Sunday, August 31, 2014

Close

“Jangan nangis eh. Guruh sikit je tu”
“Guruh jahat”
“Guruh gaduh laki bini la tu. Kejab lagi mesti okey”
“Gaduh laki bini tak payah la kuat-kuat. Buat orang terkejut”
“Nanti dia dah pujuk bini dia okey la tu. Tak nak nangis lagi eh”
“Tak nangis. Okey dah. Terkejut je”
“Abang ada. Jangan takut. Abang teman sayang”

_ _ _ _ _

I miss how close we were.

Platonic

Dinner with Yasmin.

19:47

“Saya minta maaf. Saya pilih A...”
_ _ _ _

It’s amazing how someone can break your heart and you still love them with every broken piece of it – Unknown

_ _ _ _

Awak, perempuan yang paling saya sayang. Hingga saat awak pilih orang lain untuk hidup bersama, saya masih sayangkan awak. Hingga saat awak kata kita bukan apa-apa, saya masih sayangkan awak. Hingga saat awak minta saya pergi dari hidup awak, saya masih sayangkan awak.

Hingga saat ini....saya masih sayangkan awak.

_ _ _ _

The worst kind of pain is when you’re smiling just to stop the tears from falling. — Unknown

Love

I’ll always love you no matter what happens between us.

Friday, August 29, 2014

Hate You

“I hope you won’t hate me…”
_ _ _ _    

I wish I could hate you, it would hurt less.

19:17

“Lama tak nampak?”
“Hari ni baru dapat keluar rumah”
Jamaica best tak?”
“Kau nak buat apa pergi sana Min?”
Research. Grant dah lulus”
Congratulations! Boleh celeb
Dinner with me?”
“Bila? Kau belanja kan?”
“Betul ke ni? Bini kau tak cemburu?”
I’m single
What happened?
Nothing. Pukul berapa?”
“Senyum kau tak semanis dulu…”
“Aku bawa anak-anak aku sekali, boleh?”
I love you and I’m here for you
“Kau tak pernah give up dengan aku kan?”
Miracles happen every day, love

Thursday, August 28, 2014

The day

“Hai sayang. Sibuk ke?”
“Sibuk sikit”
“Pukul berapa balik rumah?”
“Lagi 3 jam”
“Hmm…lambat lagi. Balik cepat eh? Abang tunggu”
“Alaa…”
“Heeeeee balik la. Boleh baring-baring”
“Tak baik tau”
“Balik awal tau. Bye sayang”
Bye awak”
“Hee kenapa bye awak?”
“Heeeeeeee bye-bye

_ _ _ _

The days were better when we were together.

Hardest

Genap seminggu. Masa berlalu begitu perlahan…
_ _ _ _ 

The hardest things is not talking to someone you used to talk to every day.

Wednesday, August 27, 2014

Dulu...

“Alaaa kenapa susun bantal dekat tengah ni?”
Majuk
“Alaaa kenapa majuk pulak?”
“Abang tak nak layan sayang”
“Abang kan tengah buat kerja. Habis nak tidur macam mana?”
“Peluk bantal”
“Tak nak peluk abang?”
“Tak mo”
“Boleh tidur lena ke peluk bantal?Hahahaha”
“Tak nak kawan abang”
“Buang bantal, tarik sayang rapat, peluk kuat-kuat. Tak majuk dah kan?”

_ _ _ _ 

Some memories never fade….

Care for you

Abang harap sayang tak kerja bagai nak gila. Nanti jatuh sakit tentu ibu ayah susah hati. Kalau awak sakit, siapa nak jaga ibu dan ayah? Fuad tentu tak peduli. Dia cuma peduli duit ibu dan ayah. Angah dan Ateh masih struggle untuk sara kehidupan masing-masing. Yang ada cuma awak – selain Kakak.

Jaga diri, jaga kesihatan.

_ _ _ _


I will always care for you even if we’re not together and even if we’re far, far away from each other. 

A Man

If a man is brave enough to love you after you broke his heart, I guarantee you, he is the one - Unknown

Hurt

You will always have a special place in my heart no matter how much you have hurt me.

Tuesday, August 26, 2014

Thinking

I remember every word you told me. I can’t stop thinking about it.

