Monday, January 28, 2013

3.48 pagi


1.

Rindu. Tapi atas tuntutan kerja, rindu yang memenuhi sukma terpaksa di tolak ke tepi. Atas tuntutan kerja dan beberapa perkara, awak selalu menjadi korban ketidakprihatinan saya.

Seribu maaf saya pohon.


2.

Walaupun saya tidak begitu prihatin, saya tak pernah bohong yang awak sentiasa dalam ingatan saya. Selalu.

Ada banyak perkara yang mengingatkan saya pada awak – warna merah, lagu, dan ya...loyar buruk awak. 

Awak semakin tak senonoh sekarang (kan?). Hahaha nasiblah saya tak kisah sangat dengan perangai tak senonoh awak.


3.

Awak...bila nak goda saya lagi (macam hari tu). Hahahahaha (senyum panjang). Baru nak bagi salam. Lupa awak cuti *ish*

Semoga cepat sembuh, sayang.


xoxo

Sunday, January 27, 2013

Selamat Hari Ulang Tahun, sayang


1.

Adam sudah pandai mengajuk cakap. Sekurang-kurangnya dia sudah pandai sebut “ci” dan “bobo”. Setiap pagi Adam nak ke taman permainan. Adam suka tengok orang bertaici. Dia pun nak bertaici sama. Bukannya pandai sangat pun tapi biasalah budak-budak suka bermain di tempat yang ramai orang.

Umar tak suka taici.


2.

Bob bawa bini dan anak-anak ke rumah minggu lepas. Anak-anak Bob ada dua ekor. Kecil dan comel. Nyaris anak kucing Umar tak kena makan dengan anak Bob. Anak Bob tak mesra dengan manusia. Tak berapa pandai nak bermain.

Bob bawa anak-anak dan bini dia jumpa Adam agaknya tapi tak lama pun. Lebih kurang dua jam sahaja. Pukul 3 petang Umar beritahu Bob sudah pulang ke rumah dia (tak tahulah di mana)

Bob ‘degil’. Umar pernah pesan:

“Abang Bob datang rumah janganlah bawa ayah sedale, bapa mertua, sepupu, dua pupu, tiga pupu, mak sedale, anak sedale, opah sedale, atuk sedale. Nanti ramai ular dekat rumah adik takut”

Umar pesan lagi:

“Abang Bob lintas jalan hati-hati nanti kena langgar sampai mati. Olang Malaysia tak ada sivik. Tukeee langgar haiwan”

Dahsyat betul pesanan Umar.


3.

Selamat Hari Ulang Tahun, sayang. Terima kasih untuk tahun-tahun yang manis, semanis senyuman awak. Semoga cepat sembuh dari demam.

xoxo

Sunday, January 20, 2013

Terima kasih atas setiap kesabaran dan kasih sayang yang awak titipkan.


Lenanya awak tidur. Tentu awak penat...

Saya rasa macam lama sangat tak pegang tangan awak erat-erat, rangkul awak kemas-kemas. Saya rasa macam lama sangat saya tak buat banyak perkara.

Awak perempuan kuat. Saya selalu panggil awak perempuan besi. Awak memang kuat. Awak selalu sabar layan perangai panas baran saya. Awak sabar dengan banyak perangai saya yang keterlaluan sejak saya sakit.

Saya sayang awak. Saya takut bila bangun pagi nanti saya tak dapat ingat awak lagi. Saya takut bila saya bangun pagi nanti mata saya tak cukup terang untuk lihat saya. Saya takut bila saya bangun pagi nanti telinga saya tak dapat dengar suara awak.

Saya tahu sejak awak bekerja saya kurang manjakan awak. Sejak awak bekerja saya menjadi bertambah sibuk. Saya buat kerja lambat. Kadang-kadang kerja sedikit tapi sebab saya tak cekap lagi, saya ambil masa lebih dari dua hari untuk siapkan.

Jadi, tak banyak masa saya luangkan dengan awak. Mungkin sebab saya takut nak manjakan awak. Saya takut bila saya manjakan awak sangat nanti awak tak terbiasa bila saya sudah tak ada. Tapi...kalau saya tak manjakan awak sangat pun – awak sudah tersedia manja.

(Dulu) Perempuan datang dan pergi dalam hidup saya. Ada yang seksi, ada yang cantik, ada yang kaki shopping, ada yang pisau cukur, ada juga yang suka ambil kesempatan. Saya tak pernah ambil kisah sangat sebab hati saya tak terpikat.

