Saturday, June 28, 2014

A love letter that I wouldn’t send to you #1

Perut abang sakit. Tak ada orang nak gosok perut abang lagi. Abang ada di Paris. Anak-anak sihat. Treatment mula hari Isnin.

Abang minta maaf sebab tak balas e-mel yang sayang hantar 24 Jun yang lepas. Abang tak mampu nak buka kotak e-mel dan baca apa yang sayang tulis. Abang tak rasa abang kuat. Abang tak nak tambah rasa pedih yang sedia ada.

Bermula dengan “Someone caught my attention...” hingga ke “Saya kenal dia sehari tapi rasa macam berbulan-bulan...” hingga ke “I’m sorry...Saya pilih...”. Abang cukup rasa terseksa. Abang terseksa setiap kali mengingati bait-bait ini.

Ia seperti pita. Kerap kali bermain di fikiran. Kerap kali abang putarkan. Abang tak gembira mengingat sayang sebagai seorang yang curang dengan abang, sebagai seorang pengkhianat. Abang tak gembira mengingat sayang dengan ingatan demikian.

Abang nak ingat yang baik-baik tentang sayang. Bait-bait manis yang sayang selalu cakap pada abang. Bait-bait yang akan buat abang tersenyum. Abang tak nak hukum sayang dengan satu kesilapan yang tak sengaja sayang lakukan – jatuh cinta pada orang lain.

Abang tahu, sayang berat untuk buat keputusan. Dan abang pun tak nak pentingkan diri. Ini jalan yang terbaik untuk kita. Abang tak pasti sama ada sayang dapat tidur lena lepas semua terjadi. Mungkin tak. Mungkin ya. Mungkin kadang-kadang sayang menangis juga.

Sayang, hidup kita memang tak mudah. Kita lalui banyak saat bersama. Dalam susah dalam senang kita ada antara satu sama lain. Hidup dengan sayang, abang rasa bahagia. Tapi bahagia kita cuma sampai sini...

Sayang, study okey? Be a good girl, aite?


I will always love you.


Segala Cinta,
Abang