1.
Saya selalu
tertanya-tanya lelaki yang bagaimanakah yang menjadi pilihan wanita. Ummi kata
anak-anak lelakinya perlu jadi lelaki budiman. Saat itu saya baru sahaja
berumur 11 tahun. Saya selalu di syarah, di nasihat dan diperingat untuk
menjadi lelaki budiman. Selalunya, nasihat di berikan selepas solat Subuh
secara berjemaah.
Kalau Ummi
bercakap tentang hal-hal lain pasti anak-anaknya akan mengantuk. Jadi, dia akan
bercakap tentang lelaki budiman. Jarang sekali saya mendengar perkataan budiman
pada zaman ini. Lelaki budiman seperti kata Ummi adalah lelaki yang menghormati
wanita, bertanggungjawab, matang, boleh bertoleransi, lembut dalam pertuturan,
pandai mengambil hati dan cerdik.
Ciri-ciri lelaki
budiman ini saya kutip ketika menelinga di suatu petang ketika Ummi
bercakap-cakap dengan kakak-kakak saya mengenai lelaki. Ummi juga pesan pada
kakak-kakak saya supaya menjaga lelaki budiman sebaiknya – jika bertemu, jangan lepaskan takut nanti menyesal sepanjang zaman.
2.
Saya terlatih sejak
kecil untuk menghormati wanita dan pandangan mereka (walaupun susah sebenarnya).
Ummi kata, wanita sememangnya lembut tetapi jiwa mereka tak selembut yang di
sangka. Mereka punya jiwa kental dan keras. Saya mudah jatuh cinta dengan
perempuan sebegini dan telah memilikinya hingga saat ini. Saya menyukai wanita
yang mempunyai pemikiran yang cerdas, cerdik dalam menilai dan pandai menjaga
adab.
Dan, saya telah
menjumpainya.
3.
Hari ini,
sesetengah perempuan kelihatan murah sekali di mata lelaki. Mudah untuk
memikatnya. Dulu, kebanyakan perempuan jinak-jinak burang merpati. Makin di
hampiri makin sukar di dampingi. Perempuan hari ini tak begitu menjaga martabat
serta maruah diri. Saya tak pasti kenapa sesetengah perempuan menganggap diri
mereka berharga apabila di miliki lelaki. Perempuan hari ini tak pandai menjaga
diri.
Perempuan hari
ini sanggup melakukan apa sahaja untuk seorang lelaki. Saya pernah bertemu
dengan seorang wanita yang sehari-hari di pukul. Demi cinta, si gadis sanggup
diperlakukan sedemikian rupa. Belum tinggal sebumbung tulang rusuk pernah
patah. Kalau tinggal sebumbung tentulah lebih parah.
Cinta tak
mengajar manusia menjadi bodoh. Manusia yang membodohkan diri demi cinta.
Janganlah harap pasangan kita yang mempunyai kelakuan buruk akan berubah
selepas kahwin. Andaiannya, ada yang berubah tetapi peratusnya amat kecil
sekali. Lelaki sukar membuang tabiat buruk mereka, kata adik saya.
4.
Saya tak suka
perempuan seksi. Saya rasa mereka seperti menjual maruah diri. Pakaian yang
baik mencerminkan diri. Sekurang-kurangnya janganlah gunakan fesyen untuk
bergaya sesuka hati. Bergaya pada tempatnya. Saya tak tahu kenapa perempuan
suka memakai pakaian seksi. Kalau untuk menarik perhatian sudah tentulah menjadi –
menjadi bahan umpatan lelaki.
Tak semua lelaki
suka perempuan seksi. Cuma segelintir berbangga mempunyai wanita seksi di sisi.
Untuk menjadi bahan tayangan/kebanggan kepada kawan-kawan. Kalau perempuan tak
pandai menjaga diri mereka akan menjadi begitu murah sekali. Apabila perempuan
menjadi murah di mata lelaki – itu tandanya mereka tidak lagi berharga apatah
lagi bermaruah.
Semuanya
terletak di tangan perempuan. Jika pandai menjaga diri maka terpeliharalah
maruah. Jangan benarkan lelaki berbuat sesuka hati. Jika dia bukan lelaki
budiman, angkat kaki dan cabut lari. Ada berpuluh ribu lelaki lain dalam dunia
ini. Buka mata dan beri peluang pada diri. Wanita yang benarkan lelaki berbuat
sesuka hati adalah perempuan yang tak tahu menjaga maruah diri.
Perempuan bukan
sampah untuk diperlakukan sebegitu rupa. Perempuan sebenarnya sangat berharga.
5.
Dari dulu hingga
kini saya selalu percaya perempuan cantik selalu akalnya cetek. Lihat saja
perempuan cantik di angkut oleh mat-mat rempit. Mereka cantik tapi malangnya
tak cerdik. Suka berfesyen, berhibur dan mengimpikan dunia rumah tangga seperti
dalam cerita pelipur lara. Perempuan cantik akal cetek memang banyak hari ini.
Tidak semua
perempuan cantik akalnya cetek. Tapi majoritinya semacam itu. Ukuran
cantik berbeza-beza di mata manusia. Bersifat kualitatif. Perempuan cantik
selalunya tak punya idealisma dalam diri. Biarkan diri diperlaku lelaki sesuka
hati.
6.
Awak, wanita
cerdik yang saya senangi sejak dulu lagi.