1.
Saya minta maaf buat awak
menangis dua kali minggu lepas. Saya tak begitu sensitif. Mungkin kerana saya
beranggapan “Ini hanya soalan”, “Tak ada apa-apa yang serius mengenainya”, “Kalau
tak jawab pun tak apa”. Dan ternyata saya silap. Jawapan acuh tak acuh buat
awak kecil hati. Saya minta maaf. Saya tahu saya tak pandai bergurau. Gurauan
saya (masih) kasar atau sebenarnya saya tersalah tempat untuk bergurau.
Mungkin kerana saya selalu
beranggapan awak seperti saya – tak perlu di ucap selalu “Saya sayang awak”
sebab ya – masing-masing sudah tahu. Sekali lagi saya silap. Awak perlukan
ucapan “Saya sayang awak” itu selalu. Dan itu kelemahan saya. Saya masih malu
atau menganggap perkara itu (ucapan) tidak penting. Saya tahu saya tidak sensitif.
2.
Saya nak awak tahu saya selalu
ada dengan awak. Saya akan selalu ada untuk awak. Saya mungkin kayu dan tak
pandai tunjuk “Saya sayang awak” tapi saya yakin awak tahu yang saya sayang
awak. Saya sayang awak tanpa syarat. Agak lama kita tak ada isu “tidur awal”.
Saya cuba biasakan diri dan saya rasa saya agak berjaya. Rasanya agak lama juga
kita tak ada drama gaduh-buat tak tahu-pujuk-jual mahal-okey seperti
biasa.
Saya nak awak tahu yang saya
sayang awak dengan segala kudrat yang saya ada. Saya tahu saya banyak berahsia dengan awak. Saya tak pernah terfikir untuk berkongsi. Saya tahu
saya bersifat memendam. Dengan setiap kekurangan yang saya miliki, awak masih
setia dengan saya. Awak seorang pemain cinta yang hebat.
3.
Untuk menjawab soalan awak; tak,
cinta saya tak pernah berkurang untuk awak sungguhpun kita sibuk dan jarang
habiskan masa bersama. Dalam setiap detik, awak selalu ada dalam ingatan saya.