1.
Ketika sedang
makan tengah hari tiba-tiba pandangan saya gelap. Langsung tak nampak apa-apa.
Kali ini mengambil masa kira-kira sejam untuk pulih. Itu pun sekadar kabur.
Bila di bawa ke pembaringan, anak-anak tak mahu tinggalkan saya sendiri. Adam
baring rapat dengan saya. Dia hanya diam dan peluk saya dengan erat.
Mata masih
pedih, silau dan kadang-kadang kabur.
2.
Saya perlu jumpa
psikiatri semula. Perlu menjalani rawatan dan menghadiri sesi-sesi seperti
sebelum ini kerana PTSD datang semula. Mungkin akibat tekanan yang semakin hari
semakin sukar di atasi. Agak sedih dengan berita ini.
Sesi bermula
April ini minggu ketiga. Segala kelakuan, tingkahlaku, pemikiran, pandangan
akan di awasi seperti dahulu.
3.
Doktor masih
bertanya jika saya ingin menjalani pembedahan membuang tumor. Jika tidak
berjaya dalam pembedahan ini, saya akan mati. Jika berjaya – saya akan mengalami
strok.
Pilihan yang paling sukar di buat.
4.
Umar botakkan
kepala. Ocio, Zack, Boboy dan Don pun sama. Paling comel, Adam pun botak juga. Lily
sudah ke pulang ke Qatar. Hanya sehari bermalam di Ipoh, esoknya ke UM
menghadiri seminar dan lusa terbang ke semula Qatar.
Tak sempat nak
soal siasat Lily.
5.
Saya tahu saya
perlu jadi lebih kuat dari sebelum ini dengan pelbagai kemungkinan yang
mendatang.