Monday, December 09, 2013

2:54am


1.

Tak banyak perkara berlaku. Anak-anak masih mengembara. Mengutip ilmu dan teladan. Adam balik awal. Adam rindu daddy. Ocio “pos” Adam bersama kawan dia. Huda dan Umar bersama Ocio. Kini mereka di Iran. Umar ingin melihat sendiri komuniti Syiah di sana.

Sudah 3 ekor anak kucing mati. Seekor mati di kerat-kerat badannya (di cincang lumat). Dua ekor lagi mati akibat keracunan. Jiran lemparkan makanan dan kucing makan. Kucing yang masih ada di rumah telah di kurung di dalam sangkar. Tak bebas keluar jika tiada sesiapa di laman rumah.

Takut juga kalau jiran mengganas lagi.


2.

Hasrat untuk menyambung pelajaran tidak kesampaian. Berminat untuk sambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan. Permohonan di tolak dengan alasan Orang Kurang Upaya tidak sesuai mengambil kursus pendidikan. Tidak pasti sama ada di Malaysia OKU boleh menjadi guru atau tidak. Jika ya, adakah guru OKU di benarkan mengajar murid normal atau guru-guru OKU hanya di benarkan mengajar pelajar-pelajar OKU sahaja?

Permohonan untuk menyambung pelajaran peringkat Sarjana juga di tolak dengan alasan yang sama.


3.

Pusat Komuniti di minta menamatkan perkhidmatan kerana di dakwa melatih kader-kader militan. Hal ini berpunca dari  poster puisi Widji Thukul yang di gantung sekitar Pusat Komuniti. Peminat Widji Thukul pasti tahu gaya penyampaian puisi-puisinya. Minta Don turunkan poster puisi tersebut tapi di tentang keras oleh beberapa remaja. Mereka kata “Pakcik tak sepatutnya takut dengan pihak penguasa”.

Dan poster pun tidak di turunkan.

4.

Pesta Buku 1Malaysia akan berlangsung 11 Nov ini. Big Bad Wolf sedang berlangsung. Kalau pesta buku dapat di jalankan di bandar-bandar kecil lebih baik. Masyarakat di bandar sudah terasuh dengan budaya membaca. Bahan bacaan juga mudah di dapati.

Masyarakat di kampung  dan pekan-pekan kecil mengalami pelbagai kesulitan untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti. Jika tumpuan banyak di berikan kepada masyarakat bandar dalam semua aspek kehidupan, masyarakat di pekan dan bandar-bandar kecil akan terus ketinggalan dalam arus pembangunan Sekali-sekala pesta buku di adakan di kampung-kampung dan pecan-pekan kecil apa salahnya.


5.

Semoga semuanya baik-baik saja buat Umar & Huda.