Thursday, September 11, 2014

12:13am

Di persimpangan antara Johor – KL selepas keluar dari tol UKM Bangi.
_ _ _ _

Dia hadir antara kita. Dia berjaya menarik perhatian awak. Tiga hari saya menjadi orang paling asing dalam hidup awak. Tiga hari saya menjadi bukan apa-apa pada awak. Seolah-olah saya tak pernah wujud. Tiga hari yang saya termanggu-manggu, berteka-teki dan tekaan saya betul.
_ _ _ _

“Saya kenal dia sehari tapi rasa macam kenal berbulan-bulan lamanya…”
_ _ _ _

Dan saya senyum setiap kali bait ini berputar dalam minda.
_ _ _ _

Semoga awak bahagia, sayang.