Hai Huda.
Raya kali ini
kita pusing Perancis bersama keluarga kita yang sangat besar. Kita ke Kota
Charters. Di sinilah terletaknya Cathedral of Chartres yang besar dengan
jendela kacanya yang berbintik-bintik. Cathedral of Chartres mempunyai reka
bentuk gothic dan di telah di beri
pengiktirafan oleh UNESCO sebagai World
Heritage Site. Selain Notre Dame de
la Garde, Cathedral of Chartres merupakan salah satu ikon seni bina gothic yang terkenal di dunia.
Kemudian kita ke
Fontainebleau. Terdapat dua bangunan besar yang di dirikan untuk menunjukkan
kemegahan dan keagungan raja-raja Perancis iaitu Château de Fontainebleau yang di
bangunkan pada abad ke 16 oleh Raja Philip I. Di sekitar kawasan istana terdapat
sebuah taman seluas 16.154 hektar yang masih di jaga dengan baik. Istana ini
pernah menjadi tempat tinggal pelukis terkenal pada abad ke 19 iaitu Jean
Baptiste Camille Corot yang pernah
bekerja di sini.
Terdapat empat
buah muzium di dalam Château de Fontainebleau iaitu The Empress’ Chinese
Museum, The Napoleon I Museum, The Galerie de Peinture dan The Furniture
Gallery. Terdapat banyak juga koleksi berharga antaranya Napoleon’s Throne,
Marie Antoinette’s Bed, dan The Odyssey Cabinet. Koleksi-koleksi ini amat
bernilai dalam sejarah Perancis misalnya Charlemagne in the Guise of Henry IV
yang di reka oleh Francesco Bordoni. Rekaan bermula ketika zaman Raja Francis I
dan di siap sepenuhnya pada zaman Raja Louis XIII. Ini adalah antara ukiran
monumen yang menggunakan marble
paling cantik di dunia.
Di bahagian barat
laut Fontainebleau terletaknya Palace of Versailles, istana Raja Louis XIV.
Istana ini di penuhi dengan hiasan dalaman yang elegen dengan dinding kaca,
tangga-tangga megah dan taman-taman yang indah. Istana Versailles merupakan
peninggalan zaman ketika Perancis merupakan pusat kegiatan politik Eropah. Di
bahagian istana ini juga terdapatnya Galerie des Glaces atau lebih di kenali
sebagai The Hall of Mirrors yang merupakan salah satu kemegahan Versailles.
Kita juga tidak
melepaskan peluang melawat Lascaux Cave di Perigueux. Apa yang menarik di sini
ialah di dinding dan langit gua terdapat lukisan haiwan dari zaman Paleolitik.
Lukisan-lukisan ini di anggarkan berusia 20,000 tahun. Gua ini telah di jumpai
oleh Marcel Ravidat pada 12 September 1940. Sayangnya, kita tak dapat masuk dan
melihat sendiri lukisan haiwan dari zaman pra-sejarah kerana gua telah di tutup
untuk lawatan sejak tahun 1963 untuk tujuan pemeliharaan khazanah.
Huda tahu kenapa
gua ini di tutup untuk lawatan umum? Gas karbon dioksida yag kita hembus telah
bertindak balas dan menyebabkan lukisan di dinding gua rosak. Lascaux terletak
di Vézère Valley. Di Lembah Vézère ini pernah di jumpai beberapa buah gua yang
di penuhi lukisan. Lascaux merupakan sebuah gua yang besar yang mempunyai
beberapa bahagian antaranya Hall of the
Bulls dan Passage gallery. Lascaux Cave juga merupakan salah satu yang
tersenarai dalam UNESCO World Heritage
Site.
Oleh sebab gua
telah di tutup untuk lawatan umum, Kementerian Kebudayaan Perancis telah
mengambil inisiatif untuk membina sebuah replika yang menyerupai Lascaux Cave.
