Monday, October 08, 2012

[11]


1.

Hari ini pergi mahkamah untuk lawan kes - hak penjagaan Adam tapi Aiman tak datang jadi tak boleh buat apa-apa. Bincang dengan peguam dia – tawarkan dia boleh lawat Adam bila-bila masa dia mahu. Minta dia tarik balik kes. Huda & Umar bangun awal. Umar pakai kemeja kuning. Umar sibuk nak pakaikan Adam kemeja. Hari ini semua pergi mahkamah pakai kemeja warna kuning. Adam wangi – Umar sembur minyak wangi Boss.

Sampai mahkamah sekitar jam 8.30. Kes pukul 10. Rasa tak seronok pergi mahkamah. Rasa gementar, rasa segan sebab ramai orang tengok-tengok, pandang-pandang, bisik-bisik. Tapi kena pergi juga. Bila tahu Aiman tak datang, hakim marah bukan main lagi. Bila masuk mahkamah tak boleh bising. Bila Umar tanya macam-macam, tak boleh nak terangkan. Akhirnya, Umar minta nak cakap sendiri dengan Tuan Hakim ketika sesi belum pun bermula! 

Umar: Adik boleh takap sendili. Tak payah suluh abang peguam takap. Adik tak nak bagi adik tecik-tecik dekat abang Aiman. Adik penat sayang adik tecik-tecik. Kakak sayang adik tecik. Daddy sayang adik tecik. Mama pun sayang adik tecik. Adik janji adik tak buli adik tecik. Adik janji adik jaga adik tecik. Adik janji adik tak malah adik tecik. Janganlah ambil adik tecik. Adik ada solang je adik tecik. Nanti adik tak ada kawan. Pakcik tak payahlah bagi adik tecik adik dekat abang Aiman.

Boleh ingat satu-satu apa yang Umar cakap. Tak sempat nak halang Umar pun. Umar dah bangun. Dengan penuh yakin Umar cakap. Hakim pun dah kena panggil “pakcik”. Mujur hakim tak marah. Hakim angguk-angguk kemudian senyum. Umar memang berani. Tak sangka Umar nak cakap dengan hakim macam tu. Agaknya Umar dah pendam lama jadi dia nak lepaskan. Memang sejarah tercipta di mahkamah siang tadi.

Habis dekat mahkamah terus pergi hospital. Badan bengkak  sebab tak pergi dialisis. Umar & Huda kena balik rumah sebab nak bersiap pergi kelas karate. Bila Umar dah tinggalkan Adam, Adam merengek tak henti-henti. Nak tak nak kena juga pujuk Adam sebab kalau tak habiskan dialisis nanti badan akan bertambah bengkak.


2.

Hari ini bawa anak-anak pergi taman. Berhari-hari sibuk mengadap kerja, Umar mula merajuk. Umar tak main sangat pun. Dia tak suka peluh banyak sangat. Nanti comot. Main ala kadar. Habis main terus pergi cari popia basah. Huda beli pau ayam & roti jala. Umar beli Papparoti macam biasa.

Huda: Roti jala ketot-ketot macam adik.
Daddy: Adik Huda yang mana satu?
Huda: Umar!
Umar: Adik tecik lagi. Kakak tuke tate (ngata) adik. Melajuklah.
Huda: Ketot pun comel. Kakak sayang adik.
Umar: Kakak tade (ngada)


3.

Esok bercadang ke rumah orang-orang tua. Agak lama tak ke sana. Sengaja bawa anak-anak ke sana. Mungkin mereka dapat belajar sesuatu dari sana. Sudah menjadi trend agaknya anak-anak yang membuang ibu bapa sendiri. Ibu bapa yang uzur sudah di anggap sebagai beban kepada anak-anak. Rumah penempatan orang-orang tua kebanyakannya sudah penuh dan tak dapat menampung jumlah penghuni yang semakin bertambah.

Hari ini The Star melaporkan semakin banyak orang tua di tinggalkan oleh anak-anak mereka di hospital  walaupun ibu bapa mereka telah sembuh. Terdapat banyak kes anak-anak yang memberi nombor telefon dan alamat palsu untuk mengelakkan mereka dari di hubungi oleh pihak hospital. Apabila anak-anak tidak dapat di hubungi, kebiasaannya pihak hospital akan memindahkan orang-orang tua ini ke rumah perlindungan. Ada juga orang-orang tua yang kecil hati kerana anak-anak langsung tidak mengambil berat tentang mereka.


Hindarilah kita dari menjadi anak yang begini kerana suatu hari nanti kita juga akan menjadi tua. Kita pastinya mahu hari-hari tua kita di isi dengan gelak ketawa ahli keluarga dan anak-anak. Perlulah selalu kita ingat tanpa ibu bapa kita tidak akan wujud. Ada hari-harinya kita mungkin terguris hati dengan mereka. Kecil hati kita dengan ibu ayah janganlah terlalu lama kerana masa beredar dengan cepat. Saat kita ingin mengasihi mereka mungkin ketika itu mereka sudah pun pergi.


4.

Hari ini akan mengajar anak-anak tentang pantun. Kata Prof. Muhammad Haji Saleh, pantun itu salah satu daripada 3 genius Melayu.