Saya tak
pasti ini keajaiban atau apa. Saya membayangkan kalau saya hilang dia, saya
jadi separuh gila. Tapi rupanya tidak. Saya malah sudah mula dapat sesuaikan
diri. Beban perasaan yang saya pikul beransur-ansur ringan. Saya sudah dapat
terima kenyataan.
Saya jadi
pelik. Bukankah sepatutnya saya menangis? Saya cuma menangis pada dua hari
pertama, (menangis dengan teruk dan saya sangat malu) sebelum dia memberi
jawapan untuk tidak memilih saya. Kemudian, saya langsung tak menangis. Mungkin
sedikit sedih.
Mungkin
kerana saya di kelilingi dengan ramai orang jadi saya tak terlalu
memikirkannya. Mungkin kerana pengkhianatan, saya rasa, kalau saya rasa sedih
pun tak berguna. Mungkin juga kerana saya redha dan terima ketentuan takdir,
hati saya tidak begitu galau.
Tuhan memberi
saya kesempatan untuk merasai keindahan apabila kita dapat menerima takdir
dengan penuh keredhaan. Perasaan ini sungguh indah dan tak dapat di gambarkan
dengan kata-kata. Saya tak langsung di kurniakan perasaan dendam (secara
normalnya, sesiapa pun akan berdendam jika di curangi) dan cemburu atau sakit
hati terlampau.
Segala
keresahan, kesakitan, kelukaan dan kehilangan yang masih berbaki, saya mahu
tinggalkan di sini saja. Saya tak mahu bawa ke mana-mana.
Saya kembali
semula ke tempat saya mula-mula jatuh
cinta dulu tapi kali ini untuk mulakan hidup baru.
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were
nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so
rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change
your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know
Somebody That I Used To Know
Gotye featuring Kimbra
KLIA