1.
Hai sayang,
Ramai pesakit
dekat wad? Abang tak boleh tidur. Perut sakit. Agaknya salah makan. Anak-anak
tidur awal. Adam tidur dalam bilik dia. Comel. Dia tak bagi Umar masuk bilik
pun. Agaknya merajuk lagi dengan Umar.
Abang nak
belikan barang-barang untuk hias bilik tapi Adam macam tak berminat. Dia sibuk
lari-lari nak ke kedai buku. Abang belikan dia 2 buah buku. Tadi sebelum tidur
abang bacakan untuk dia buku Warkah Eropah.
2.
Esok kena pergi
kimoterapi. Abang rasa macam tak larat nak pergi. Sejak bulan Disember
lepas abang tangguhkan banyak kali. Kali ini kena pergi juga. Abang tak ada
apa-apa kerja minggu ini. Minggu depan dan seterusnya ada kerja yang perlu
abang uruskan.
Agaknya, sebab
sibuk abang terlupa hari lahir sendiri. Terima kasih atas ucapan yang manis.
Abang akan bawa charger pergi mana-mana selepas ini. Kesian sayang – rindu berbukit-bukit.
Kesian juga sebab abang tak ada sayang tak dapat tidur lena.
Manja amat.
3.
Nampaknya belum
ada rezeki. Habiskan beberapa hari di Singapura tanpa pulangan. Rugi adalah
tapi itulah adat berniaga. Kenalah sabar. Anak-anak borong buku banyak juga di
Singapura. Rasanya di Singapura lebih mudah dapatkan buku untuk kanak-kanak.
Ada juga belikan Adam beberapa buah buku.
Petang tadi
anak-anak pergi kelas bahasa asing jadi malamnya abang tak mengajar. Huda
tolong balutkan buku untuk Adam. Umar belajar balut buku sendiri. Adam tak
makan buku lagi tapi Umar masih was-was. Umar tak berani letak buku dia di
merata tempat.
4.
Balik cepat.
Abang rindu.
xoxo