1.
Semalam, awak
tak kejutkan saya pun. Kepala saya sakit sangat. Saya makan ubat awal dan
mengantuk. Tapi tidur tak lena. Saya mimpi macam-macam (yang tak best). Bila
bangun, awak sudah pun pergi kerja. Awak balik tengah hari tadi ,saya tidur lagi. Mata pedih (dan kepala makin sakit).
Badan saya rasa
penat sangat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab saya tak makan sehari suntuk.
Saya makan kemudian muntah. Dan saya tak mahu makan lagi. Saya tak nak Adam
tengok saya muntah. Nanti muka dia berkerut dan sedih. Tengok Adam
sedih, hati jadi sayu.
Adam tak ada
mood bila tengok daddy dia sakit.
2.
Dalam masa dua
hari Adam boleh habiskan 2 buah buku. Perkembangan
yang memberangsangkan. Adam suka sangat dengan buku. Bilik Adam penuh dengan
buku dari atas katil, bawah katil, penjuru katil, atas meja, bawah meja, dalam
almari, atas almari, bawah almari, atas bantal, bawah bantal, dalam selimut –
semuanya buku.
Adam suka tengok
buku bersepah. Dia akan rasa happy. Adam tak suka tengok buku tersusun di dalam
almari/atas meja. Adam kata tak best. Pergi meja makan
bawa buku, tengok TV pegang buku, tidur pun dengan buku. Tabiat makan buku
sudah hilang perlahan-lahan. Buat masa ini Adam suka buku & radio. Adam
suka dengar muzik klasik.
Perangai Adam
bertentangan dengan Umar. Bilik Umar kemas, teratur, tersusun & sedap mata
memandang.
3.
Dulu yang selalu
gunakan studio cuma Kakak seorang. Sekarang Adam pun pandai gunakan studio.
Adam suka habiskan masa melukis, mengunting dan menampal di situ. Kadang-kadang
dia cuma duduk dan tengok Kakak melukis atau hantarkan kek coklat (ambil hati
Kakak sebab nak pinjam pensil warna Kakak).
Umar tak ada
jiwa seni. Umar cuma minat duit. Bulan Januari pendapatan Umar sebanyak RM
1200. Semua kucing dan hamster telah di jual. Umar bercadang hendak menjual keluarga
Bob tapi Adam tak benarkan walaupun Umar cuba mencari persetujuan dengan menawarkan 50% hasil jualan kepada Adam. Adam sayang Bob. Minggu lepas Bob makan kek vanilla
yang Adam bawa. Mustahil Adam akan benarkan Umar jual Bob.
Sampai sekarang
isteri Bob belum ada nama. Tapi kadang-kadang terdengar Adam panggil isteri Bob
sebagai Pipi.
4.
Saya nak cakap
tentang #KajangMove tapi awak mesti tak nak layan (sebab melibatkan Anwar
Ibarahim). Nak cakap dengan Ocio, Ocio pun sibuk hal lain. Nak cakap dengan
Ary, Ary sibuk dengan pasaran saham.
Saja nak
bagitahu awak; saya tak sokong #KajangMove.