1.
Saya susah hati. Demam awak belum kebah. Saya susah hati awak batuk teruk. Saya jadi bertambah
susah hati bila awak sakit kepala. Saya harap saya boleh ambil kesakitan yang
awak rasa. Saya harap awak lekas sembuh.
Mungkin saya
sedikit lega bila saya lepaskan apa yang terbuku dalam hati. Saya belajar untuk
lepaskan apa yang saya simpan. Ini kali kedua. Saya cuma lepaskan 0.01% dari
apa yang saya rasa. Saya masih suka pendam walaupun saya tahu dengan berbuat
begitu saya akan bertambah stres.
2.
Saya sangat
sayangkan awak. Mungkin kalau saya taipkan tiga ratus juta kali masih tak
mencukupi. Saya sayang awak lebih dari
yang awak fikirkan. Saya sanggup korbankan banyak perkara untuk buat awak
bahagia.
Mungkin mitos
cinta pertama memang kuat dalam diri saya. Tak kisahlah siapa pun diri awak
pada masa lepas atau pada masa akan datang, cinta saya pada awak tetap sama. Tetap tak
berubah.
Mencintai awak
buat saya bahagia.
3.
Terima kasih
kerana malam tadi awak menangis bersama-sama saya. Terima kasih
selalu buat saya rasa bahagia tak kira masa.
Awak begitu bermakna dalam hati saya.
xoxo