1.
Semalam hantar
1000 biskut pelbagai jenis ke rumah Datin Fuziah. Dapat RM 25,000. Ocio dan
Huda (dan di bantu oleh Mak Cik Siti) buat biskut raya untuk jualan amal.
Pembeli tunggal – Datin Fuziah. Tentulah dia pembeli tunggal sebab dia (cuba)
hendak mengorat Ocio (serius). Ocio nampaknya agak rimas tapi macam biasa –
Ocio manalah tahu layan orang.
Umar cakap “Takpe
Pak Long. Biskut kita dah laku. Pak Long buat tak tahu dengan Nenek Fuzi”.
Okey, Datin Fuzi marah betul bila Umar dengan nakalnya panggil dia nenek. Umar
fikirkan keuntungan. Ya, dia seorang kapitalis (mungkin seorang opportunist).
Tapi betul juga cakap Umar – yang penting biskut habis. Ada juga bulan puasa
orang nak menggatal sebegitu rupa (dia minta nak sentuh badan Ocio!).
2.
Ocio bayar upah
Huda & Mak Cik Siti. Baki di agih-agihkan kepada rumah anak yatim,
geladangan, misi bantuan Syria, Palestin, Bahrin (dan beberapa negara Afrika)
serta fakir miskin. Ocio pun sudah berhenti buat biskut. Sepuluh Ramadhan terakhir
Ocio nak fokus untuk menyambut malam barakah Lailatul Qadar. Jadi dia tak mahu
berpenat di siang hari.
Raya tahun ini
tak beli baju raya baru. Anak-anak pun tak mahu. Huda kata masih banyak baju
baru yang belum di pakai. Jadi, dia tak nak. Umar pun sependapat. Tapi sebagai
ayah, tetap juga nak belikan anak-anak baju baru sebagai reward sepanjang tahun
atas pelbagai usaha yang mereka lakukan. Perancangan awal cuma hendak beli baju
untuk Adam kerana Adam belum ada baju baru. Adam juga pernah tanya bila dia
akan dapat baju baru.
Akan ke KLCC dan
British India membeli beberapa barang dan pakaian.
3.
Raya tahun ini
akan beraya di Istanbul. Tak tahulah rumah siapa di sana. Tak tahu juga bila
cabutan di buat. Ocio cakap tahun ini semua akan berkumpul di Istanbul dan Ocio
sudahpun menempah tiket (kalau kita berkumpul dekat TTDI/B.Antarabangsa apa
salahnya?). Tak tahu siapa akan jadi tuan rumah. Tak tahu persiapan macam mana.
Jumaat bertolak.
4.
Awak, semoga
semuanya berjalan lancar. Semoga dapat tempat untuk sambung MA dan bekerja di
tempat kerja yang baru. Saya gembira awak move
on dan berani buat keputusan. Saya bangga. Harap semuanya dipermudahkan.
Selamat menjadi
lebih dewasa, sayang.