Monday, August 25, 2014

Hold

The worse thing is holding on to someone who doesn't want to be held on to.

Saturday, August 23, 2014

Thought

My first thought in the morning is always you.

Force

You have no idea how hard it is to force myself to stop thinking about you.

Friday, August 22, 2014

Back then

It hurt to remember how close we were back then.

Always

Maybe sometimes I hate you but I’ll always love you.

Thursday, August 21, 2014

Oktober

1.

Kak Ain akan pulang ke Tokyo. Keluarga sebelah suaminya mahu menyambut cucu mereka mengikut adat Jepun. Di jangka Kak Ain akan bersalin 28 Ogos ini. Kak Ain balik dengan perasaan berat hati. Banyak pesanan di titipkan.

Ary akan balik ke Oklahoma hari Sabtu nanti. Tugas Ocio sudah selesai. Ocio akan bercuti panjang untuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Tak pasti bila Ocio akan bertemu keluarga Zara. Yang pasti, baju nikah Ocio akan jahit sendiri termasuk persalinan Zara.

Ocio akan beli sendiri kain, benang dan segala perhiasan. Jarang dengar pengantin lelaki jahitkan persalinan untuk perkahwinan. Ia sesuatu yang agak istimewa dan menyentuh hati. Dengarnya juga Ocio akan buat sendiri gubahan hantaran.


2.

Mungkin berkumpul semula semasa perkahwinan Ocio nanti. Belum ada tarikh. Lingkungan hujung September atau awal Oktober. Kalau mengikut kalender cruise, ada trip menarik hujung Oktober/ awal November. Mungkin Ocio akan tempah tiket untuk bulan madu. Tak pasti juga Ocio sudah pilih konsep atau belum. Senarai tetamu pun belum ada rasanya. Ada banyak kerja. Rasa macam tak sempat nak buat bulan September.

Akan tinggal di Paris sekurang-kurangnya 3 bulan untuk rawatan susulan. Rawatan fisioterapi belum mula. Nanti perlu hadiri rawatan pemulihan bahasa dan percakapan. Percakapan tak sebaik dahulu. Berharap kanser akan pulih. Ada beberapa petanda baik setakat ini. Doktor kata perkembangan yang memberangsangkan. Mahu berjalan semula dan mulakan hidup baru.

Selepas Gama Knife Surgery dan beberapa siri pembedahan, keadaan beransur positif walaupun tidak begitu ketara tetapi memadailah untuk permulaan. Ketika beberapa siri pembedahan dahulu terdapat beberapa masalah – darah beku, denyutan nadi lemah, pendarahan tetapi dapat di atasi. Doktor kata kerana semangat kuat dan hasilnya positif. Doktor pesan jangan terlalu stres dan banyakkan berehat.


3.

Sampai hari ini belum berjumpa pelukis misteri. Nampaknya dia terus menghilangkan diri. Yang ada cuma Min. Bertemu Min di taman dan berbual kosong sekitar isu dunia yang semakin menggila. 

Fitnah Dunia

Daddy: Umar tengok girls kan tadi?
Umar: Tak adalah daddy
Daddy: Eleh...daddy nampak tau
Umar: Tak baik daddy fitnah adik
Daddy: Daddy nampak la. Mana fitnah pulak
Umar: Adik lelaki tawaduk. Adik tak tengok girls. Girls fitnah dunia
Daddy: Amboi! Dahsyatnya ayat! 

Hati

It’s hard when you know you shouldn't hold on yet you’re too in love to let go - Unknown

Anything for you

“Kalau abang sayang sayang, lepaskan sayang...”

_ _ _ _

When you truly love someone, you would do anything to make them happy even if it means to say goodbye - Unknown


Let Go

“Dia kata apa?”
“Win me back”
“Berbaloi ke Im?”
“I would do it all over again”
“Learn to let go”
“It’s hard...”
“When there’s nothing left to hold, it’s better to let go”


Wednesday, August 20, 2014

15:30

One of the stupidest mistakes in life is thinking that the person who hurt you won’t hurt you again - Unknown

13:21

“Kak Ain balik Tokyo bila?”
“Lusa. Due date minggu depan
“Patut dah kemas barang”
“Are you OK?”
“Tak”
“Do not let pain make you hate”
“Pain makes people change”
“Do not let the bitterness steal your sweetness”
“I’m so tired feeling this way”

Monday, August 11, 2014

12:26

I miss you but things have changed.