Replika ini di namakan Lascaux II dan di buka kepada umum pada tahun 1983. Lascaux
II terletak kira-kira 200 meter dari tapak asal gua dan mempunyai Hall of the
Bulls dan Passage gallery.
Sungguhpun kita
tak dapat melihat lukisan zaman pra-sejarah yang asal di Lascaux Cave, kita
dapat melihatnya di Lascaux II dalam bentuk replika. Walaupun dalam bentuk
replika, setiap replika menyerupai saiz sebenar lukisan asal. Kembara arkeologi
ini memberi banyak pengetahuan kepada kita tentang zaman lampau. Daddy tahu
Huda sangat kagum dengan lukisan haiwan yang ada di gua ini. Atas sebab itu
daddy bawa Huda dan adik-adik meneroka zaman pra-sejarah serta kesenian lampau
yang ada di sini.
Kita juga melawat
Châteauneuf-du-Pape yang terletak di tepi Sungai Rhone di bahagian tenggara
Perancis. Istana dan tembok pertahanan yang mengelilingi kota ini di bina pada
abad ke 14. Pada tahun 1305, salah seorang warga Perancis terpilih menjadi Pope
Clement V. Beliau memindahkan pusat pemerintahan pope ke Avignon dan selama 70 tahun, pope telah menjadi boneka kepada Raja Perancis.
Tentu yang
paling mengagumkan ialah bila kita berkesempatan menaiki hot air balloon mengelilingi Lembah Loire. Dari atas jelas
kelihatan Château Chenonceau yang menawan. Tiket untuk daddy dan Abang Don kira-kira
$297.76 seorang dan tiket untuk Huda dan adik-adik $216.68 seorang. Suasana
ketika matahari terbenam amat cantik. Kita melalui sungai, hutan yang menghijau
dan alunan angin yang tenang. Huda masih gayat ya? Patutlah pegang tangan daddy
tak lepas-lepas.
Château de Chenonceau
di bina di atas Sungai Cher. Seni bina Château Chenonceau adalah campuran
(penghujung) gothic dan (permulaan)
Renaissance. Pada tahun 1840,
Kementerian Kebudayaan Perancis telah mengistiharkan Château de Chenonceau
sebagai bangunan bersejarah Perancis. Château ini di bina pada tahun 1513 oleh
Katherine Briçonnet dan menjadi milik kepada Diane de Poitiers dan kemudiaanya
Catherine de Medici. Ketika kita melawat istana ini terdapat banyak perkara
untuk perkatakan. Istana ini di penuhi dengan pelbagai koleksi lukisan lama
karya Nicolas Poussin, Le Primatice, Murillo, Van Loo dan lukisan yang amat
jarang di temui iaitu Flanders Tapestries dari abad ke 16.
Selain itu, kita
juga menjelajah Chenonceau dari zaman Renaissance hingga ke Great War iaitu
pada 1518 – 1918 ketika kita memasuki Wax Museum yang menampilkan wanita-wanita
penting di sebalik Château de Chenonceau iaitu Katherine Briçonnet, Diane de
Poitiers, Catherine de Médicis, Marie Stuart, Louise de Lorraine, Madame Dupin
dan Madame Pelouze.
Di Château de Chenonceau
ini terdapat beberapa buah taman antaranya Catherine's Garden, Diane's Garden,
The Green Garden yang di reka oleh Bernard Palissy, The Vegetable Garden yang
ikonik kerana mempunyai 100 pokok bunga ros. Taman-taman ini masih di jaga
dengan baik hingga sekarang. Kita ambil masa empat hari untuk habiskan lawatan
ini. Daddy penat tapi bila tengok Huda dan adik-adik teruja, penat daddy
hilang.
Tentu Huda
rindukan taman kecil di rumah kita, kan? Tak lama lagi kita akan balik ke rumah.
Hingga daddy menulis lagi. Sayang Huda selalu.
Daddy
20140731
Chenonceau
- Paris