Hati saya cukup terpikat dengan awak. Awak yang sederhana, tak boros, pandai berbelanja, cerdik, pandai bawa diri dan tegas. Awak tahu...banyak perihal tentang kita yang saya tak mampu ingat, tak mampu flash back.

Saya tahu saya kayu dan tak pandai nak pikat hati awak. Saya bukan romeo. Saya tahu ada beberapa perkara saya kurang sensitiviti. Saya tahu antara kita ada banyak perbezaan dari makanan, minuman, corak bacaan hinggalah siaran tontonan.

Terima kasih atas setiap kesabaran dan kasih sayang yang awak titipkan. Saya amat menghargainya.

xoxo


19012013

Monday, January 14, 2013

Dobi


1.

Umar buat business baru dalam diam-diam. Petang tadi dia pinjam van kecil Huda. Katanya ada kerja nak buat. Rupa-rupanya dia pergi beberapa buah sekolah untuk ambil baju untuk di basuh. Umar buat business dobi bergerak dan Umar buat secara haram!

Adalah beberapa orang pelajar dari beberapa sekolah berasrama di sini yang menjadi pelanggan terawal Umar. Umar siap bawa penimbang dan ambil deposit. Mengikut kata Umar, dia sudah menjalinkan kerjasama dengan beberapa kedai dobi sekitar Ipoh (fuyooooo!)

Patutlah dalam beberapa minggu kebelakangan ini dia sibuk. Memang betulah dia sibuk. Selalunya dia buat-buat sibuk (hahaha)

Umar belum siapkan jadual untuk kerja dobi. Mungkin baju akan di cuci tiga kali seminggu. Hari Jumaat, Umar tawarkan untuk cuci cadar, selimut dan sarung bantal.


2.

Semalam, ada seorang makcik telefon. Dia mahu trade in kucing. Ya, trade in kucing. Nampaknya zaman moden semua boleh di trade in. Umar dapat 7 ekor anak kucing di tukar dengan seekor hamster.

Umar tawarkan makcik beli Bob. Adam marah. Adam terus ambil hamster kesayangan Umar dan cuba masukkan dalam mulut. Dahsyat!

Seronok tengok Adam sudah berbaik dengan Umar.


3.

Belum bercadang untuk beli mesin dobi untuk Umar. Buat masa ini biarlah Umar gunakan khidmat kedai dobi – lebih mudah. Lagipun tak bercadang untuk benarkan Umar buat kerja berat. Memadailah sekadar ambil baju dan hantar ke kedai. Dapat untung sedikit pun tak apa.

Umar dan Huda masih mahu terus mencari dana untuk tabung amal Palestin, Rohingya, Somalia dan badan-badan amal yang lain.

Sebenarnya lebih baik begitu – menderma tidak mengikut musim. Kalau boleh di jadikan budaya lebih baik. Kemusnahan akibat perang memerlukan dana yang besar untuk proses pemulihan.

Umar ajak ke Thailand & China untuk mencari barang.


4.

Awak cakap nak dating. Lama saya tunggu. Auuummmmmm! (:p)

xoxo 

Sunday, January 13, 2013

[18]


1.

Huda ada pelbagai kraf untuk di jual (untuk tabung amal). Jualan hasil kraf agak sukar. Selalunya dia buat bila ada tempahan atau permintaan. Rasa rugi pula tidak ambil booth di Pasar Boco semalam. 

Huda sedang buat persiapan untuk menyertai program pameran di Mexico Febuari ini.

Sejak dua tiga hari ini Huda tak masak sebab sibuk siapkan kerja kraf dia. Dia juga sedang sibuk kumpulkan lukisan untuk di bawa ke pameran. Ini tawaran kali ke tiga. Rugi rasanya kalau tidak bawa dia ke sana. Sekurang-kurangnya boleh beri pendedahan awal tentang seni.


2.

Macam manalah Umar boleh tertinggal Adam di masjid. Haih...nasib baik ada Pak Imam tolong jagakan Adam. Lepas ini tak mahu bagi Adam pergi masjid dengan Umar. Umar suka lupa dia ada adik kecil.

Daddy: Umar pergi mana lambat tadi?
Umar: Adik beli pau.
Daddy: Mana Adam? Tak nampak pun.
Umar: Alaaaaaaa. Adik tak ingat adik bawa Adam.
Daddy: Habis tu? Umar tinggal dia dekat mana?
Umar: Masjid. Adik lupa.

Macam-macam perasaan ada. Risau betul kalau Adam hilang.


3.

Tak ada apa-apa program bulan ini. Umar kekurangan bekalan anak kucing/hamster untuk di jual. Cuma Huda saja yang menjual sayur. Kebun Huda musnah teruk baru-baru ini. Hasil tanaman di makan babi. Huda menangis sampai bengkak mata.