11:26

You've changed like everything else.

10:26

I admit I really miss how things used to be. But I can also admit, that I’ve accepted the fact that things changed.

9:26

There is nothing to be done. Only accept it and hurt.

Sunday, August 03, 2014

Till we meet again

Semalam, tiba-tiba saya teringatkan “A, a good friend...”. Sebelum tidur, tiba-tiba saya teringat “Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan lamanya...”. Saya rasa kecil. Saya rasa kerdil. Saya rasa serba kekurangan. Saya rasa saya bukan apa-apa. Saya tak mahu fikirkan sangat. Tapi saya tak boleh bohong, kadang-kadang saya masih terasa kesakitannya. Orang kata luka boleh sembuh tapi parut tetap ada.

Saya berlawan dengan diri saya sendiri. Saya berlawan dengan kata-kata, bayangan yang ada dalam fikiran saya. Saya berperang dengan diri sendiri. Sebenarnya, kata-kata jahat yang membuatkan diri kita menjadi lebih teruk. Perasaan syak wasangka, kepercayaan masih lagi bermain-main di fikiran saya. Saya rasa saya melalui fasa baru dalam hubungan kita.

Seperti yang pernah saya tuliskan dulu (dan saya menyesal kerana memadamnya), ada banyak tahap dalam cinta. Saya sama sekali tidak pernah menyangka yang saya (dan kita) akan melalui tahap ini. Ini satu tahap yang agak tinggi. Saya gembira kerana kita melaluinya -segala ribut, pertengkaran, pertelingkahan, hamburan kata-kata yang menyakitkan hati, kemaafan dan segalanya. Sekarang kita ialah manusia yang baru seperti kata Haruki Mukarami “When you come out of the storm you won’t be the same person that walked in. That’s what the storm is all about”

Saya rasa hubungan kita suatu hubungan yang hebat.
_ _ _ _

Bila kita bergaduh, saya sedar yang I took you for granted. Saya kurang habiskan masa dengan awak (sebab saya selalu lebihkan kerja saya), saya tak (lagi) beri awak kad-kad istimewa, saya tak ambil pusing hari-hari penting antara kita (hari ulang tahun, hari lahir awak). Saya terlalu yakin yang awak hak saya, milik saya sepenuhnya hinggalah ada orang lain hadir antara kita dan awak pilih dia. Awak tahu, ia satu tamparan yang maha hebat untuk saya...

Tamparan yang paling hebat sebenarnya bila awak tak pedulikan saya semasa ada dia. Saya tak tahu nak gambarkan apa yang saya rasa. Saya rasa sangat tertekan. Saya rasa segala-galanya telah habis – telah hancur berkecai. Saya tak pernah salahkan A. Walaupun kadang-kadang saya rasa cemburu dengan dia tapi saya tak salahkan dia. Saya rasa cemburu bila awak menangkan dia berbanding saya. Sagetha Siriwat kata “If you love two people at the same time, choose the second. If you really loved the first one, you wouldn’t have fallen for the second”. Saya rasa sakit hati yang tak boleh di bendung...
_ _ _ _

Bila hubungan awak dan dia terhalang, kita okey semula. Saya tak pernah fikir yang saya adalah pilihan kedua hingga Kak Anis panggil saya sloppy seconds. Kita okey tapi saya rasa kita tak begitu okey. Saya rasa seolah-olah orang asing. Dan saya marah sebab apa yang saya rasa tak sama macam dulu. Kita tak sama macam dulu. Dan saya lepaskan awak pergi. Saya lepaskan awak pergi bukan sebab awak (pernah) ada orang lain tapi sebab diri saya – saya degil. Saya nak rasa yang sama bila saya dengan awak.

Kita bertengkar teruk selepas itu. Saya kata “Pergi mampus dengan cinta kita”. Saya marah dan saya cakap perkara yang paling saya kesali hingga hari ini. Saya tahu saya terlampau kasar dengan awak. Saya tahu saya buat awak sakit hati. Saya tahu saya tak pernah sekasar itu sebelum ini. Awak betul, kita sama-sama terluka. Bukan saya seorang. Apa yang awak tanggung lebih berat dari saya. Saya pentingkan diri. Saya tak jaga perasaan awak.

