1.
Umar, daddy
sayang Umar. Daddy sayang Adam dan Kakak juga. Semua pun sama. Semua pun
anak-anak daddy. Tak ada lebih, tak ada kurang. Semalam, Umar minta daddy
hantar Adam pada Abang Aiman. Daddy tak boleh serahkan Adam (semula) pada Abang
Aiman sebab daddy sudahpun ambil dia tinggal dengan kita. Lagipun mahkamah
sudahpun benarkan Adam tinggal dengan kita. Mesti Umar ingat lagi waktu kita
pergi mahkamah untuk dapatkan hak penjagaan Adam.
Daddy tahu Umar
tak suka Adam. Daddy tahu Umar anggap Adam rampas daddy dari Umar. Sebenarnya
tak. Adam tak rampas daddy dari Umar. Kita kena kongsi kasih sayang. Adam sayang Umar. Tentu Adam sayang sebab Umar satu-satunya abang
yang dia ada. Kalau kita serahkan Adam pada Abang Aiman, kita berlaku tak adil
pada Adam. Daddy sayang Adam. Kita semua kena sayang Adam sebab Adam tak ada
keluarga lain kecuali kita.
Daddy pun tak
tahu Abang Aiman ke mana menghilang. Umar patut tahu Abang Aiman pun bukan ayah
sebenar Adam. Ayah sebenar Adam cuma ada tertulis dalam sijil lahir dia tapi
baik daddy mahupun Abang Aiman, kami tak kenal ayah Adam. Daddy harap kalau
suatu hari nanti bila Umar baca apa yang daddy tulis ini, Umar akan faham.
Daddy tak boleh berikan Adam pada orang lain. Dia tanggungjawab daddy sekarang.
Daddy (dan kita semua) yang perlu jaga dia. Dia gembira ada abang macam Umar.
Daddy pasti. Dia gembira ada kita semua.
2.
Umar, setiap
manusia tak sama walaupun di besarkan oleh ibu bapa yang sama. Setiap dari kita
ada personaliti masing-masing. Umar tak boleh mengharapkan Adam akan jadi macam
Umar. Adam tak boleh berada dalam bayang-bayang Umar. Adam perlu hidup dan
membesar sebagai Adam. Daddy cuma minta Umar berikan lebih banyak peluang dan
ruang untuk Adam. Adam masih kecil. Adam tak tahu tentang banyak perkara.
Kitalah yang perlu ajar dia tentang banyak perkara. Adam masih belum berakal
sepenuh untuk berfikir. Dunia dia sekitar kita.
Umar harus tahu
setiap orang perlukan peluang kedua. Kita tak boleh hukum orang kerana
kesalahan pertama. Kalau kita mampu berikan dia peluang kedua, kita berilah
peluang kedua. Adam tak lagi nakal macam dulu. Adam sudah boleh dengar cakap.
Semalam, Adam tak sengaja jatuhkan kek yang Kakak buat. Daddy percaya Adam tak
sengaja. Kalau Adam sengaja tentu setiap kali Kakak buat kek dia akan jatuhkan.
Adam suka makan kek yang Kakak buat. Umar janganlah marah dia lagi. Semalam,
lepas Umar masuk tidur, Adam jumpa daddy. Adam tak tidur pun sebenarnya. Dia
takut Umar marah, dia menyorok dalam bilik.
Adam tunjuk kek
yang Kakak buang dalam tong sampah. Daddy faham yang Adam nak cakap “Adam minta maaf daddy, Adam tak sengaja”
tapi Adam tak mampu cakap sebab dia masih kecil. Terlalu kecil. Daddy pujuk
Adam. Semalam Adam tidur tak lena. Dia rasa bersalah agaknya. Awal-awal pagi
lepas Umar dan Kakak sambung tidur, Adam turun bawa apron. Dia tunggu Pak Long.
Awal-awal pagi lagi Adam nak buat kek ganti untuk Kakak. Idea buat kek ganti
dari Mama. Daddy minta Pak Long tolong Adam.
3.
Comelkan bila
tengok atas kek ganti kakak ada tulis “I’m Sorry”. Adam happy sangat
bila tengok semua orang makan kek dia (walaupun bukan sepenuhnya dia buat, dia
cuma tolong sibuk-sibuk di dapur saja). Hari ini daddy tak nampak pun Adam main
di dapur. Dia serik agaknya. Mungkin dia takut/fobia kalau-kalau dia jatuhkan
barang lagi. Daddy tak akan marah Adam sebab jatuhkan kek Kakak. Bukan sebab
daddy sayang Adam lebih tapi sebab daddy tak ada sebab yang kukuh untuk marah
Adam. Daddy tak mahu dia membesar dengan perasaan takut. Takut buat salah,
takut orang lain marah.
Umar kena bagi Adam
peluang untuk dia explore dunia
kanak-kanak dia. Daddy tahu Adam sayang Umar. Kalau dia tak sayang masakan dia
selalu buat Umar marah. Buat Umar marah adalah salah satu cara dia untuk
dapatkan perhatian. Dia suka main permainan Umar, dia suka tidur dalam bilik
Umar, dia juga suka sorokkan barang-barang Umar. Dia buat untuk dapatkan
perhatian dan kasih sayang. Dia suka bila Umar belikan dia ais krim. Dia lagi
suka bila Umar belikan dia jersi hari itu. Adam tak akan ada personaliti sama
macam Umar dan itu satu yang perlu kita raikan. Macam yang daddy pernah cakap
perbezaan satu rahmat.
Kalau daddy tak
ada nanti, daddy harap Umar tak bangitkan yang Adam bukan anak daddy. Daddy
harap Umar dapat jaga keluarga kita baik-baik. Umar kena jaga Adam bila daddy
tak ada. Umar kena belajar sayang Adam. Umar kena terima kelebihan dan kekurangan
Adam. Kasih sayang dalam erti kata yang sebenar ialah bila kita terima segala
kekurangan dan kelebihan yang ada pada orang yang kita sayang. Tak kiralah
betapa jelik pun orang yang kita sayang itu, kita harus terima diri dia
seadanya. Itu namanya kasih sayang. Itu namanya keluarga. Umar, manusia tak
sempurna. Manusia cuma insan biasa. Kita kena belajar terima orang lain baik
kekurangan mahupun kelebihan dia. Barulah dunia ini kita akan rasa
keindahannya.
4.
Umar, ingat
pesan daddy sampai bila-bila.
Cintamu kepada manusia mencerminkan cintamu kepada Allah. Cintamu kepada semesta, mencerminkan bagaimana kau mengasihi bukti nyata adanya Allah – Arena Wati (Sakura Mengorak Kelopak)