Makcik: Makcik nak beli anak kucing. Ada jual lagi tak?
Umar: Anak tucing ada. Temua tomel-tomel.
Makcik: Satu berapa?
Umar: Dua puluh linggit teekor. Makcik belilah sekalang. Sekalang anak tucing tecik. Dia tomel.
Makcik: Tunggu besar sikit makcik beli.
Umar: Kalau besar nanti tak tomel. Adik tak boleh jual mahal-mahal.
Makcik: Amboi! Kecik ke besar ke jual harga sama la.
Umar: Tak boleh makcik. Tucing tecik makan tikit. Tucing besar makan banyak.


4.

Saya rindu awak. Saya tahu awak merajuk. Bila saya free, awak busy. Bila saya busy, awak free. Tapi...saya suka... sebab awak akan rindu saya selalu. Kerja doktor memang tak seronok (kan?). Nasiblah awak bertugas di wad bersalin yang tak berhantu (:p)

Awak ambil cuti 25-29 Januari. Saya kerjalah. Saya perlu terbang ke Jepun. Alaaa...tak dapat baring diam-diam dengan awak.


5.

Penat. Asyik muntah darah. Kepala sakit. Mata pedih.



xoxo

Monday, January 07, 2013

Pandang Bulan


1.

Adam ada kegemaran baru. Setiap malam Adam akan duduk diam-diam dekat balkoni dan pandang bulan selama lebih 2 jam. Tak tahulah apa yang dia pandang. Kadang-kadang pandang sambil tunjuk-tunjuk jari. Dalam setengah jam pertama, ada juga ceritakan tentang alam semesta. Walaupun dia masih kecil tapi tentunya dia boleh faham.

Adam nampaknya lebih suka menyendiri. Kadang-kadang tak perasan pun dia ‘hilang’. Selalunya dia ada dengan Bob ataupun kalau tidak, tidur antara rak-rak buku. Sejak dua tiga hari lepas Adam merajuk dengan Umar. Adam buat hal sendiri. Umar usik pun dia tak tahu.

Pagi tadi Adam kemas rumah. Haa...habis semua benda Adam letak dalam mesin basuh! Adam sudah pandai susun bantal dalam bilik. Pandai tiru cara Huda susun bantal.


2.

Umar suka menyakat Adam. Ada saja benda nak mengata Adam. Adam sensitif. Umar bukan nak pujuk pun bila Adam merajuk. Bila nampak Adam main bola dia pun sibuk nak main juga. Saja nak sakitkan hati Adam. Adam letak bola terus cari Huda. Mengadu agaknya. Kadang-kadang kesian tengok Adam.

Umar memang tak pandai main dengan adik dia lagi.


3.

Pokok Orkid Huda tumbuh subur. Adam nak ambil satu letak dalam bilik dia. Umar macam biasa kutuk Adam - “ Mana boleh boy tuke bunge”. Tapi Adam tak peduli. Adam ralit belek bunga. Huda letakkan sepokok dalam bilik Adam. Bukan main suka lagi dia.

Huda dengan Umar macam biasalah. Kalau satu hari tak bertengkar tak lengkap hidup. Huda banyak main dengan Adam. Adam pandai bawa diri. Bila masuk studio Huda, dia tak sentuh barang-barang. Kalau bagi dia pegang baru nak dia pegang. Dia suka sentuh lukisan Huda.

Huda ajar dia pegang berus, pegang tangan, ajar dia melukis. Kalau seharian dalam bilik dengan Huda pun Adam sanggup.


4.

Umar: Daddy pasang lagu nasyid?
Daddy: Tak, Kakak pasang.
Umar: Hushhh! Boleh tanah luntuh malam esok!
Daddy: Laa...kenapa pulak?
Umar: Kakak pasang lagu nasyid.
Daddy: Ngata Kakak. Haa...Nanti Kakak dengar baru tau.
Umar: Kakak tak tengarlah daddy.
Kakak: Kakak dengar tau adik ngata kakak.
Umar: Ala... Kakak ada di mana saja. Tak telonoklah.


5.

I always miss you, honey.

Thursday, January 03, 2013

Fasha, Marsha, Milan


1.

Hai sayang,

Abang baru lepas mandi. Penat. Pagi tadi kimoterapi berjalan seperti biasa. Abang keluar awal. Sayang balik lewat sangat. Habis kimoterapi abang terus pergi dialisis. Tak sempat nak gedik-gedik dengan sayang pun tup-tup sayang dah gerak nak pergi kerja. Abang baru nak gerak balik rumah.