Saya selalu kata pada diri sendiri yang saya saja lalui semua kesakitan ini. Saya lupa yang awak juga melalui apa yang saya rasai. Kita melalui perkara yang sama. Kita melalui kesakitan, kesedihan dan kerinduan yang sama. Banyak perkara yang kita tempuhi bersama. James Thurber kata “Love is what you’ve been through with somebody”. Dan saya rasa dia betul.
_ _ _ _

Saya tak boleh janjikan apa-apa selepas pembedahan ini. Ada banyak “What if...” yang bermain di fikiran saya. Untuk segala yang terjadi, saya tetap cintakan awak. “None of your scars can make me love you less”. Awak sumber inspirasi saya. Awak sumber kekuatan saya. Awak lengkapkan saya dengan cinta dan kasih sayang. Awak mudahkan yang susah. Awak ringankan yang berat. Awak buat hidup saya indah.

Terima kasih untuk cinta yang indah ini. Cinta kita seperti kata Gayle Forman “Love, it never dies. It never goes away; it never fades, so long as you hang on to it. Love can make you immortal”.


Layang-layang di atas bukit,
Kayu tengar dari seberang,
Cinta sayang bukan sedikit,
Racun penawar puan seorang.

Asam jawa pokok di hutan,
Di bawa orang tanam di desa,
Ada nyawa ada harapan,
Tidak ku mahu berputus asa.




Segala Cinta,

Abang
20140801
The City of Light

Saturday, August 02, 2014

Lelaki Suci Hati

Daddy: Phew! Banyaknya girls. Umar tak nak kawan ke?
Umar: Adik ni lelaki suci hati daddy
Daddy: (tarik nafas) Ye la, ye la

Lagu Penyejuk Hati

Daddy: Umar dah dengar semua lagu ke?
Umar: Tak tengar daddy
Daddy: Laa kenapa tak dengar?
Umar: Semua lagu jelit-jelit. Takit telinga adik
Daddy: Satu dua lagu je yang rock keras
Umar: Adik tak tengar lagu jelit. Adik tengar lagu penyejuk hati daddy
Daddy: Ye la, ye la. Nanti daddy masukkan lagu nasyid

Ulat dalam tempurung

Daddy: Daddy dah terbayang-bayang nak dapat cucu
Umar: Siaphe nak tawin daddy?
Daddy: Umar la. Daddy nak banyak cucu tau
Umar: Adik mana ada teleje. Adik tak ada luit
Daddy: Yang penting bahagia, bukan duit
Umar: Ulat dalam tempulung makan tak bayar luit daddy
Daddy: Ye la, ye la. Pandai je jawab

Ibu Pertiwi

Umar: Adik bangga adik dalam sejalah
Daddy: Umar buat rekod apa?
Umar: Adik demostelasi lawan olang tahat
Daddy: Ooo! Perhimpunan bantahan Israel tu eh?
Umar: (angguk) Adik dalam sejalah dunia.
Daddy: Orang nampak ke Umar buat demostrasi. Umar ketot-ketot je
Umar: Adik tetot-tetot adik berbakti pada ibu peltiwi 
Daddy: Ye la, ye la Umar dah masuk dalam sejarah

Trendy

Daddy: Tak nak ke gunting rambut tu? Dah panjang daddy tengok
Umar: Adik nak fesyen selabut-selabut
Daddy: Laa kenapa nak fesyen serabut pulak. Umar: Fesyen selabut-selabut baru trendy daddy

21:12

It's so hard to forget pain, but it's even harder to remember sweetness. We have no scar to show for happiness. We learn so little from peace - Chuck Palahniuk

12:20

I miss the old days, the old you, the old us.

Untuk Puteri Daddy

Hai Huda.

Raya kali ini kita pusing Perancis bersama keluarga kita yang sangat besar. Kita ke Kota Charters. Di sinilah terletaknya Cathedral of Chartres yang besar dengan jendela kacanya yang berbintik-bintik. Cathedral of Chartres mempunyai reka bentuk gothic dan di telah di beri pengiktirafan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site.  Selain Notre Dame de la Garde, Cathedral of Chartres merupakan salah satu ikon seni bina gothic yang terkenal di dunia.

