Thursday, June 26, 2014

I Will Always Love You

Luka di hati saya memang sakit dan pedih hingga saya tak tahu nak kata apa-apa. Saya percaya luka ini  akan sembuh. Mungkin mengambil sedikit masa. Saya redha awak tinggalkan saya. Saya terima takdir awak bukan milik saya. 

Saya harap dengan berbuat begitu hati saya tidak begitu berat menanggung perasaan. Saya mahu melalui hari-hari mendatang dengan perasaan tenang. Sesekali memang saya masih teringatkan awak tapi saya biarkan ia berlalu begitu saja.

Saya lepaskan awak pergi supaya hati saya menjadi tenang. Saya tak berdendam dengan awak. Saya akan cuba lupakan awak sedikit demi sedikit. Hidup saya perlu di teruskan sungguhpun awak tiada lagi dengan saya.

Saya berdoa agar awak tak merasa apa yang saya rasa. Saya berdoa agar cinta awak tak di khianati. Saya berdoa agar awak tak di curangi. Saya tak mahu awak rasa apa yang saya rasa. Saya minta hidup awak di jauhkan dari semua itu.

Semoga segala rancangan dan persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar. Saya tumpang gembira. Melihat awak gembira, saya tumpang bahagia.


I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of
And I wish you joy and happiness
But above all this I wish you love

I Will Always Love You
Whitney Houston






KPJ Kajang Specialist Hospital