you. Every day that we had, all the good, all the bad.