1.
Saya tahu ada
banyak perkara yang biasa saya lakukan dahulu kini jarang-jarang saya lakukan.
Rasanya sudah lama saya tidak beri awak kad (cinta), menyanyi (dodoikan awak?),
hantar e-mel (masih perlu eh), dan dedikasikan lagi.
Saya minta maaf
jarang lakukan semua itu. Awak balik lambat dan kadang-kadang kita tak sempat
nak berborak panjang – awak sudah mengantuk dan perlu tidur. Kadang-kadang bila
awak balik saya sedang sesak nafas – tak dapat menyanyi untuk awak. Selalunya
sebab saya tak tahu nak menyanyi lagu apa (sebab selalu lupa lirik).
Maaf.
2.
Saya tak dapat
bayangkan saat ini kalau awak berada dalam pesawat MH370 yang masih tak tahu
nasibnya walaupun banyak media asing sudah laporkan bahawa pesawat tersebut
terhempas. Saya tak dapat bayangkan kehilangan orang yang paling saya sayang.
Bayangkan pun saya tak nak.
Terima kasih luangkan
masa dengan saya sebelum awak tidur tadi. Sungguhpun tak sampai sejam, ia cukup
membahagiakan. Saya suka teman awak tidur. Selalunya awak akan tidur lena.
Kadang-kadang saya akan tersenyum bila awak berdengkur, kadang-kadang fikiran
saya melayang nakal dan selalunya mata saya berkaca.
Entah kenapa
saya selalu emosi.
3.
Untuk 3 minggu
selepas ini kita akan berjauhan. Saya tahu awak tak suka dan tadi awak (sempat)
merengek. Saya rasa tak sampai hati pula hendak tinggalkan awak. Awak sangat
manja. Tawaran lazy Wednesday sangat
mengiurkan. Awak memang pandai mengoda (kan?). Memanglah kita agak lama tak
baring-tanpa-buat-apa-apa.
Rindu kita tak
sempat terlerai. Saya suka merindu-rindu. Ia menghangatkan perhubungan. Dalam
perhubungan yang sudah terjalin lama, kehangatan adalah perkara yang paling
sukar di kekalkan. Merindu-rindu adalah suatu yang boleh mengembalikan/menambah kehangatan.
Rindu masih
belum terlerai.
4.
Pukul 3.13 pagi.
Boleh tak saya nak bagi salam ? Hehe.