1.
Secara rasminya
telah berpindah ke Rumah Pokok. Rumah di Meru (sebenarnya rumah Ocio) telahpun
di jual. Ocio cakap dia tak perlukan rumah itu lagi.
Lagipun Ocio sudah membeli sebuah banglo tiga tingkat di Saujana Duta S2 Heights, Seremban.
Anak-anak
seperti tidak begitu gembira tinggal di Rumah Pokok. Mungkin ini satu kesilapan
yang besar dan mementingkan diri. Masih berulang-alik ke Pusat Komuniti hampir
setiap hari untuk meneruskan program di sana (walaupun beberapa kali berbincang
untuk menutup pusat ini tapi Umar tak benarkan).
Meninjau
beberapa kawasan perumahan baru sekitar Ipoh. The Thompson Flora Tropika Residences kelihatan menarik.
Kawasan luar bandar yang tidak begitu sibuk dan kelihatan eksklusif. The
Haven seperti okey tetapi tidak menarik hati. Beberapa kali meninjau Meru Hills
dan Meru Desa Park.
Masih lagi
berbincang dengan anak-anak. Tinggal di Rumah Pokok amat menyenangkan. Jauh
dari kesibukan dan orang ramai. Cuaca yang redup dan tidak panas. Bila petang
Adam akan memancing. Kadang-kadang Adam akan kejar belalang. Umar nampak tidak
begitu gembira.
2.
Keputusan SPM
& STPM sudah keluar. Tidak ada dari kalangan remaja dari Pusat Komuniti
yang mendapat semua A dan ini tidak mengecewakan. Ramai yang memilih untuk
melanjutkan pelajaran ke pusat kemahiran. Sekurang-kurangnya ini petanda
positif. Mereka bercadang untuk mengadakan kenduri doa selamat bagi menyatakan
kesyukuran.
Lulus dengan
kredit dan kelayakan paling minima merupakan kejayaan besar buat mereka.
Syukurlah, tidak ramai yang gagal dalam Matematik dan English. Mereka memilih
untuk ke Giat Mara, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negar (IKBN).
Pusat Latihan biasanya memberi alaun sara hidup. Mereka tidak perlu meminjam
dari PTPTN.
Umar cakap Pusat
Komuniti tak boleh di tutup. Harapan banyak orang ada di sini. Semoga masa
depan mereka cerah dengan jalan yang mereka pilih. Pusat Komuniti di Sarawak
akan beroperasi April ini. Harapan tinggi agar pusat ini nanti
memberi banyak manfaat kepada orang ramai.
3.
Kemalangan di
Vietnam merencatkan banyak perancagan. Sudah pulih sepenuhnya. Boleh bekerja
seperti biasa. Huda juga sudah pulih dari di gigit lipan.
Selamat malam,
sayang.