Saturday, June 28, 2014

Awak tak rindukan saya?

1.

Rawatan mula hari Isnin. Pihak hospital suruh tinggal di wad selama tempoh rawatan. Kalau kena tahan dekat wad tak dapat pergi mana-mana. Tak dapat bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Cadangnya nak bawa anak-anak lawat perpustakaan dan kedai buku sekitar UK & Perancis.

Bulan Jun, cuaca yang paling sesuai untuk melawat Perancis. Cuaca yang sesuai untuk pelancong. Ada beberapa tempat yang Umar ingin lawati. Huda berminat mengikuti perkembangan seni lukis di Perancis. Kata Adam, dia nak cium bau buku.

Huda ajak menonton teater. Masih mencari-cari teater yang sesuai untuk di tonton. Sekitar London dan Paris memang banyak pertunjukan teater dan aktiviti seni. Kalau kena tahan di wad, semua yang di rancangkan tak dapat di buat.

2.

Merancang untuk paragliding bersama anak-anak. Huda ada masalah gayat dengan ketinggian. Bangunan tiga tingkat pun Huda tak berani nak panjat. Huda banyak habiskan masa dengan melukis. Sekali-sekala bawa dia keluar dan buat aktiviti tentu seronok.

Umar kata Kakak orang seni. Orang seni suka duduk dalam bilik, berkawan dengan berus dan cat. Kadang-kadang Adam turut mewarna – bukan atas kertas tapi pada muka kakak.
Adam memang manja.

3.

Bila saya duduk seorang diri, saya akan teringatkan awak. Masa di Malaysia tak begitu terasa sebab saya boleh habiskan masa dengan banyak benda. Kebetulan, Ham dan kawan-kawan balik bercuti. Saya tak begitu terasa.

Sekarang...saya terasa awak tak ada. Saya suka merindu dari jauh. Saya akan merindu awak selama-lamanya dari jauh. Saya dengar semua lagu kita. Dan saya jadi bertambah rindu. Awak yang manis, manja dan kadang-kadang mengada-ngada.

Saya nak hantar e-mel. Saya nak SMS. Saya nak call. Tapi nanti tentu keadaan akan jadi teruk semula. Saya tak nak gaduh dengan awak.     

Awak tak rindukan saya?


Hmm...