1.
Setelah di
tangguhkan beberapa kali akhirnya doktor mendesak agar tiub kencing di
pasang. Dari sembang-sembang dengan beberapa orang yang pernah memakai tiub
kencing, mereka mengatakan ia sakit. Tapi bukan kesakitan yang menjadi punca
keengganan memasang tiub.
Memasang tiub
kencing bererti tidak lagi berupaya untuk menguruskan diri sendiri. Dan orang
lain akan melihat anggota paling sulit yang ada pada tubuh manusia. Untuk
seseorang yang pemalu hatta untuk membeli seluar dalam sendiri – ini sesuatu
yang sukar di lakukan. Seorang doktor (seperti awak, melihat perkara ini seperti
tiada apa-apa kerana sudah biasa dan mungkin awak akan ketawa (dan senyum
panjang) jika berjumpa pesakit seperti saya (yang amat pemalu).
Doktor kata ini
adalah jalan terbaik. Doktor pesan lagi buangkan rasa malu. Doktor kata tak ada
apa-apa yang perlu di malukan. Doktor kata semua orang pun ‘ada’ – jadi ini
perkara biasa (ya, buat mereka).
2.
Seminggu ini
sakit kepala melampau di susuli dengan muntah dan badan kekejangan. Langsung
tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan masa berbaring di katil sambil cuba
membaca novel atau menonton drama percintaan pilihan Adam. Don beritahu Pusat
Komuniti menjadi ‘pusat’ pembuangan bayi. Sekurang-kurangnya 4 bayi di jumpai
dalam seminggu.
Hari ini ada
bengkel menggunting rambut bagi lepasan SPM. 85% dalam kalangan mereka tidak
mahu menyambung pelajaran. Mereka mahukan duit dan ingin bekerja. Harap suatu
hari nanti peserta yang mengikuti bengkel ini akan membuka salunnya sendiri.
Minggu depan akan hantar dua orang remaja lelaki ke Shah Alam untuk belajar
sambil bekerja di bengkel kereta.
Minggu
seterusnya akan hantar dua orang ke Petaling Jaya bagi mengikuti
“bengkel-bekerja-sambil-belajar” mengecat kereta. Sedang cari bengkel yang sudi
mengambil dua orang remaja untuk belajar baiki motosikal. Masa depan mereka
cerah jika mereka sanggup berusaha.
Dua orang remaja
sudah pun berlepas ke Sudan untuk misi kemanusiaan selama dua minggu.
3.
Stoking hilang. Kalau ada yang membelanya, mohon di jaga dengan baik kerana dia permata baru (yang di pinjamkan sekejab) buat rusuk kiri. Rusuk kiri sedih (yang agak parah) bila Stoking hilang.