1.
Kak Ain akan
pulang ke Tokyo. Keluarga sebelah suaminya mahu menyambut cucu mereka mengikut
adat Jepun. Di jangka Kak Ain akan bersalin 28 Ogos ini. Kak Ain balik dengan
perasaan berat hati. Banyak pesanan di titipkan.
Ary akan balik
ke Oklahoma hari Sabtu nanti. Tugas Ocio sudah selesai. Ocio akan bercuti
panjang untuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Tak pasti bila Ocio akan
bertemu keluarga Zara. Yang pasti, baju nikah Ocio akan jahit sendiri termasuk
persalinan Zara.
Ocio akan beli
sendiri kain, benang dan segala perhiasan. Jarang dengar pengantin lelaki
jahitkan persalinan untuk perkahwinan. Ia sesuatu yang agak istimewa dan
menyentuh hati. Dengarnya juga Ocio akan buat sendiri gubahan hantaran.
2.
Mungkin
berkumpul semula semasa perkahwinan Ocio nanti. Belum ada tarikh. Lingkungan
hujung September atau awal Oktober. Kalau mengikut kalender cruise, ada trip
menarik hujung Oktober/ awal November. Mungkin Ocio akan tempah tiket untuk bulan madu. Tak
pasti juga Ocio sudah pilih konsep atau belum. Senarai tetamu pun belum ada
rasanya. Ada banyak kerja. Rasa macam tak sempat nak buat bulan September.
Akan tinggal di
Paris sekurang-kurangnya 3 bulan untuk rawatan susulan. Rawatan fisioterapi belum
mula. Nanti perlu hadiri rawatan pemulihan bahasa dan percakapan. Percakapan tak
sebaik dahulu. Berharap kanser akan pulih. Ada beberapa petanda baik setakat
ini. Doktor kata perkembangan yang memberangsangkan. Mahu berjalan semula dan
mulakan hidup baru.
Selepas Gama
Knife Surgery dan beberapa siri pembedahan, keadaan beransur positif walaupun
tidak begitu ketara tetapi memadailah untuk permulaan. Ketika beberapa siri
pembedahan dahulu terdapat beberapa masalah – darah beku, denyutan nadi lemah,
pendarahan tetapi dapat di atasi. Doktor kata kerana semangat kuat dan hasilnya
positif. Doktor pesan jangan terlalu stres dan banyakkan berehat.
3.
Sampai hari ini
belum berjumpa pelukis misteri. Nampaknya dia terus menghilangkan diri. Yang ada cuma
Min. Bertemu Min di taman dan berbual kosong sekitar isu dunia yang semakin menggila.