Kemudian kita ke Fontainebleau. Terdapat dua bangunan besar yang di dirikan untuk menunjukkan kemegahan dan keagungan raja-raja Perancis iaitu Château de Fontainebleau yang di bangunkan pada abad ke 16 oleh Raja Philip I. Di sekitar kawasan istana terdapat sebuah taman seluas 16.154 hektar yang masih di jaga dengan baik. Istana ini pernah menjadi tempat tinggal pelukis terkenal pada abad ke 19 iaitu Jean Baptiste Camille Corot  yang pernah bekerja di sini.

Terdapat empat buah muzium di dalam Château de Fontainebleau iaitu The Empress’ Chinese Museum, The Napoleon I Museum, The Galerie de Peinture dan The Furniture Gallery. Terdapat banyak juga koleksi berharga antaranya Napoleon’s Throne, Marie Antoinette’s Bed, dan The Odyssey Cabinet. Koleksi-koleksi ini amat bernilai dalam sejarah Perancis misalnya Charlemagne in the Guise of Henry IV yang di reka oleh Francesco Bordoni. Rekaan bermula ketika zaman Raja Francis I dan di siap sepenuhnya pada zaman Raja Louis XIII. Ini adalah antara ukiran monumen yang menggunakan marble paling cantik di dunia.

Di bahagian barat laut Fontainebleau terletaknya Palace of Versailles, istana Raja Louis XIV. Istana ini di penuhi dengan hiasan dalaman yang elegen dengan dinding kaca, tangga-tangga megah dan taman-taman yang indah. Istana Versailles merupakan peninggalan zaman ketika Perancis merupakan pusat kegiatan politik Eropah. Di bahagian istana ini juga terdapatnya Galerie des Glaces atau lebih di kenali sebagai The Hall of Mirrors yang merupakan salah satu kemegahan Versailles.

Kita juga tidak melepaskan peluang melawat Lascaux Cave di Perigueux. Apa yang menarik di sini ialah di dinding dan langit gua terdapat lukisan haiwan dari zaman Paleolitik. Lukisan-lukisan ini di anggarkan berusia 20,000 tahun. Gua ini telah di jumpai oleh Marcel Ravidat pada 12 September 1940. Sayangnya, kita tak dapat masuk dan melihat sendiri lukisan haiwan dari zaman pra-sejarah kerana gua telah di tutup untuk lawatan sejak tahun 1963 untuk tujuan pemeliharaan khazanah.

Huda tahu kenapa gua ini di tutup untuk lawatan umum? Gas karbon dioksida yag kita hembus telah bertindak balas dan menyebabkan lukisan di dinding gua rosak. Lascaux terletak di Vézère Valley. Di Lembah Vézère ini pernah di jumpai beberapa buah gua yang di penuhi lukisan. Lascaux merupakan sebuah gua yang besar yang mempunyai beberapa bahagian antaranya  Hall of the Bulls dan Passage gallery. Lascaux Cave juga merupakan salah satu yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site.

Oleh sebab gua telah di tutup untuk lawatan umum, Kementerian Kebudayaan Perancis telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah replika yang menyerupai Lascaux Cave. Replika ini di namakan Lascaux II dan di buka kepada umum pada tahun 1983. Lascaux II terletak kira-kira 200 meter dari tapak asal gua dan mempunyai Hall of the Bulls dan Passage gallery.

Sungguhpun kita tak dapat melihat lukisan zaman pra-sejarah yang asal di Lascaux Cave, kita dapat melihatnya di Lascaux II dalam bentuk replika. Walaupun dalam bentuk replika, setiap replika menyerupai saiz sebenar lukisan asal. Kembara arkeologi ini memberi banyak pengetahuan kepada kita tentang zaman lampau. Daddy tahu Huda sangat kagum dengan lukisan haiwan yang ada di gua ini. Atas sebab itu daddy bawa Huda dan adik-adik meneroka zaman pra-sejarah serta kesenian lampau yang ada di sini.