Esok abang kena pergi Port Klang. Ada barang akan sampai. Abang nak pergi uruskan sendiri. Rasanya abang tak pergi lama. Kalau boleh, habis urusan terus nak balik rumah. Esok pagi masa abang keluar rumah tentu sayang belum habis kerja lagi.

Kerja doktor tak best.


2.

Umar buli Adam. Adam merajuk. Moody sepanjang malam. Umar menyakat Adam. Dia baring atas katil Adam kemudian saja sepahkan buku-buku Adam. Manalah Adam tak kejar dia keliling rumah. Adam terhantuk kepala dekat almari. Keras hati – tak menangis langsung.

Adam semakin bijak. Dia tak suka orang usik harta benda dia. Tapi kalau dia usik harta benda orang lain tak apa.


3.

Petang tadi bawa anak-anak pergi taman. Huda dan Umar main badminton. Umar merajuk. Dia tak dapat sambut bulu tangkis jadi dia cakap Kakak main tipu. Main badminton lebih kurang 10 minit kemudian Umar kejar Kakak keliling padang.

Umar: Kakak main tipu. Adik tak dapat pukul pun.
Huda: Adik mana leti main.
Umar: Eeeee! Kakak tahat!


4.

Dari malam semalam hujan lebat. Bob tidur sepanjang hari. Adam tak dapat main dengan Bob. Sekarang, bila tunjuk gambar ular, Adam pandai sebut “bobobobo”. Bob nampaknya tidur lena. Adam tepuk-tepuk kepala pun Bob buat tak tahu.

Huda baru berani pegang Bob.

Huda: Mana adik tahu Abang Bob jantan?
Umar: Adik tahulah.
Huda: Macam mana adik tahu? Kakak tak nampak pun jantina Abang Bob.
Umar: Kakak buatlah Abang Bob jantan. Tak selonok kalau Abang Bob bukan jantan.
Huda: Kenapa adik tak seronok?
Umar: Kalau Abang Bob bukan jantan adik kena panggil dia Kakak Masitah.
Huda: Adik suka buat Kakak pening.
Umar: Kakak tanya. Adik jawablah.
Huda: Kenapa adik panggil Kakak Masitah? Kucing adik nama Fasha, Marsha, Milan. Bagilah nama lain. Tak nak Kakak Masitah.
Umar: Adik malash nak layan Kakak. Adik teleje banyak.
Huda: Eeeeee! Kakak pun tak nak layan adik.


5.

Abang tak larat. Abang kena tidur.

Taknak pergi kimoterapi lagi boleh tak sayang? Abang tak suka :(


6.

PS: I love you

Wednesday, January 02, 2013

Rindu


1.

Hai sayang,

Ramai pesakit dekat wad? Abang tak boleh tidur. Perut sakit. Agaknya salah makan. Anak-anak tidur awal. Adam tidur dalam bilik dia. Comel. Dia tak bagi Umar masuk bilik pun. Agaknya merajuk lagi dengan Umar.
Abang nak belikan barang-barang untuk hias bilik tapi Adam macam tak berminat. Dia sibuk lari-lari nak ke kedai buku. Abang belikan dia 2 buah buku. Tadi sebelum tidur abang bacakan untuk dia buku Warkah Eropah.


2.

Esok kena pergi kimoterapi. Abang rasa macam tak larat nak pergi. Sejak bulan Disember lepas abang tangguhkan banyak kali. Kali ini kena pergi juga. Abang tak ada apa-apa kerja minggu ini. Minggu depan dan seterusnya ada kerja yang perlu abang uruskan.

Agaknya, sebab sibuk abang terlupa hari lahir sendiri. Terima kasih atas ucapan yang manis. Abang akan bawa charger pergi mana-mana selepas ini. Kesian sayang – rindu berbukit-bukit. Kesian juga sebab abang tak ada sayang tak dapat tidur lena.

Manja amat.


3.

Nampaknya belum ada rezeki. Habiskan beberapa hari di Singapura tanpa pulangan. Rugi adalah tapi itulah adat berniaga. Kenalah sabar. Anak-anak borong buku banyak juga di Singapura. Rasanya di Singapura lebih mudah dapatkan buku untuk kanak-kanak. Ada juga belikan Adam beberapa buah buku.

Petang tadi anak-anak pergi kelas bahasa asing jadi malamnya abang tak mengajar. Huda tolong balutkan buku untuk Adam. Umar belajar balut buku sendiri. Adam tak makan buku lagi tapi Umar masih was-was. Umar tak berani letak buku dia di merata tempat.


4.

Balik cepat. Abang rindu.

xoxo