1.
Ary sudah jadi ayah! Ary dapat
anak kembar; lelaki & perempuan. Ary cakap dia tak nak anak lagi (eleh). Sepatutnya
Makcik Siti ke US untuk jaga isteri Ary berpantang tapi cuaca dekat US belum
reda. Jadi Ary bawa isteri dan anak-anak dia ke sini.
Ary belum pandai dukung anak.
Nampak macam pelik cara Ary dukung anak. Dan Ary tak boleh bagi alasan yang dia
belum bersedia untuk menjadi ayah sebab dia sudah ada anak. Ary belum pandai
nak mandikan anak dia, pakaikan pampers dan boleh di katakan segalanya dia tak
pandai.
Secara rasminya Kelab Gay Arygen
telah di tutup dan Ary tak boleh perasan dia gay. Dan yeay! Ary tak ada sebab
nak kutip yuran tahunan untuk kelab dia(selamat duit). Sejak berkahwin, kelab
Ary tak berfungsi. Ary sangat sarkastik apabila menggunakan Kelab Gay Arygen
untuk membuat kegiatan amal.
Malam tadi anak Ary menangis. Tak
boleh tidur sampai pagi sebab bunyi tangisan. Pagi ini, nampak Ary macam zombi –
tak terurus, nampak penat sebab kurang tidur. Kak Anis ada anak kembar 4 pun steady lagi. Apalah Ary ni.
Ary, selamat menjadi ayah!
2.
Umar akan ke Sudan mengikuti misi
kemasnusiaan. Tapi Umar masih fikir-fikirkan.
Daddy: Umar jadi tak pergi Sudan
ni?
Umar: Adik takut adik jadi keling. Sudan tak ada makanan,daddy.
Daddy: Umar fikir dahsyat je.
Taklah sampai macam tu sekali.
Umar: Nanti bila adik nak tencing mesti adik tak boleh tencing.
Daddy: Laa kenapa pulak?
Umar: Dekat Sudan tak air belsih. Tak ada air, tak boleh minum.
Tak boleh minum tak boleh tencing.
Umar bercadang hendak beli 200
pasang selipar untuk di sumbangkan kepada warga Sudan. Sekarang sedang merangka
program bantuan mencari pakaian terpakai. Ada beberapa individu ingin berikan
bantuan.
3.
Ada seorang kanak-kanak lelaki
datang ke Pusat Komuniti. Tak ada sesiapa yang ingin berkawan dengannya. Bila
di siasat, dapat tahu kanak-kanak ini anak tak sah taraf dan semua orang di
sini memanggilnya anak haram – dari kanak-kanak hinggalah orang tua. Ibunya
bekerja di salah satu pasar raya di Ipoh.
Nama kanak-kanak ini Zaki.
Berumur 7 tahun. Dalam surat beranak, tidak tertera nama ayahnya. Hanya
tertulis “Zaki” sahaja. Dengarnya Jabatan Pendaftaran/Jabatan Agama (tidak
pasti) tidak lagi membenarkan anak tidak sah taraf berbin/bintikan Abdullah.
Sebelum ini, anak tak sah taraf berbin/bintikan ibu mereka.
Zaki: Zaki ada ibu. Ibu tak
panggil Zaki anak haram. Ibu kata semua salah ibu. Zaki sayang ibu.
Saya: Zaki kena hormat ibu.
Jangan lawan cakap ibu. Zaki kena bagi ibu peluang. Ibu mesti sayangkan Zaki.
Kalau ibu tak sayangkan Zaki, tentu ibu tak jaga Zaki macam sekarang. Ada ramai
lagi orang macam Zaki tapi ibu mereka tak jaga mereka. Jadi, Zaki kena
bersyukur sebab ada ibu.
Zaki: Semua orang panggil Zaki
anak haram, pakcik. Zaki malu. Tak ada orang nak kawan dengan Zaki. Makcik sana
tu selalu panggil Zaki anak haram. Dia selalu pukul Zaki dengan penyapu. Dia
kata Zaki sial.
Saya: Nanti pakcik pergi cakap
dengan makcik tu. Zaki jangan sedih. Zaki kena belajar sungguh-sungguh sampai
berjaya. Bila dah berjaya, Zaki boleh tolong ibu. Pakcik tahu Zaki anak yang
baik. Apa yang berlaku bukan salah Zaki. Masyarakat kita masih buta, tak pandai
menilai. Zaki tak salah apa-apa pun.
Beribu-ribu lagi kanak-kanak
seperti Zaki berada di sekeliling kita. Masyarakat masih tidak dapat menerima
mereka kerana mereka di katakan membawa malang. Padahal kesalahan yang
berlaku bukan salah mereka tetapi salah ibu bapa mereka. Kenapakah kanak-kanak
seperti Zaki yang harus menerima tekanan dari masyarakat sedangkan mereka masih
kecil dan tak tahu apa-apa?
Kanak-kanak seperti Zaki di maki,
di caci setiap hari. Kadang-kadang mereka di jadikan tempat melepas geram.
Mereka suci sesuci kain putih. Beban kesalahan tidak sepatutnya di letakkan di
atas bahu mereka. Apabila ada pihak membuka pusat untuk membela wanita seperti
ibu Zaki, ada pihak lain memandang usaha itu dengan penuh prejudis.
Haruskah kita membiarkan mereka
terus begitu tanpa ada usaha untuk membawa mereka ke pangkal jalan? Lebih
penting lagi bagaimanakah nasib kanak-kanak seperti Zaki? Masyarakat tidak
dapat menerima mereka. Mereka hanya tidak lebih dari jenaka dan tempat melepas
geram. Kita masih terpaku dan tak mampu lakukan apa-apa.
Zaki, tabahlah menghadapi
kehidupan ini. Pakcik tahu, hidup ini memang sukar.