Kita juga melawat Châteauneuf-du-Pape yang terletak di tepi Sungai Rhone di bahagian tenggara Perancis. Istana dan tembok pertahanan yang mengelilingi kota ini di bina pada abad ke 14. Pada tahun 1305, salah seorang warga Perancis terpilih menjadi Pope Clement V. Beliau memindahkan pusat pemerintahan pope ke Avignon dan selama 70 tahun, pope telah menjadi boneka kepada Raja Perancis.

Tentu yang paling mengagumkan ialah bila kita berkesempatan menaiki hot air balloon mengelilingi Lembah Loire. Dari atas jelas kelihatan Château Chenonceau yang menawan. Tiket untuk daddy dan Abang Don kira-kira $297.76 seorang dan tiket untuk Huda dan adik-adik $216.68 seorang. Suasana ketika matahari terbenam amat cantik. Kita melalui sungai, hutan yang menghijau dan alunan angin yang tenang. Huda masih gayat ya? Patutlah pegang tangan daddy tak lepas-lepas.

Château de Chenonceau di bina di atas Sungai Cher. Seni bina Château Chenonceau adalah campuran (penghujung) gothic dan (permulaan) Renaissance.  Pada tahun 1840, Kementerian Kebudayaan Perancis telah mengistiharkan Château de Chenonceau sebagai bangunan bersejarah Perancis. Château ini di bina pada tahun 1513 oleh Katherine Briçonnet dan menjadi milik kepada Diane de Poitiers dan kemudiaanya Catherine de Medici. Ketika kita melawat istana ini terdapat banyak perkara untuk perkatakan. Istana ini di penuhi dengan pelbagai koleksi lukisan lama karya Nicolas Poussin, Le Primatice, Murillo, Van Loo dan lukisan yang amat jarang di temui iaitu Flanders Tapestries dari abad ke 16.

Selain itu, kita juga menjelajah Chenonceau dari zaman Renaissance hingga ke Great War iaitu pada 1518 – 1918 ketika kita memasuki Wax Museum yang menampilkan wanita-wanita penting di sebalik Château de Chenonceau iaitu Katherine Briçonnet, Diane de Poitiers, Catherine de Médicis, Marie Stuart, Louise de Lorraine, Madame Dupin dan Madame Pelouze.

Di Château de Chenonceau ini terdapat beberapa buah taman antaranya Catherine's Garden, Diane's Garden, The Green Garden yang di reka oleh Bernard Palissy, The Vegetable Garden yang ikonik kerana mempunyai 100 pokok bunga ros. Taman-taman ini masih di jaga dengan baik hingga sekarang. Kita ambil masa empat hari untuk habiskan lawatan ini. Daddy penat tapi bila tengok Huda dan adik-adik teruja, penat daddy hilang.

Tentu Huda rindukan taman kecil di rumah kita, kan? Tak lama lagi kita akan balik ke rumah. Hingga daddy menulis lagi. Sayang Huda selalu.


Daddy
20140731
Chenonceau - Paris 

11:20

I miss the old us. I miss how we were before.

10:20

For once, I want to talk to you again, just like the old times.

09:20

We don’t talk like we used to and I miss that.

08:20

Don’t you miss the old things we used to do?

Friday, August 01, 2014

07:20

Can we go back to the way we used to be?

7.01

When everything seems to be going wrong, it takes every ounce of courage you have to believe everything will be alright - Unknown

6:52

Offline mode. 

I miss you

I need you to know I miss you; 
I miss you so bad.
I miss how close we were.
I miss having night conversation with you.
I miss the laughs, the smiles, the good times, and the way things were.
I’d give anything for us to go back to how things used to be. I miss you. There’s nothing I could say I just miss you.

Merajuk (tu apa?)

Umar: Adik tak ingat masa adik dalam pelut
Daddy: Daddy pun tak ingat
Umar: Budak tecik-tecik, tecik. Mesti budak tecik-tecik ingat
Adam: Adam hisap jari. Adam makan. Adam guling-guling.
Umar: Silius budak tecik-tecik?
Adam: (angguk, gelak)
Umar: Wow! Hebatnya!
Adam: Gotcha! (gelak)
Umar: Daddy! Budak lambut telinting tenekan adik
Daddy: Laaa mana ada orang boleh ingat masa dia dalam perut. Umar ni pun
Umar: Adik silius budak lambut telinting  tenekan adik
Daddy: Ala bukan selalu pun Adam kenakan Umar
Umar: Adik melajuk.
Adam: Abang melajuk tu apa?
Umar: (tarik muka masam)
Daddy: Hahahahaha 

Rasa yang tak tahu nak cakap

Umar: Daddy, bila kita nak balik lumah?
Daddy: Umar kata suka Paris.
Umar: Adik suka Palis.
Daddy: Kalau suka kenapa nak balik?
Umar: Hujan emas di Palis tak tame tengan hujan batu tekat lumah kita daddy.
Daddy: Daddy nak bawak Umar pergi jalan-jalan lagi
Umar: Adik takut naik kapal telbang
Daddy: Balik rumah pun kena naik kapal terbang jugak, kan
Umar: Balik lumah ada lase lain daddy
Daddy: Rasa apa tu Umar?
Umar: Lase adik tak tahu nak takap
Daddy: Daddy tahu apa yang Umar rasa. Daddy pun ada rasa yang sama
Umar: Daddy lase apa?
Daddy: Rasa yang tak tahu nak cakap

Orang tanpa nama

1.

Kembali semula ke Kota Paris setelah empat hari merayap sekitar Perancis. Petang ini kira-kira pukul 4 petang perlu ke hospital. Lusa pembedahan akan di lakukan. Anak-anak tak begitu gembira. Adam yang paling ketara – langsung tak nak berenggang. Seperti biasa, dia berikan patung Ultraman sebagai peneman “Ultraman jaga daddy”.

Sedikit gugup dan gementar. Gementar dengan hasil pembedahan. Ada banyak “Kalau” bermain di fikiran – kalau tak sembuh, kalau buta, kalau mati, kalau sakit makin teruk dan bermaca-macam lagi. Cuba untuk tenang tapi perasaan tak boleh di nafikan. Tetap gugup dan gementar tapi cuba di lindungan dengan membuat pelbagai perkara.

Sepatutnya raya kali ini mengikuti trip ke St. Petersburg melalui Laut Baltik selama lima hari bermula 7 Ogos. Oleh sebab Ocio kerja dan ini idea Ocio, maka kata putus di ambil. Trip di batalkan. Mungkin akan menyertai trip lain. Bagus juga di batalkan. Anak-anak tentu bosan duduk dalam cruise sebab tak ada banyak aktiviti. Lagipun makanan halal tidak banyak di sediakan. Kalau dulu suka juga mengelilingi dunia menaiki cruise tapi sekarang tak lagi.

2.

Tak ada terserempak dengan orang-tanpa-nama. Mungkin dia sudah tidak berada sekitar taman-taman di Paris. Mungkin dia memilih untuk berada di tempat lain. Hari-hari terakhir puasa tak jumpa dia sebab tak keluar rumah – anak-anak demam. Moga-moga dia baik-baik saja dan terima kasih untuk segala nasihat dan pengertian baru dalam hidup. Orang yang paling misteri yang pernah di temui.

Kak Ain banyak kali tanya tentang Min. Min akan datang dan pergi, sesekali datang mengoda dan menghilang. Min tetap seperti itu sejak dulu. Tak pernah berubah. Tamat pengajian di Cardiff, dia beralih ke Oxford. Min agaknya terlalu sayang untuk tinggalkan dunia kampus atau sebenarnya dia amat selesa untuk tidak menjengah dunia luar. Min kata banyak perkara belum selesai dan dia akan bercakap tentang Zaza.

Bukan tak ada orang yang mengejar tapi itulah Min. Katanya dia tak mahu pulang ke Malaysia. Mahu terus tinggal di sini. Keluarganya sudahpun pindah ke sini sejak 3 tahun lepas. Ada banyak perkara yang ingin di bualkan tapi yang Min selalu sibukkan bau perfume selain warna kemeja yang aku pakai. Dulu kawan-kawan kata kalau bercakap dengan Min hanya untuk mengisi masa lapang.

3.

Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Salah satunya akan jatuh cinta dan persahabatan hanya tinggal kata-kata.

Scars on your heart

Scars on your body show that you have lived.
Scars on your heart show that you have loved.